Friday, December 31, 2010

Raja-Raja Melayu Perlu Berhati-Hati



Anak Bapa sememangnya seorang anak Melayu, dan akan kekal menjadi Melayu sehingga akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna Anak Bapa akan menggangguk apa saja yang dibuat atas nama Melayu.


Ini disebabkan ada pertimbangan lain yang lebih besar dan lebih aula dalam hidup Anak Bapa. Dengan menjadi seorang Muslim bermakna Anak Bapa terikat kepada kepatuhan mutlak kepada Allah swt dan bukan kepada makhluk lain, melaksanakan segala tuntutan agama dalam segala as

pek kehidupan.


Walaupun diakui terdapat kelemahan kepada undang-undang buatan manusia tetapi terbukti perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri setakat ini masih mampu untuk menguruskan negara dan rakyat dengan adil dan saksama dengan syarat semua pihak mematuhinya dari segi semangat dan tujuan.

Tetapi malangnya apa yang berlaku di bawah pentadbiran UMNO/BN, terutama di zaman Dr.

Mahathir, Pak Lah dan kini Najib, kita lihat pencabulan dalam segala aspek perundangan secara berterusan oleh pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman.


Peristiwa perbicaraan Anwar dalam kes Liwat I dan II, dan pengantungannya sebagai ahli parlimen bersama 3 lagi ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, jelas memperlihatkan kerakusan pihak pemerintah dalam memperkosa undang-undang negara demi kepentingan nafsu politik mereka. Dan yang lebih malang lagi aktiviti mereka semakin ghairah dan semakin melampau di ambang kemusnahan UMNO/BN.


UMNO tidak segan silu untuk menggunakan apa saja cara demi kelangsungan hayat politik mereka termasuk mengheret raja-raja Melayu ke kancah permainan politik kotor mereka walaupun selama ini mereka merupakan puak yang telah merosakkan reputasi institusi berkenaan. Insiden memburuk-burukkan raja-raja Melayu ketika usaha mereka dalam menasahkan imuniti raja-raja Melayu dahulu, dan pertabalkan Sultan Kelantan baru oleh pemimpin UMNO ketika PAS baru mengambil alih pemerintahan Kelantan dari BN pada awal 90an dahulu adalah antara beberapa insiden malang yang dipelopori UMNO dalam mencemarkan institusi yang didokong rakyat.


Anak Bapa tidak tahu kenapa raja-raja Melayu mula dilihat bersekongkol dengan UMNO dalam membelakangkan undang-undang. Peristiwa rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan konspirasi pihak istana dan UMNO dalam menidakkan hak rakyat seperti yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri Perak. Beberapa kejadian di Selangor juga mula kelihatan seperti skrip yang sama seperti di Perak. Isu mutakhir pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menunjukkan dengan jelas usaha berterusan UMNO dalam mengheret sama pihak istana dalam membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Sedarkah Sultan bahawa peruntukan undang-undang berhubung pelantikan SUK perlu mendapat restu baginda telah dimansuhkan oleh UMNO dahulu?


Anak Bapa masih ingat ucapan Raja Nazrin, Raja Muda Perak, yang mengingatkan raja-raja Melayu bahawa jika mereka ingin kekal relevan maka mereka perlu dilihat adil kepada semua dan meletakkan undang-undang sebagai asas kepada segala tindak tanduk mereka.


Malangnya raja-raja Melayu semakin terbabas dalam tindak tanduk mereka. Malah sesiapa saja yang rapat dengan UMNO akhirnya akan terbabas. UMNO akan menjanjikan langit dan bumi untuk mencapai nafsu syahwat mereka. Adakah janji-janji projek, kemewahan dan kelangsungan bangsa Melayu (walaupun UMNO tak ada kuasa menentukannya) menyebabkan raja-raja Melayu terjebak dalam perangkap UMNO dan bersetuju bersama-sama menidakkan hak rakyat dan undang-undang?


Jika inilah pendekatan yang nak diguna oleh raja-raja Melayu, Anak Bapa ingin nasihatkan mereka supaya fikir balik habis-habis. Sokongan UMNO adalah sokongan membawa rebah. Jangan korbankan maruah dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu dengan tindakan yang dilihat bertujuan menyambung hayat UMNO. Dan yang lebih utama jangan memandang rendah kepada kuasa rakyat dan apa yang mereka mampu lakukan.


