Ketika Rasulullah saw membisikkan nama orang-orang munafiq kepada seorang sahabatnya, Saidina Omar ra mulai gelisah. Persoalannya adakah mungkin keresahan beliau kerana cemburu sebab Rasulullah saw tidak membisikkan kepadanya atau kerana teringin sangat nak tahu siapakah yang tersenarai. Ternyata telahan kita sebagai manusia akhir zaman ini salah kerana beliau sebenarnya bimbang takut-takut namanya yang ada dalam senarai.
Beginilah sifat para sahabat dahulu (moga-moga Allah redhai mereka semua) apabila berdepan dengan arahan dan tindakan Rasulullah saw. Apa saja yang mereka terima baik dalam bentuk suruhan atau permintaan Allah swt dan Nabi saw mereka akan mulakan dengan memeriksa diri mereka sendiri. Kita hari ini terbalik kot pula. Apabila ditegur atau dinasihati kita akan terus tuduh orang lain dulu dan lupa memeriksa diri sendiri.
Kan dah bertubi-tubi aduan daripada pimpinan lain dan ahli berhubung pelanggaran displin dan kerja-kerja merosakkan jamaah di kalangan pimpinan dan ahli sedang berlaku. Tanya diri sendiri, adakah aku telah melaksanakan amanah daripada ahli dengan baik. Aduan dan kritikan yang bergema, sebagaimana apabila ada gejala yang melanda tubuh badan kita, menunjukkan ada tanda-tanda yang kita atau organisasi kita akan atau sedang “sakit” dan dengan itu perlu di”rawat” segera. Jika dibiarkan lebih lama kemungkinan besar penyakit akan melarat dan sukar dikawal.
Namanya pun berjamaah, kenalah buat secara berjamaah. Jangan buat kerja sorang-sorang tugas yang berat takut nanti syaitan tumpang buat keputusan. Sebahagian besar kepimpinan di atas dipilih oleh ahli dengan amanah sedangkan yang lainnya hanya dilantik. Tetapi apabila kat atas buat kerja orang akan kata semua terlibat tak kira dia dipilih atau dilantik. Jangan pula kita kutuk UMNO kerana pendakwaan berpilih-pilih lepas itu kita ikut buat benda yang sama.
Kita semua perlu ingat bahawa tindakan kita samada kecil atau besar akan memberi kesan kepada PAS. Justeru itu semak diri sendiri dulu sebelum buat sibuk nak menghukum orang lain. Tanya diri adakah tindakan aku memenuhi tuntutan Islam dan perjuangan, dan adakah yang terbaik untuk jamaah?
Anak Bapa: Dah letih tulis memo ………
3 comments:
haa sama la macam khalid samad tu, kena koreksi diri la, jgn asyik nak dedahkan rahsia parti kepada umum je. adaka patut baiah cerita dgn org.
Saudara bapanak,
Saya ingin nasihatkan saudara supaya periksa maklumat betul-betul sebelum membuat sebarang tuduhan. Untuk makluman, isu baiah taklik (jika itu yang dimaksudkan mula ditimbulkan oleh Dato' Hasan Ali di majlis dialog beliau dengan para bloggers di rumahnya tidak lama dulu. Pemberita yang mendapat tahu perkara ini kemudian meminta pengesahan drp Khalid samada benar atau tidak bai'ah ini wujud.
Ini hakikatnya apa yang berlaku. Saya tidak ingin menuduh sapa yang salah. Saudara buatlah sendiri keputusan. Cuma saya ingin nasihatkan lagi kepada saudara supaya jangan kerana kebencian kita kepada seseorang membuatkan kita berlaku zalim kepadanya. Jika salah tak kira sapa pun termasuk Khalid Samad atau saya sendiri perlulah dihukum ......
saya setujuuuuuuuuu........kata tok pa ali tu,ukur baju dibadan sendiri.jangan asyik dok tengok kain orang yang koyak.walaupun yang menegur tu orang dibawah orang diatas pulak jangan la buat donno aje.lu pikiaq la sendiri.kepada yang atas tu tengok2 sama kat bawah ni cukup makan dak.
Post a Comment