Monday, December 10, 2007

Pak Lah dan UMNO Khianati Rakyat

Hatiku amat marah dan geram. Dahulu pun marah juga, tetapi tidaklah semarah hari ini. Kalau boleh mahu aku pergi berdemonstrasi seorang diri di depan rumah Pak Lah. Nak protes sungguh-sungguh depan dia supaya dia tahu betapa kebejatannya yang semakin memuncak setiap hari. Pandai sungguh dia berlakon. Dahulu masa mula-mula dilantik menjadi PM, bukan main lembut lagi lidah berjanji. Orang kata kalau pijak semut pun tak mati. Dengan mak hang pun berjanji nak tunaikan amanah apabila menjadi pemimpin besar negara. Nak patuh perintah Allah swt. Lepas tu janji dengan rakyat nak jaga kebajikan mereka, nak hapus rasuah, nak tegakkan keadilan, nak memertabatkan bangsa dan agama, dan nak buat macam-macam lagi kebaikan kepada rakyat dan negara. Lepas 4 tahun apa haprak yang hang dah buat?

Semalam, sampai hati hang pi tangkap Mat Sabu di hadapan menantu dan bisannya semasa majlis kenduri menerima menantunya yang pertama. Awat tak boleh tunggu esok ke? Hang memang niat nak malukan dia depan saudara maranya. Apa hang tak dak adab kesopanan Melayu langsung ke? Mungkin ikut mazhab Islam hadhari hang, ia dibolehkan. Apa Mat Sabu tu penjenayah besar sangat ke? Dengar cerita sampai dipecah-pecahkan cermin kereta dia kerana nak tangkap Mat Sabu. Dan ketika artikel ini ditulis, berita mutakhir yang diterima ialah Mat Sabu dan seorang lagi yang ditahan berhubung perhimpunan 100 ribu ini sedang cuba dinafikan ikat jamin oleh Gani Patail di mahkamah. Benak sangat ke puak-puak ni, atau dah jadi setan semuanya? Kami tahu hang pi tangkap dia pasai kes himpunan 100 ribu rakyat. Itu perhimpunan aman, mana ada kekacuan. Bukankah perlembagaan negara membenarkan rakyat berkumpul dengan aman. Yang buat kacau ialah barua-barua hang iaitu polis. Dah tu pi bohong dengan suratkhabar kata kalau BERSIH minta permit dia akan bagi asalkan tukar tempat buat di stadium. Pooorah! Sejak bila jadi bapa pembohong ni. Bukan kali pertama kita minta permit untuk perhimpunan, satu pun tak pernah lulus. Tapi kalau UMNO buat siap polis tolong jaga pula. Lagi pun pasai apa kena permit nak buat perhimpunan aman. Sebenarnya polis pun tak payah mai sebab kita dah janji ia perhimpunan aman. Unit Amal kami dah memadai untuk mengawal keselamatan dan trafik. Lebih baik hang pi kerah polis supaya jaga keselamatan negara yang sedang terancam dengan pelbagai macam jenayah ngeri. Suruh dia orang pi tangkap pembunuh Nurin yang masih lagi berkeliaran daripada dok sibuk dengan protes aman rakyat.

Ini tak. Sibuk tangkap orang baik-baik, orang yang mengambil berat akan kepincangan dan masaalah negara. Yang rakyat berhimpun tu nak minta supaya hang buat sesuatu terhadap kepincangan sistem pilihanraya negara agar keadilan dapat ditegakkan. Dah berguni-guni memo dihantar hang buat pekak aje. Jadi rakyat tak ada pilihan terpaksa buat perhimpunan. Cubalah dengar sama bantahan rakyat sebab kamu tu WAKIL RAKYAT dan bukan wakil UMNO semata. Kalau setakat sibuk terbang sana sini habis duit rakyat baik letak jawatan supaya kurang sikit dosa dengan Allah nanti.

Lepas tu tangkap ahli-ahli Unit Amal, Tian Chua, Sivarasah, peguam-peguam dan rakyat lain yang tidak berdosa kerana menyertai beberapa perhimpunan aman rakyat. Suasana menjadi lebih pelik dan ajaib apabila Si Gani Patail pula yang mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan aman rakyat. Hari ni dia punya tak malu boleh minta mahkamah supaya menafikan ikat jamin kepada Edmund Bon (Pengerusi JK Hak Asasi Manusia Majlis Peguam) kerana kesalahan menghalang DBKL daripada membuang kain rentang dan poster yang dipasang di Bangunan Majlis Peguam. Dosa besar sangat ke sampai tak boleh ikat jamin. Nasib baik hakim tu waras fikiran dan membenarkan ikat jamin. Bayangkan Peguam Negara pi naik turun mahkamah mengendalikan semua kes berkaitan perhimpunan rakyat. Awat hang tak dak kerja lain ke? Apakah kes-kes ini adalah kes-kes paling penting dalam negara. Cerita tentang klip video Lingam lagi penting, kenapa tak diutamakan? Kita kena banyakkan lagi perhimpunan rakyat supaya Si Gani ni tak menang tangan. Silap-silap jadi sasau terus masuk Tanjung Rambutan.

Cerita yang lagi pelik di Terengganu ialah 2 orang yang ditembak tempohari dalam peristiwa berdarah Batu Buruk telah didakwa cuba mencederakan anggota polis. Yang hebatnya kedua-dua yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan yang menembak pula tidak diambil sebarang tindakkan. Haprak sungguh hang Pak Lah. Hang tembak orang lepas tu hang penjarakan depa pula. Sekali lagi barua Gani jadi pendakwaraya.

Lepas tu kita dengar hang pi canang rata kampong menyatakan bahawa rakyat minta supaya diISAkan penganjur demonstrasi HINDRAF. Rakyat mana tu? Kalau setakat pemimpin dan ahli UMNO aje tolong jangan sebut rakyat. Hang tau berapa ramai orang yang hang kurung dengan ISA tanpa ada bukti kukuh. Hang kata dia KMM le, pengganas LTTE le, ikut sedap nak justifykan ISA tu. Kalau betul ada bukti bawa pi le ke mahkamah terbuka supaya rakyat boleh tengok. Tolong jangan dok ugut rakyat dengan ISA. Selama ini pun UMNO dah banyak salahguna akta ini untuk tujuan menindas pihak pembangkang. Keselamatan negara tidak pernah terancam oleh protes pembangkang, yang terancam ialah kekuasaan UMNO. Negara sebenarnya akan terancam oleh rasuah pimpinan UMNO, menjual negara kepada Singapura, manipulasi sistem pilihanraya untuk menang, manipulasi sistem kehakiman untuk tutup semua skandal pemimpin, dan pelbagai kebobrokan UMNO dan BN lain. Itu sebenarnya yang mengancam keselamatan negara.
Terus terang aku kata di sini bahawa hang adalah PM paling teruk dan lemah sekali yang pernah aku lihat. Satu benda baik pun hang tak boleh buat untuk rakyat. Tolong tunjuk satu kebaikan yang hang dah taburkan sejak jadi PM. Rasuah suku sakat hang makin banyak, nafsu besar dengan kapalterbang dan kapal layar baru, tipu pilihanraya, rasuahkan para hakim, kekalkan orang rekod buruk untuk terus jadi ketua polis, ketua peguam (peguam Negara), ketua SPR (siap pinda undang-undang semata-mata nak make sure Rashid terus kekal jadi ketua – punya haprak!). Terbaru mamat mana dilantik terus jadi hakim mahkamah persekutuan, lepas 3 bulan terus jadi presiden mahkamah rayuan, dan aku guarantee 6 bulan lagi jadi ketua hakim. Lepas satu haprak datang lagi banyak haprak gara-gara Pak Lah. Dalam pada itu rakyat makin tersepit. Harga barang terus melonjak. Bulan depan siap tol dan minyak pula naik. Apa nak jadi oooooiii?