Anak Bapa yakin raja-raja Melayu mampu berfikir secara objektif dan adil. Jika ada yang agak terbabas yang lainnya akan membantu membetulkannya. Tindakan kolektif raja-raja Melayu dalam memulihkan keyakinan rakyat kepada konsep raja berpelembagaan amatlah dialu-alukan sebelum ia terlambat. Raja juga adalah manusia dan mereka terdedah kepada kesilapan. Rakyat perlu menegur dan mereka perlu mendengar.


Anak Bapa: Berani kerana benar …….

Sunday, December 26, 2010

UMNO Semakin Takut


Susah nak cari orang yang mahu mengaku takut kat hantu. Mana boleh, nanti orang kata bacul atau pondan pula.


Tapi kita tak payah tanya tuan badan tu jika nak tau dia takut atau tidak. Mudah sahaja, jika dia duduk sorang-sorang kat rumah pun tak berani atau tak boleh bergelap, sah orang tu jenis penakut. Kalau muka pucat, peluh dingin mengalir dan langkah pun yang amat laju bila dekat kawasan kubur maka gerente jenis penakut punya.


Sama macam UMNO. Kita tak payah tanya samada depa takut menghadapi pilihanraya atau tidak. Kita tengok cakap dan “body language” dia orang dah memadai!


Contohnya, Najib kata nak bayar bonus RM100 juta kat peneroka Felda. Awat baik sangat pula. UMNO dok sangka selama ini pengundi daripada kalangan peneroka Felda ini umpama “fixed deposit” kepada BN. Tetapi selepas digodam oleh ANAK sampai 2 kali peneroka menang di mahkamah, maka muka UMNO makin pucat. Siap pujuk peneroka Felda dengan duit dan nasihat supaya jangan saman lagi Felda.


Si Muhyidin pula dah kecut perut dengan tawaran 100 hari pertama jika PR menang dalam PRU ke 13 nanti. Bukan apa sangat, tawaran RM500 sebulan sebagai elaun tambahan kepada guru-guru sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Marah si mamat ni, kata negara boleh bangkrap jika buat begitu. Lepas tu dia suruh Anwar buat kat negeri PR dulu. Awat bangang sangat si mamat ini, tapi mengidam nak jadi PM konon. Air percuma kat Selangor kita janji maka kita tunaikan. Kalau kita betul dapat ambil Putrajaya, memang kita buat macam kita janji. Kalau hebat sangat BN tu apa yang hampa bagi kat rakyat? Naikkan harga barang adalah.


Rais anak Yatim pula dengan tidak semena-mena kata 84% rakyat Malaysia dah faham tentang konsep 1Malaysia. Hahaha …. lawak betul. Kenapa tak sebut 85% atau 90% kan lagi cantik. Yang seronoknya kajian dibuat oleh kementeriannya. Cukuplah kelentong Rais oi jangan dok “insult my intelligence”. Anak Bapa yang mengaji tinggi pun tak faham tak kan orang kampong semua dah faham. Dr. Mahathir pun mengaku masih keliru dengan konsep 1Malaysia ni.


Kita tunggu tengok apa lagi “panic button” yang UMNO/BN nak tekan lepas ini …..


Anak Bapa: Bayangkan jika UMNO/BN kalah dalam PRU 13 nanti ….. Najib, Rosmah, Muhyiddin, Mahathir …… aduhhhhhh …….

Saturday, December 25, 2010

Ludah Kena Muka Sendiri


Kata Khir Toyo di dalam blognya:



“Fakta Sebenar Berkenaan Surau Al-Hidayah, Rawang
1. Kenyataan Kerajaan Negeri bahawa tanah Kampung Melayu Rawang dijual oleh kerajaan Negeri pada 2002 adalah tidak benar. Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya.”



Maknanya yang dok buat kerja jual tapak surau ini ialah puak-puak UMNO jugalah! PR ambil alih kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008. Samada tahun 2002 atau 2000 tapak surau dijual kepada pihak swasta tidak penting kerana masa tu UMNO juga yang memerintah. Kalau bukan Khir Toyo pun mungkin Abu Hassan Omar atau mungkin Mohamad Mohd Taib, semuanya bapa-bapa UMNO belaka.



Persoalannya kenapa UMNO pi dok sibuk berdemonstrasi atas isu ini? Tak tahu malu ke? Hang pi jual tanah surau lepas tu buat bodoh pi demonstrasi tuduh kerajaan PR pula yang jualkan. Apa punya haprak puak-puak UMNO ni tak tau nak kata lagi ……..



Anak Bapa: Zainal Sakom terhegeh-hegeh tak tahu malu, tunggu apa lagi, letaklah jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan tuuuu …….

