Saturday, January 28, 2012

"Third Force" Yang Mana?


Hujah awal bahawa PAS telah tergelincir daripada perjuangan dan perlu kembali ke landasan asal. Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan memartabatkan Islam, Melayu, dan Raja-Raja Melayu (IMR). Kemudian diikuti PAS telah dikuasai oleh golongan parasit (perkataan yang dipinjam daripada blog selamatkan PAS) menyebabkan Dato’ Hasan Ali (DHA) tersingkir.


Terbaru, Malaysia perlukan satu kuasa pendesak baru, “the third force”.


Macam-macam DHA ini buat onar. Macamana biasa, beliau begitu kagum dengan kehebatannya melontarkan idea, yang dirasakan amat progresif dan relevan buat masa ini. Perjuangannya, menurut cakapnya, ialah IMR. Jiwanya IMR, hidup matinya IMR, dan seluruh nawaitunya ialah memartabatkan IMR.


Apakah yang sebenarnya beliau maksudkan dengan “the third force”? Bahasa mudah, satu kuasa rakyat lain selain daripada BN dan PR. Adakah ini benda baru? Tidak. Haris Ibrahim, Raja Petra dan kalangan para bloggers telah pun menubuhkan apa yang dipanggil “third force” bagi mendesak BN dan PR supaya melaksanakan agenda perubahan jika mahu sokongan pengundi atas pagar.


Apabila berlaku perpecahan dengan Raja Petra, Haris dan rakan-rakannya yang lain telah menubuhkan ABU (Asalkan Bukan UMNO). Di Amerika kita lihat ada usaha daripada parti lain untuk menjadi “the third force” selain daripada 2 parti gergasi, Republikan dan Demokrat. Begitu juga di Britain, Parti Liberal Demokrat cuba menjadi “the third force” selain daripada 2 parti besar, Buruh dan Konservatif.


Jadi ide DHA ini bukan baru, ia ciplak daripada orang lain. Persoalannya adakah DHA benar-benar nak menjadi sebahagian daripada “third force”? Melihat kepada rekod pencapaiannya, maaf jika Anak Bapa meragui nawaitunya.


Semasa menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, macam-macam “blueprint” yang dia janji tetapi akhirnya blue ke mana, printnya ke mana. DHA adalah seorang ahli motivasi yang akan membuaikan anda dengan mimpi yang indah-indah hanya untuk dikejutkan kemudian dengan realiti igauan yang menakutkan.


Untuk bagi semangat mungkin boleh, tetapi nak menjadi penggerak kepada perubahan rakyat dan ketamadunan, sukar jika tidak mustahil. Apatah lagi jika perjuangan itu dikaitkan dengan UMNO dan Perkasa!


Hakikatnya “third force” DHA ini adalah sebagaimana Perkasa dan Pekida, satu lagi topeng UMNO untuk memerangkap orang Melayu yang belum terperangkap dengan Perkasa dan Pekida.


Strategi “pecah dan perintah” UMNO memerlukan mereka mencipta pelbagai jenama yang boleh “dijual” kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza citarasa. Sebahagian akan tertarik dengan metod perjuangan Perkasa, sebahagian lain cara Pekida pula, sebahagian lagi dengan cara Ezam, atau cara Zul Nordin, dan sudah pasti akan ada segelintir yang akan minat “third force” atau IMR DHA. Hakikatnya “produk” mereka adalah sama kerana ia “dikilang” daripada UMNO.


DHA tak kan masuk UMNO terus kerana jika dia buat begitu maka SELURUH kewibawaannya akan tercalar dan UMNO serta DHA tak akan untung apa-apa. Jadi dengan cara “third force” ini DHA berharap untuk naikkan saham dirinya supaya dapat “ditawarkan” kepada pembida yang paling tinggi kemudian. IMR itu hanyalah alasan sahaja untuk menjustifikasikan tindak tanduknya meninggalkan perjuangan PAS.


Anak Bapa: Sekilas ikan di air …………….

3 comments:

Anonymous said...

hehehe bang hassang, third force @ third wife?

Saudia said...

Salam,

Very good article. Harap Harakahdaily / Tranunkite dsbnya akan postkan article tuan.

Bagus, analisa tuan tepat sekali. Tuan nampak dan boleh baca situasi ini dgn jelas.

Semoga ia dapat menyedarkan dan meyakinkan lebih ramai pembaca mengenai DHA yg pembohong.

Anak Bapa said...

Saudia,

Cuba perhatikan segala ucapan DHA sejak beliau dipecat.Semuanya mengecam PAS,PKR dan DAP seolah-olah segala masalah dan kepincangan negara ini adalah "air tangan" PR.

Sedikit pun tidak tercetus drp mulutnya kebobrokan UMNO dan BN. Dari sudut ini saja dah jelas DHA ni boneka sapa .....