Monday, January 17, 2011

Tak Habis-Habis Asyik Tembak Kaki Sendiri


Isu arak kini menjelma lagi. Jika dulu heboh berkaitan pengharaman arak di kedai-kedai runcit dan pasaraya di kawasan majoriti Islam, kini panas pula isu berhubung larangan MPSJ ke atas umat Islam daripada bekerja di tempat yang menjual arak.


Pertamanya, kenapa MPSJ tak berbincang dulu dengan kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini. Ahli-ahli majlis MPSJ yang terdiri daripada wakil-wakil PR tentu amat arif apa tindakan UMNO dan suratkhabar berhubung isu ini.


Memang betul ada enakment syariah berhubung perkara ini dan sememangnya umat Islam ditegah daripada terlibat dengan apa jua urusan arak ini. Tetapi apakah kita telah berlaku adil kepada semua dengan membuat kempen penerangan dan kesedaran terlebih dahulu?

Dan yang lebih menyedihkan pula YB Ronnie Liu, EXCO kerajaan negeri Selangor pula melatah terus dan minta MPSJ tarik balik arahan ini. YB Ronnie ini dah acapkali buat kerja tak pakai otak. YB tahu tak urusan PBT adalah hak mutlak PBT dan jika ada apa-apa arahan atau teguran ia perlu dibuat atas arahan mesyuarat EXCO dan bukan atas pandangan EXCO seorang aje!


Jika betul keputusan mesyuarat EXCO kenapa ada perbezaan pendapatnya dengan EXCO-EXCO lain? MB pula cakap akan diwujudkan tabung oleh LZS untuk membantu mereka-mereka yang terlibat dengan arahan ini sebelum mereka memperolehi kerja lain. Pulak dah!


Anak Bapa dah sebut kepada beberapa orang EXCO sebelum ini supaya pihak kerajaan negeri berbincang lebih awal isu-isu yang tertunggak, yang sensitif, supaya garis panduan dapat dibuat dengan teratur dan jelas. Tetapi nampaknya kita tak pernah belajar daripada kesilapan yang lepas dan asyik “dok padam api aje bila berlaku kebakaran”. Sudah sampai masanya kerajaan negeri Selangor ambil langkah proaktif dalam semua isu yang menjadi keperihatinan rakyat.


Anak Bapa: Seronoklah puak-puak yang benci DAP dalam PR bila jadi cerita macam ni!

No comments: