Friday, November 27, 2009

BTN Sudah Tidak Lagi Relevan



Timbalan PM, Muhyiddin Yassin berkata bahawa program BTN (Biro Tata Negara) yang telah dilaksanakan buat sekian lama tidak bermotifkan politik tetapi lebih kepada menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

Jawapan Anak Bapa mudah sahaja, kepala hotak engkau. Anak Bapa sendiri pernah menghadiri kursus BTN dan dengan PASTI mengesahkan bahawa ia adalah program indoktrinasi UMNO ke atas orang-orang Melayu supaya terus menerus memperjuangkan konsep Ketuanan Melayu dan secara langsung menyokong perjuangan mereka. Ketika di kursus, Anak Bapa saban hari dilontarkan dengan “bom-bom” perkauman dan agenda kehebatan Melayu dan UMNO. Seringkali berlaku pertengkaran antara kami peserta kursus dengan fasilitator BTN kerana tindakan melampau mereka dalam mengapi-apikan sentiment perkauman Melayu. Mereka tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau perkauman sehingga ke tahap tidak sanggup Anak Bapa sebutkan di sini. Dan Anak Bapa yakin ramai rakan-rakan di luar sana yang melalui pengalaman yang sama dan boleh mengesahkan keabsahan cerita yang Anak Bapa bawa ini.

Sememangnya ucapan Timbalan PM itu ada kebenarannya iaitu BTN bukan bermotifkan politik kerana ia sebenarnya lebih daripada bermotifkan politik. Semangat asabiyyah dan kaumiyyah yang pecacai-pecacai UMNO tiupkan bertopengkan BTN itu adalah penerusan agenda UMNO supaya orang-orang Melayu akan terus mencurigai kaum-kaum lain dan akan bersatu di belakang UMNO bagi menjamin kesinambungan legasi kaum Melayu. Malahan institusi Raja-Raja Melayu digunakan seluas-luasnya oleh UMNO melalui BTN bagi menunjukkan ketaatan mereka kepada raja-raja Melayu dan dalam masa yang sama mengambarkan golongan penentang UMNO sebagai golongan yang ingin menjatuhkan sistem pemerintahan raja-raja Melayu (yakni yang ingin menjadikan Malaysia sebuah republik).

Ramai di kalangan orang-orang Melayu terutama yang mempunyai kedudukan dan dari kelas menengah dan atas yang terpengaruh dengan dakyah UMNO selama ini, menyebabkan UMNO terus dapat bernyawa sehingga ke hari ini. Sudah sampai masanya kita tinggalkan agenda lapok BTN ciptaan UMNO dan kita cipta masyarakat baru Malaysia yang saling hormat menghormati antara sesama kaum dan yang tidak menjadikan perkauman sebagai asas kepada segala permasalahan kita hari ini. Orang-orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam perlu ingat bahawa dasar yang dibawa oleh BTN adalah bercanggah dengan prinsip keadilan Islam yang melihat semua bangsa adalah sama dan yang membedakan antara kita adalah sifat taqwa. Pendekatan menggunakan perkauman adalah diharamkan dan UMNO yang asyik dengan agenda Melayu ini sebenarnya kerana mereka tidak ada benda lain yang lebih baik yang boleh mereka tawarkan kepada rakyat. Sama-sama kita fikirkan.

Anak Bapa: Zahid Hamidi kata Hasan Ali pun pernah jadi Timbalan Pengarah BTN dan sudah tentu amat memahami kebaikan program BTN. Anak Bapa harap Hasan Ali akan segera membuka pekung BTN supaya seluruh rakyat Malaysia dapat lihat kebobrokan yang ada padanya. Kita menunggu ………..

1 comment:

C++ said...

Bhai...

1. BTN memang mengarut.... gua ader pengalaman... memang banyak gua bertelagah dengan diorang nih fasal isu yang diorang bawak...

2. Agaknyer la... Muhyiddin tak pernah masuk program BTN kot.. harap dengar dari orang lain jer..

3. Tentang Hassan Ali tue.. err.. lebih elok la dier dedahkan isu BTN nieh macam mana dier dedahkan isu Bai'ah Taklik kat dalam perjumpaan dengan blogger (termasuk blogger UMNO)..

4. Tapi rasanyer la... Hassan Ali nie pengecut skit.. hahahaha