Sunday, April 4, 2010

Bekas Lain Tapi Isinya Sama


Kembang kempis hidung Najib apabila ramai pihak pakat puji dia sempena 1 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beberapa akhbar arus perdana (baca kaki bodek) menyediakan bermuka-muka helaian akhbar bertujuan memuji Najib. Macam-macam mereka tulis, dari kejayaan Najib “memulihkan” ekonomi negara, “menyatupadukan” rakyat dengan gagasan 1Malaysia sehingga perbincangan khusus bancian pendapat mengenai Najib yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Anak Bapa tak nak cerita panjang ulasan daripada suratkhabar kaki ampu ni, pasai naik loya dibuatnya nanti. Cuma yang syoknya dalam depa dok bodek Najib, Dr. Mahathir pula kata negara Malaysia terkapai-kapai dalam pengurusan ekonomi selepas beliau. Maknanya bukan Pak Lah saja yang tak pandai memerintah, Najib pun dua kali lima juga.

Betullah Dr. Mahathir pandai pesatkan ekonomi negara. Banyak kaedah yang dia perkenalkan seperti persyarikatan Malaysia, dasar penswastaan, pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa Cek Dek juga yang mulakan budaya rasuah secara meluas dan terbuka, politik wang (baca rasuah), bagi projek kat kroni, dan segala macam penyelewengan yang kita warisi hari ini.

Seperkara lagi, jangan lupa ketika Cek Dek dok buat semua perkara tak elok ini, Pak Lah dan Najib ada bersama dalam membuat keputusan. Dengan lain perkataan, Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan lain-lain lagi pimpinan UMNO yang ada hari ini adalah orang yang sama ketika itu dan hari ini. Mereka sama-sama bersekongkol dan bersubahat membuat onar. Jadi hari ini tok sah dok tunjuk alim, “rebranding” konon dengan Islam Hadhari (dah pun lenyap dari ingatan penyokong UMNO sebab PM orang baru) dan 1Malaysia.

Cuba fikir bagaimana mungkin geng-geng perompak yang dulu sama-sama merompak dan mengagih-agihkan harta rompakan sesama mereka kini sudah berubah habis hanya disebabkan mereka mendapat ketua baru yang datang dari kalangan perompak juga!

Anak Bapa: Tak pernah terpedaya dengan topeng palsu UMNO.

No comments: