Friday, April 30, 2010

Kesombongan Manusia


Ramai yang lupa bahawa Iblis (kepala syaitan) telah dihalau keluar daripada syurga kerana keengganan mengikut satu saja perintah Allah swt yakni tunduk (tanda hormat) kepada Adam as. Keengganan ini bukan kerana bencikan Allah atau kerana tidak mengiktiraf Allah sebagai yang Maha Berkuasa tetapi kerana menganggap kejadiannya lebih mulia yakni sombong dengan Penciptanya.

Kita semua sedia maklum selanjutnya bahawa Iblis dan keturunannya telah dinyahkan daripada syurga dan dilaknat selama-lamanya dan bakal penghuni neraka kelak. Jika direnung kesalahannya tidaklah seberapa berbanding dengan manusia! Perkara yang syaitan tak gamak nak buat seperti mengaku Tuhan, membunuh manusia lain dengan sengaja dan pelbagai kefasadan lain telah menjadi seperti perkara biasa bagi sesetengah manusia.

Apabila ada remaja 15 tahun ditembak mati daripada belakang setelah dikejar polis, wajarkah keluarganya dimalukan pula dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal dan mengaibkan? Bayangkanlah kalau tak ada saksi langsung dalam tragedi ini, apalah nasib keluarganya yang malang?

Apabila ditegur, kepala polis negeri kata ahli politik tak usah masuk campur. Selama ini bukankah ahli politik UMNO/BN yang dok perkudakan pihak polis? Untuk makluman tuan, pemimpin politik yang bertanggungjawab akan sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sekurang-kurangnya itulah peranan yang dimainkan oleh pemimpin politik PR.

Kepala polis besarnya pula ugut nak suruh polis duduk di balai-balai saja sebab kononnya rakyat tak suka mereka meronda di jalanraya. Apalah bodoh sangat! Kita cakap supaya lebih cermat apabila menggunakan senjata api di khalayak ramai, tak boleh ke?

Ada pula kepala lagi besar tak benarkan politik di masjid dan surau dan jika sesiapa yang tak setuju tak usah datang ke Selangor. Politik kepartian tu memang betullah kita tak elok libatkan masjid dan surau tetapi politik pada umumnya adalah sebahagian daripada Islam macamana nak buang? Ini cerita macam nak buang manis dari gula atau lemak dari santan, mana boleh! Nanti kalau Allah kata siapa yang tak setuju dengan syariatNya maka orang itu sila keluar dari bumiNya, kan ke susah tu?

Anak Bapa: Macam-macam jenis kesombongan manusia kita saksikan saban hari. Moga Allah swt lindungi kita daripada akhlak buruk ini .......

No comments: