Friday, May 30, 2008

Biar Ezam Terjun Dengan Kotak-Kotaknya .........



Apalah lagi nak dikata. Panglima “Sumpah Rakyat Sumpah Keramat” akhirnya terkena laknat ke atas batang hidung sendiri. Segala tohmahan, maki hamun, kata nista, sumpah seranah dan serangan yang ditujukan kepada UMNO, yang bertebaran di seluruh pelusuk bumi Malaysia bertahun-tahun lamanya terpaksa dijilat dan ditelan oleh Ezam apabila ia mengemis masuk UMNO beberapa hari lepas.

Gerangan apakah yang menyebabkan Ezam tergamak untuk terjun kembali ke lubuk najis UMNO, yang kita lihat semakin hari semakin semerbak baunya. Mungkinkah ia mendapati najis-najis yang ada pada UMNO sudah bertukar menjadi halwa maskat yang cepat dimasak sedap dimakan? Atau mungkinkah najis-najis UMNO telah habis dibawa keluar oleh Tun Mahathir, yang menyebabkan UMNO kini menjadi putih bersih harum semerbak, sesuai untuk menjadi taman persemayaman Ezam? Lupakah ia bagaimana UMNO memperlakukannya ketika kemuncak reformasi dahulu, dipenjara dan diISAkan? Tidak ingatkah beliau penderitaan ibu dan isterinya ke hulu ke hilir menagih simpati masyarakat dan bagaimana pimpinan dan ahli Barisan Alternatif bersusah payah membantu mereka? Adakah Ezam lupa dasar perjuangan beliau yang menentang segala bentuk rasuah dan kini masuk ke lubuk bapa rasuah?

Khabarnya Ezam ingin menjelajah ke seluruh Malaysia untuk memberi penerangan kenapa beliau pilih untuk masuk UMNO. Kami minta maaf Ezam. Apa alasan pun engkau berikan ia sia-sia belaka. UMNO tetap UMNO. Anwar Ibrahim yang hebat pun tak boleh buat apa-apa tentang UMNO, inikan pula awak si Anwar klon! Percayalah cakap saya, wahai Ezam. Engkau akan merana di dalam UMNO dan kerana meninggalkan perjuangan yang benar dan berprinsip. Lihat mereka-mereka yang meninggalkan perjuangan yang benar dan melutut di gantang UMNO. Sampai hari ini mereka tak hebat tara mana, hina adaaaaaa. Terjunlah Ezam dengan kotak-kotaknya ………

Anak Bapa: Saya kenal baik si Ezam ni. Saya macam tak percaya ia akan masuk UMNO. Saya lebih percaya Azmin masuk UMNO. Tetapi inilah padahnya apabila niat perjuangan tu tak ikhlas. Akhirnya terserlah juga niat sebenar …….. Apa nak buat berkotak-kotak tuduhan rasuah pimpinan UMNO tuuuuuuuu!

6 comments:

abdul said...

Sayang sekali Ezam,yang sekian lama berjuang bersama PKR tiba-tiba merujuk kembali kepada UMNO.Apa yang dicari oleh beliau tiada siapa yang pasti.Tetapi apa yang paling ketara ialah Ezam ini dan tidak terkecuali rakan-rakannya itu tidak berpendirian dan tidak mempunyai kekuatan dalaman buat mengharungi gelombang perjuangan.Mereka tidak berkesanggupan untuk terus bersusah payah bersama DSAI.Walaupun mereka tahu perjuangan masih perlu di teruskan,dipertingkatkan tampa agenda lain yang merosakkan iltizam dan istiqamah.

Ezam bukan sahaja didapati mengenepikan harapan rakyat dengan bertindak meninggalkan jemaah perjuangan bersama PKR dan BA malah beliau telah menghampakan kita apabila lantas melepaskan funsi GERAK dalam keghairahan menjulang UMNO.Baru kini kita faham bahawa DSAI bukan calang-calang manusia yang bergelar pejuang agama,bangsa dan negara.Kita juga pernah seketika dahulu meletakkan Ezam pada tahap perjuangan yang sama.Tetapi kini segalanya hancur berderai.Ezam tidak mungkin setanding dengan sesiapa saja yang mahu kekal bersama DSAI dan gelombang perjuangannya.

Walau apa pun yang di perkatakan Ezam dan rakan-rakannya tidak dapat mengubah tanggapan dan kepercayaan kita bahawa beliau telah gagal memenuhi harapan kita.

AnakMudaParlimenBatu said...

Biarlah dia pergi ke UMNO, ini negara demokrasi, org politik boleh berubah bila2 masa. Hari ini cakap lain esok boleh bertukar pula. Ezam kalau pergi tidak jadi masalah tetapi perlu dia heret nama-nama penjahat yang ada di dalam kota-kotak tersebut, itu amat penting ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

mat_terab said...

Biasalah masuk balik umno sebab nak cium bontot pak lah la....
Dulu masa TDM ada kuasa semua orang-orang umno berebut nak cium bontot TDM hingakan kentut TDM yang begitu hangit baunya dikatakan semerbak baunya, antara yang begitu asyik mencium kentut TDM ialah Rafidah itek gembo-gembo, Hisham Keris lembik, Khir anak toyo, Ali Ketam, anak Pak maiden, dan Pok Loh kata orang kelantan (pak Lah) dan banyak lagi, tapi...selepas TDM dah tiada kuasa kentutnya tak laku lagi...kentutnya dah jadi betul-betul hapak...sebaliknya kentut Pak Lah pula bertukar wangi walaupan sebelum ini jangan kan penjilat umno mat-mat pit tepi jalan pun tak lalu nak hidu kentut pak lah....begitulah realiti dunia umno hari ini, siapa yang ada kuasa dialah ada segalagalanya....sebab itulah bagi bekas-bekas penjilat umno seperti Ezam dan kuncu-kuncunya yang pernah menghidu kentut-kentut peminpin yang rakus mereka, nak tak nak akan kembali mengidam kentut pemimpin mereka....cuma bagi bekas ahli umno yang sudah tahu dan istiquamah sahaja dapat meninggalkan tabiat menghidu kentut pemimpin mereka yang busuk itu....cuma kita harap TDM juga istiquamah tak mahu hidu kentut Pak lah lagi sampai bila-bila....

jijanhyde said...

sayang, pemimpin seperti ezam hilang pendirian perjuangannya

Pemuda Malaysia said...

tindakan ezam betul dan tepat kerana dia sendiri dapat menghidu penipuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan anwar sendiri...

Hidup UMNO!!!

Wakmasnoor said...

Ini lah namanya ORANG POLITIK. Bukan Ezam sahaja. Anwar Ibrahim pun sama. Dari ABIM ke UMNO. Dari UMNO ke PKR. Lepas ni tak hairan kalau Anwar kembali kepada UMNO. Apa yang nak dihairankan.

Mungkin Ezam dah bosan berselindung dan bersandiwara disebalik PKR. Ada yang tak kena. Mungkin sedikit masa lagi...semua akan terburai keluar.

Anwar mulai sekarang kena lebih peka kepada istilah, apa itu LOMPAT PARTI. Jangan YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG JATUH KECICIRAN.