Otak pemimpin BN dah karat habis. Tak pasal-pasal dicipta benda-benda mengarut untuk cari glamour dan fulus.
Terbaru di bawah Pelan Transformasi (baca transbasi) Ekonomi (ETP), Najib akan beri percuma 1 emel kepada setiap rakyat Malaysia yang berumur lebih 18 tahun. Projek ini akan dikendalikan oleh Tricubes Bhd (yang dah hampir nak bengkrap) bernilai RM50 juta (kira macam bail-out juga nampaknya).
Anak Bapa naik hairan kenapa nak belanja sampai RM50 juta nak bagi emel kepada rakyat Malaysia sedangkan banyak emel percuma yang sedia ada yang memang canggih dan hebat seperti gmail, hotmail, yahoo dan sebagainya. Bukan setakat tu, kemudahan lain seperti instant messenger, myspace, yahoogroups, skype, blogspot, wordpress, dan segala macam bentuk komunikasi yang sangat efisyen dan efektif yang boleh digunakan secara segera dan PERCUMA!
Apa bodoh punya projek yang nak bazirkan duit rakyat di kala rakyat tersepit dengan beban kos hidup yang amat tinggi. Mungkin Najib fikir kalau dah lapar nanti boleh ambil emel ini sumbat dalam mulut nak tahan lapar.
Lagi pun berapa orang nanti yang betul-betul pakai emel ini sedangkan yang sedia ada sekarang pun banyak yang dibuka tetapi diabaikan tak lama kemudian. Malah ada yang langsung tak pernah pegang keyboard komputer atau kalau pegang pun untuk main game!
Pimpinan UMNO dan BN ini tak serik-serik dengan program membazirkan duit rakyat. Agenda mereka nak selamatkan kroni dan tambah kantung duit pilihanraya mereka kelak. Kita perlu ramai-ramai nyahkan puak-puak ini dari persada pemerintahan negara jika semua nak selamat.
Anak Bapa: Ubah sekarang, selamatkan Malaysia daripada UMNO dan BN!
1 comment:
Sbg salah seorang blogger, saya berpendapat tak harus kerajaan belanjakan walau 1 sen sekalipun utk projek email rakyat ini krn ianya nyata merupakan satu pembaziran yg amat besar.
Di dunia online sekarang terdapat pelbagai khidmat email percuma yg disediakan, ini seharusnya digunakan sebaik mungkin krn ianya PERCUMA utk semua.
Post a Comment