Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan Sebenar


Ghairah sekali kita melihat umat Islam menyambut Hari Raya Korban dengan beramai-ramai menyertai majlis korban di masjid dan surau. Banyaklah lembu dan kambing tumbang bagi memenuhi tuntutan sunat muakkadah setahun sekali ini.

Anak Bapa turut sama menyertai majlis korban di masjid berhampiran dan merasa bersyukur kerana dapat melaksanakan tuntutan mulia ini hampir setiap tahun. Biar sehebat mana pun diceritakan mengenai pengorbanan, tidak mungkin ada yang setanding atau lebih hebat daripada pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda.

Ketika arahan Allah swt supaya Nabi Ibrahim as menyembelih Nabi Ismail as, bayangkan bagaimana perasaan baginda, perasaan isterinya Siti Hajar, dan perasaan Nabi Ismail as. Nabi Ismail as adalah satu-satu anak baginda bersama Siti Hajar, yang sangat mereka sayangi dan kasihi, perlu dikorbankan demi mentaati perintah Allah swt.

Lantas kita dapati bagaimana sikap ketiga-tiga insan teristimewa ini yang redha dengan perintah Allah swt walaupun terpaksa berdepan dengan pertarungan perasaan dan syaitan yang menghasut. Sebagaimana kita maklum, Allah swt menggantikan Nabi Ismail as dengan seekor kibas setelah mereka berjaya menunjukkan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah swt.

Tetapi lihat kepada sikap kita hari ini berhubung pengorbanan dan ketaatan kepada Allah swt. Ibadah korban ini, jika mengambil iktibar daripada pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarganya, adalah berasaskan kepada ketaatan dan mencari keredhaan Allah swt dan bukan kerana berebut-rebut nak ambil atau makan daging.

Ada sesetengah tempat kecoh berebut daging sedangkan ia hanyalah aspek sampingan dan bukan matlamat utama korban. Kita hanya diminta berkorban sedikit duit ringgit sahaja, dan mungkin sedikit masa dan tenaga dalam menjayakan majlis korban ini. Itu saja, tidak lebih dari itu.

Kita belum lagi diminta mengorbankan separuh atau seluruh harta kita, atau pengorbanan nyawa dan jiwa kita. Malangnya, dengan pengorbanan yang sikit ini pun, matlamat menuntut keredhaan Allah swt itu pun dah lari, bagaimana untuk membuat pengorbanan yang lebih besar?

Malah kita lihat ada golongan yang juga ghairah nak berkorban sedangkan mereka sendiri engkar kepada Allah swt. Mana mungkin parti yang kerja mereka tak habis-habis memburukkan Islam dan memain-mainkan hukum-hakamnya dalam masa yang sama nak berkorban sedangkan ibadat korban ini adalah demi mentaati Allah swt dan mencari keredhaannya (lihat di sini). Mana mungkin satu hari kamu menghina hukum Allah swt dan pada hari yang lain pula cuba nak buat baik pada Allah pula!

Inilah akibatnya apabila tuntutan Islam itu dilaksanakan mengikut faham sendiri, atau sebagai adat kebiasaan sahaja dan bukan berasaskan kefahaman Islam sebenar. Akhirnya jadi majlis sembelih lembu dan makan daging aje!

Anak Bapa: Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam yang betul-betul menghayati Islam ……….

1 comment:

Hanz Newman said...

Contoh melakukan ibadah korban bukan mula dengan Habil & Khabil, kan? Ada yang beriya riya dengan persembahan korban ada yang bermuka-muka, kan? Jadi UM?NO atau sape-2 saja boleh jadi macam Habil & Khabil la. Kot ada yang nak berlakon ala Nabil pun boleh jugak buat korban. Suka-suki hati dia la! Tu la kot jenis yang dia masuk bahagian/pangku tapi dia jugak la berebut nak ambik daging korban.