Friday, January 20, 2012

PAS Kedah Perlu Elak Sikap "Double Standard"


Isu tindakan ke atas 5 mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) kerana berdemonstrasi kini telah berlarutan buat sekian lama. Terbaru tunjuk perasaan mahasiswa di hadapan Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut anjuran Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhubung isu ini telah menyebabkan “luka lama berdarah kembali”.


Kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN tidak berupaya meleraikan permasalahan ini malah boleh mengusutkan lagi keadaan. Kata-kata seperti “AUKU tetap dilaksanakan di KUIN” dan “Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri” adalah tidak wajar keluar daripada seorang pemimpin kanan yang DIBERI AMANAH PARTI untuk mentadbir Kedah.


MB Kedah sedia maklum bahawa PAS bersama PR menentang keras semua akta yang zalim dan menindas dan ini termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta ini, dalam bahasa mudah, digubal untuk menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik mahasiswa.


MB Kedah juga sedia maklum bahawa konsep “parti menguasai kerajaan” bermakna kerajaan di bawah pentadbiran PAS mesti mengikut segala dasar dan arahan parti dalam pentadbirannya. Ini bermakna Dato’ Seri Azizan kena ikut kehendak parti dengan mempastikan KUIN yang di bawah tanggungjawabnya untuk tidak menggunakan AUKU dalam urusan pentadbirannya.


Janganlah beri macam-macam dalih dan alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita. Pelbagai alasan MB telah kita dengar di muktamar PAS dan semua orang yakin bahawa ia semata-mata alasan untuk melepaskan diri.


MB Kedah janganlah terlalu berego besar macam Hasan Ali, dan tidak bersedia mengaku kesilapan dan memperbetulkan semula apa yang tersasar. Jangan lupa bahawa kesan tindakan ini bukan saja akan melanda negeri Kedah tetapi juga seluruh Malaysia. Tolong jangan buat kerja yang boleh merugikan perjuangan parti. PAS Pusat setiap hari berteriak menentang AUKU tetapi di Kedah nak beramal pula dengan AUKU!


Anak Bapa ada bercakap dengan beberapa pimpinan kanan PAS Kedah termasuk exco, dan mereka bersependapat dengan pimpinan Pusat bahawa tindakan MB Kedah adalah salah dan perlu diperbetulkan SEGERA. Tindakan melambat-lambatkan penyelesaian isu ini hanya akan mengambarkan sikap “lidah bercadang” atau “double standard” PAS Kedah (yakni MB Kedah) dan boleh membantutkan rancangan kita ke Putrajaya.


Anak Bapa: Kita pemimpin kena banyak mendengar pandangan orang bawahan, apatah lagi pimpinan sebuah gerakan Islam ……..

2 comments:

kekura said...

apakah perlunya mahasiswa berpolitik?
dulu kampus saya tak de nya nak buat konsert2, tp bila mahasiswa ni kuat sgt politiknya, cukup haribulan dah pihak universiti benarkan student buat konsert pulak dah... itu zaman sy lebih kurang 5 tahun dulu. kini tak tahu la.
belajar lah dulu betul2, tak semestinya kita tak boleh join mana2 parti politik kita tak boleh mengundi, betul? sy selamba je mengundi utk pas masa student dulu, takde kena akta auku apa2 pun. manusia memang tamak semua benda dia nak.

sambil2 belajar tambahlah ilmu agama. ini tidak. ada masa terluang nak berpolitik. politiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik je kerja nya. ingat politik itu ada kaedahnya dlm agama, tp jangan lah berlebihan,

Anonymous said...

jgn jadi beruk takut guruh hehehe