Aku rasa cukup panas. Dan aku salahkan pemimpin, ahli-ahli UMNO dan semua barua-barua mereka kerana bersekongkol dengan Pak Lah di dalam memporakperandakan negara ini. Every single one of you is accountable for the destruction of our society and its fabrics. As for the Muslims, you are going to answer in front of God for conspiring in carrying out atrocities and injustices on fellow Muslims and fellow being. You are not going to get away with all these evil deeds, and I for one will seek redemption either in this world or in the hereafter. Cepat-cepatlah bertaubat sebelum nyawa sampai ke halkum.

Anak Bapa: Aku dah kata dulu dan aku kata sekali lagi. Kita kena buat benda yang Pak Lah dan UMNO marah sebab benda tu boleh mengancam kekuasaan mereka. Dalam bab ni perhimpunan aman rakyat begitu dibenci oleh Pak Lah. Oleh itu kita kena buat banyak lagi program serupa. ESOK SELASA 11 DISEMBER 2007 JUMPA DEPAN BANGUNAN PARLIMEN JAM 11 PAGI. PAKAI BAJU KUNING!

13 comments:

Anonymous said...

Well said. Arresting Mat Sabu during his daughter's wedding. Memang kurang ajar.

The sight of the PM now makes me lose my appetite. He is a hypocrite par excellence.

PAS' president Hadi Awang has called on “all PAS members throughout the country” to participate in prayer sessions and to ask that “Allah destroy every form of injustice and save us all from the havoc of the Barisan Nasional government and its marginalisation of democracy and human rights”.

As a Christian I will say Amen to that and I will pray to my God for the same. This Govt has no longer any moral authority to rule.

lsp

Anonymous said...

kalau rakyat tak boleh tukar pendirian kukubesi rejim zionist umno dari luar, apa kata rakyat melayu khususnya menukarkan dari dalam? join rejim & try change it fr the inside!

Anonymous said...

macaufan,

dah tak boleh harap lagi apatah nak tukar dari dalam UMNO.

http://www.youtube.com/watch?v=KwDv3CwIm4s


insaflah budak budak UMNO woii

Anonymous said...

Jangan terkejut nanti IGP kata Mat sabu dan PAS ada kaitan dengan terroruist LTTE lagi . Brgitulah masyarakat Islam Hadhari Pak Lah. Buka mata besar besar dan terus menikmati rancangan Pak Lah seterusnya.

Anonymous said...

Inilah padahnya apabila rakyat menyerahkan kuasa mutlak kepada satu parti untuk memerintah begitu lama. Tiang yang menyokong demokrasi yakni legislatif, eksekutif dan kehakiman telah lama dinodai dan disekongkolkan menjadikan negara kita lumpuh dalam erti kata sebenar. Demokrasi yang ada hari ini hanyalah tempelan dan topeng Pak Lah untuk menyatakan negara Malaysia adalah negara demokrasi. Hakikatnya negara Malaysia adalah negara dikatator ala BN, negara polis yang kejam dan zalim .......

Anonymous said...

bagi aku aku boleh kata "Haram Jadah" punya pentadbiran ,dalam bahasa Hindi "Haram Zade" pendakwaraya tak ada Sasaran Kerja Tahunan (SKT) sampai boss 4tahil kena turun padang apa punya haprak!, elok2 santau saja biag mampuih puak2 ni kerja mentekedarah dan sucking the rakyat bood, with the increasing of necessity goods, it also downgrading the rakyat quality life.

IbnAbdHalim said...

Berbohong, tidak amanah dan mungkir janji. Termasukkah dalam keluarga Ibnu Salul? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, tapi ciri-cirinya dah ada.

Anonymous said...

Dear Malaysians, hakikat sebenar lebih 100,000 masyarakat India keluar berdemonstrasi bukanya untuk menyokong HINDRAF. Malah, 99.99% tidak mengetahui tuntutan mereka pun. Sebab utama ialah kerana lebih 500 kuil dimusnahkan dalam 2 tahun kebelakangan ini atas alasan tiada permit. Ada kuil yang berumur lebih 100 tahun dan menjadi "tourist attraction". PAS di Kelantan tak pernah robohkan kuil, mereka adil. Semua application untuk permit ditolak. Kemuncaknya ialah di Shah Alam dimana kuil berumur 130 tahun diroboh, penganutnya menanyakan 4 hari untuk memindahkan "dieties" mereka. Ditolak, dan dieties dipecah dihadapan penganut dengan tukul besi, dipijak dan dibuang ke dalam jamban. Apa perasaan mereka? Bayangkan....isu agama ini adalah sangat sensitif. Orang Melayu sekurang-kurangnya ada PAS atau PKR untuk merayu, bagi orang India, tiada siapa, MIC 100 kali lebih teruk dari UMNO. UMNO hanya tak buat secukupnya bagi rakyat, tetapi MIC mencuri saki baki wang yang ada dikalangan orang India. So kita hanya boleh ke kuil untuk merayu, dan ini pun kini dirobohkan. Semua yang dikatakn hanya sebab emosi sahaja, masalah utama masyarakat India di Malaysia adalah MIC dan MIC sahaja. Media setempat memesongkan berita sebenar perjuangan masyarakat India, kami tak pernah mempertikai hak keistimewaan orang Melayu, tak pernah! Kami hany nak hak kami seperti juga yang ditanya-tanyakan oleh ramai orang Melayu juga yang tidak menyokong UMNO.
HIDUP ISLAM YANG MENJAMIN HAK SEMUA RAKYAT TAK KIRA BANGSA DAN AGAMA.

Anonymous said...

Saya ingin memberi komen terhadap menteri-menteri Negara kita yang melulu mengikut sesuka hati dalam mentadbirkan Negara ini dan juga masalah berkaitan. Semuanya bercanggah dengan ajaran islam. Rasuah, penyelewengan, penipuan, menyalah guna kuasa, berdusta dan macam-macamlah. Malah bagi mata luaran neraga ini dikatakan Negara islam dan apa yang dibuat telah menjadi tanda soalan, terutama sekali Negara-negara islam sendiri.

Islam merupakan agama yang suci dan mulia dan islam tidak mengajar untuk berbuat demikian, jelas dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa 400,000 orang melayu memohon untuk keluar dari agama islam, tetapi belum dapat kelulusan, adakah mereka masih beragama islam lagi, apabila ditanya segelintir daripadanya inilah puncanya, malah mereka juga kesal kalau agama dikaitkan dengan kelakuan menteri kita sendiri yang beragama islam melakukan kegiatan tak diizinkan oleh allah. Kalaulah ini berterusan untuk 5 tahun yang akan datang angka 400,000 mungking berubah ke 4 billion.

Lebih-lebih lagi masalah perkauman, siapa yang memulakan dulu, kita atau menteri yang sengaja cuba mempropakgadakan supaya masyarakat kita yang berbilang kaum ini membunuh sesama sendiri, patutnya kita perlu bergabung pada masa ini demi masa depan kita dan Negara kita dan membentras pemyelewengan menteri-menteri kita sekarang.Pihak media dimalaysia semuanya dibawah kawalan mereka, semua maklumat yang disebarkan hanya memihak kepada dia, masyarakat ditipu dengan informasi yang tidak tepat malah informasi yang deberikan juga cuba menaikan perasaan marah rakyat terhadap isu semasa.

Pemimpin kita yang kononnya suka mengritek Negara barat dalam beberapa aspek, kini mula nampak jinaknya untuk menbeli harta dan rumah mewah dinegara itu, sekiranya berlaku perbalahan kaum mereka akan pergi kenegeri tersebut, seolah tidak tahu apa yang berlaku dan peduli apa mereka kalau melayu bunuh cina, cina bunuh India dan sebaliknya, yang terseksa masyarakat sendiri, duit kita dihabiskan dengan senang-wenangnya. Kalau dirampas kesemua hartanya, saya rasa rancangan bersamamu TV3 boleh ditamatkan, masyarakat melayu yang masih miskin boleh dibela. Selain daripada itu setiap kakitangan kerajaan dinaikan gaji 30% hingga ke 50% hasil dari duit kita juga, bila ditanya soal pekerja swasta, jawapan yang diberikan ia terpulang kepada majikan swasta, kita perlu ingat masyarakat melayu kalau dikatakan hampir 40% berkerja diswasta dibiarkan mati, harga baranggan dan minyak naik melambak.

Bangsa dan agama lain menunjukan sikap yang positif mematuhi ajaran mereka malah kita apa kurangnya. Kita semua dijadikan hamba mereka dan perlu patuh kepada apa yang mereka suruh,
Fikir balik kita bayar gaji mereke.Tiada siapa yang berfikiran secara islam dalam pentadbiran kerajaan naugan BN, tidak seorang menteri BN yang beragama islam yang sincear dan iklas, semuanya haram jadah dan hanya mementingkan diri dan kekayaan sendiri.

Kematian jalan raya meningkat golongan melayu mencatatkan jumlah yang tertinggi setiap tahun, ciri-ciri keselamatan jalan raya kurang memuaskan dan tidak efisen, disoal menteri kerja raya S.Samy Vello semua berada dalam keadaan selamat dan disokong oleh kabinat tertinggi. Dibiarkan begitu sahaja, malah sekarang harga tol pun naik. Masyarakan India kini berpaling tadah tidak sokong S.Samy Vello lagi.

Menteri-menteri melayu sekarang dalam ranking nombor satu dalam kes-kes rasuah, apatah lagi kes V.Lingam diserakan kepada agong untuk sisatan terperinci, inci apa kalau dibuktikan berkemungkinan semua hakim-hakim juga terlibat. Inilah akibatnya yang menjadi persoalan patutkah kita berdiam diri sahaja, adakah kita masih mahu kerajaan naugan BN terus merajuai Negara kita, saya rasa cukup setakat ini kita perlu bela hak kita, hak melayu, hak islam yang sejati dan ikhlas, dan bukanya pelakun islam.

Anonymous said...

Dear hajah and Malaysian Indian,

Well said. I couldn't said any better. Read my latest posting for some food of thought .......

Anonymous said...

"siap pinda undang-undang semata-mata nak make sure Rashid terus kekal jadi ketua – punya haprak!"

Bukan undang-undang sembarangan tu. Yang ditukar perlembagaan negara; undang-undang tertinggi negara kita. Punyalah jahanam kerajaan UMNO, perlembagaan negara dipijak macam surat khabar lama bapak dia.

It's shameful really. Just plain, bloody shameful.

Anonymous said...

apa salahnya HINDRAF?Mereka bukannya pengkhianat negara seperti yang dikatakan oleh menteri menteri negara kita.mereka tidak bermusuhan dengan mana mana kaum dan mereka bukan pengkhianat negara mereka sendiri.mereka tidak mengakibatkan ape ape rusuhan perkauman kerana mereka hanya berjuang untuk kebaikan kaum india.Perkara 10 perlembagaan negara mengatakan semua rakyat mempunyai hak untuk bersuara n malaysia juga adalah sebuah nagara yang demokratik.jadi,adakah salah jika kita memperjuangkan hak kita?

Anonymous said...

Nampaknya ramai lagi rakyat yang masih buta dengan mainan politik UMNO dan BN. Semua dok tunggu depan TV dan tak mau buat perbandingan dengan sumber berita yang lain. Kalau mentaliti rakyat negara kita terusan macam ni....UMNO ketawa besar. Kepada rakyat marhaen yang sedar akan mainan politik UMNO, tahniah semuga PRU kali ini perubahan besar akan berlaku. Takbirrrr !!!