Friday, January 21, 2011

Dasar Jenis Lidah Bercabang


Satu ketika dulu apabila tersebar cerita bahawa YB Teresa Kok (terbukti tidak benar kemudian) beri arahan supaya azan diperlahankan atau dihentikan di kawasan bukan Islam, maka melantun-lantun UMNO dan kuncu mereka mengutuk dan menghina Teresa. Teresa dianggap menghina umat Islam dan anti-Islam. Tetapi apabila orang kuat MCA terbukti sememangnya menyuruh masjid berhampiran rumahnya memperlahankan azan maka ia dianggap salah faham. Bukan saja UMNO turut memaafkan beliau malah satu majlis berpeluk-peluk di hadapan media turut diadakan.

Apabila Anwar Ibrahim ajak Najib berdebat berhubung Buku Jingga PR, Najib jadi kecut perut lalu memberi alasan ia membuang masa kerana kononnya dia tahu semua sedangkan perdebatan antara ketua negara dan ketua pembangkang adalah sesuatu yang lumrah di negara yang mengamalkan demokrasi.

Apabila Markom Giran, Pengarah Pelajaran Johor di”tangkap” berkempen untuk BN di Tenang, maka jawabnya adalah menjadi tugasnya mengenalpasti mana-mana guru yang menyokong pembangkang. Itu mungkin sebabnya dia cuba pindahkan suami calon PAS di Tenang ke Johor Baru secara mengejut. Tetapi apabila MB Selangor menolak calon SUK negeri kerana beliau tidak dimaklum terlebih dahulu dan kerana Khusrin sememangnya tidak layak, maka UMNO kata MB tidak menghormati kakitangan awam dan Sultan.

Apabila kerajaan Selangor berhasrat menambah peruntukan RM 1 juta kepada ADUN-ADUN PR Selangor untuk kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur, maka UMNO tuduh PR tidak demokratik kerana tidak memperuntukkan jumlah yang sama untuk ADUN-ADUN BN sedangkan dah berpuluh tahun mereka mengabaikan sebarang peruntukan kepada ADUN dan ahli parlimen pembangkang.

Apabila isu larangan MPSJ ke atas umat Islam yang bekerja di premis-premis yang menjual arak ditegur oleh YB Ronnie Liu atas alasan perkara ini perlu diteliti dan diperhalusi oleh kerajaan negeri terlebih dahulu maka UMNO dan balaci mereka lantas saja menghentam dan mengutuk Ronnie habis-habisan. Tetapi apa yang UMNO buat tentang nasib umat Islam yang terbabit di negeri-negeri yang mereka perintah. Malah ada di kalangan kaum kerabat mereka bukan saja bekerja di premis-premis yang dimaksudkan malah jadi tauke dan pengarah di syarikat judi dan arak.

Apabila YB Teo Nie Ching melawat masjid dan surau beliau dianggap menghina Islam kerana tidak tutup aurat dan berstatus perempuan haid, sedangkan semua maklum beliau bukan Islam dan tentu tidak ada istilah aurat dan mandi hadas baginya. Tetapi apabila Rosmah dan puteri UMNO bukan kerja yang sama tak ada pula UMNO kata apa walaupun mereka dikehendaki menutup aurat sentiasa apabila di luar rumah.

Sehari dua lagi kita akan saksikan satu lagi kelidahcabangan UMNO yang paling mega setakat ini. Jika selama ini mereka mengaku taatkan Sultan dan bersedia menjunjung kasih ke atas baginda kini apabila kerajaan Selangor akan meminda undang-undang negeri yang mengembalikan kuasa asal Sultan dan MB berhubung perlantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri, UMNO kata mereka tidak akan menyokongnya. Jika kuasa Sultan yang mereka buang dulu masa tahun 1993 nak dikembalikan oleh PR, UMNO tak nak sokong jadi siapa yang derhaka?

Anak Bapa: Pandai korek lubang kini UMNO terjun sendiri ………

3 comments:

Anonymous said...

Semua orang politik sama aje lidah bercabang. Rakyat yang susah dibuatnya kerana semuanya tak betul. Itu sebab jangan main politik banyak sangat. Yang penyokong semuanya buta tuli tak dapat nak lihat kebenaran kerana hendakkan imbuhan. Kekadang mereka mengata antara satu sama lain macam "pot calling the kettle black". Dua-dua tak bollih pakai.

LU PIKIR LA SENDRI said...

http://www.hmetro.com.my/articles/MasadepanorangMelayugelapjikatidakubahsikap/Article/

" Masa depan orang Melayu gelap jika tidak ubah sikap "

KUALA LUMPUR: Masa depan orang Melayu gelap sekiranya mereka tidak mengubah sikap dan cara yang selama ini masih banyak melakukan kesalahan, termasuk tidak ikhlas, mudah dibeli dan korup, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Kita banyak lakukan kesalahan, kalau kita tak tukar cara kita, tak ikhlas dan jujur, masa depan kita gelap. Sekarang ramai orang Melayu korup, jual undi, sanggup jual satu kuasa yang amat berharga dengan RM200. Rasuah itu akan membinasakan diri dan negaranya. “Pada 1946 di waktu kita miskin tak ada orang nak sogok, kerana semua miskin. Kita harus ingat tidak akan ada Pulau Pinang, Singapura kalau kita tak nak duit. Singapura dijual dengan 60,000 Spanish dollar. “Demikianlah dulu sejarah Melayu, kita tertipu sepanjang masa, kita buat banyak kesalahan, buat benda tak baik yang membinasakan kita. Orang Melayu sekarang ini yang begitu mudah dibeli, masa depan gelap. “Masa depan kita akan ditentukan oleh kita. Kalau kita mempunyai sikap tak baik, masa depan kita gelap. Kita belum ada cerdik pandai yang cukup, kekayaan yang cukup,” katanya, dalam ucaptama Wacana Bangsa Melayu dan Masa Depannya di Auditorium Galeria Perdana, Memorial Tun Hussein Onn, di sini, semalam.

Wacana itu dipengerusikan Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Anonymous said...

terang2 parti dacing ni ramai org munafik