Saturday, December 18, 2010

Dah Memang Dasar Bacul ......


Kaedah UMNO menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi bila berdepan rakyat dalam pilihanraya mereka akan mengerahkan segala jentera kerajaan untuk berentap dengan pembangkang.

Kementerian Penerangan, JKR, JPS, Fama, Felda, Risda, Jabatan Agama Islam, dan pelbagai jabatan lagi akan mereka guna habis-habis bagi membantu memenangkan UMNO dan BN.

Lepas tu mereka peralatkan SPR dengan pelbagai peraturan baru dan persempadanan semula yang tak masuk akal. Kawasan yang mereka agak boleh menang maka ditambah lagi kerusi parlimen manakala di kawasan pembangkang haram mereka tak buat perubahan atau yang lebih teruk mereka koyakrabakan supaya pembangkang tewas.

Mahkamah dan pejabat peguam negara juga tidak ketinggalan menjadi mangsa rakus kuasa UMNO/BN. Hakim-hakim, terutama yang di mahkamah persekutuan akan dipastikan dari suku-sakat penyokong mereka, yang bersedia berbuat apa saja untuk memuaskan hati tuan mereka. Perkara yang jelas dari segi undang-undang seperti isu Menteri Besar Perak yang digulingkan pun mereka menyebelahi UMNO/BN. Peguam Negara pula terus menerus membuat pendakwaan berpilih-pilih, dan yang kena pilih ialah yang melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Salah satu institusi yang paling banyak dihambaabdikan oleh UMNO ialah pihak polis dan SPRM. Jika melibatkan PR mereka akan meluru macam kilat bertindak menyiasat dan mendakwa tetapi jika melibatkan pemimpin UMNO dan BN macam siput babi mereka bertindak, cukup lambat. Di hujungnya kes dibuang. Tengok aje cerita Kasitah Gadam dan Eric Chia.

Ini belum lagi masuk cerita institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan lain. Jadi apa nak heran kalau mereka menggunakan speaker Dewan Rakyat untuk menggantung 4 pemimpin PR? Orang putih kata “it goes without saying” ……

Anak Bapa: Sememangnya pemimpin UMNO dan BN dayus dan bacul, asyik-asyik berlindung di tepi kain pelikat orang lain, bila berdepan takut …….

Saturday, December 11, 2010

Kenapa Ramai Sangat Pemimpin UMNO Yang Bangap?



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata Presiden Korea Selatan memuji Malaysia atas usaha merasionalisasi (baca naik harga barang) subsidi negara.

Apa punya bangap menteri UMNO ni, Allah saja yang tahu. Yang hang pi cakap pendapat Presiden Korea Selatan tu buat apa? Pertamanya dia tetamu negara, tentulah dia akan puji apa yang kerajaan buat – hormati tetamu beb.

Yang kedua cuba pi tanya gaji pekerja depa berapa sebulan? Rakyat Korea Selatan tak dapat subsidi pun tak apa, gaji tinggi. Lagi satu kalau korup kena tindakan keras di sana, tak kira sapa. Berapa orang dah Presiden Korea Selatan yang di hukum kerana rasuah, malah ada yang bunuh diri. Di sini jangan mimpi ……

Nak tengok lagi pemimpin UMNO yang bangap, sila lihat di sini dan sini.

Anak Bapa: Bila perjuangan tu dah tak betul (asyik isi perut sendiri dan kroni) lambat laun akan terserlah kebobrokannya …….

UMNO Yang Gadaikan Nasib Rakyat


Najib kata “jangan gadaikan masa depan negara dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat kerana pembangkang hanya pandai menabur janji-janji manis”. Dalam erti kata lain PR tak pandai memerintah.

Logiknya apa yang Najib maksudkan ialah UMNO pandai memerintahlah maka itu sebabnya harga barang asyik naik tak henti-henti sedangkan pendapatan rakyat masih ditakuk lama. Mungkin kerana pandai memerintah maka habis duit negara ratusan billion ringgit dek rasuah dan penyelewengan oleh pimpinan UMNO.

Kerana UMNO cekap memerintahlah maka rakyat yang berdemonstrasi cara aman disembur gas dan air beracun. Kerana UMNO cekaplah maka pembangkang acapkali disumbat ke penjara Kemunting di bawah ISA. Kerana UMNO hebatlah maka mereka terus mempertahankan puak-puak samseng rasis yang semakin kurang ajar hari ini.

Dalam ayat yang sama Najib bermaksud kerana PR tak pandai memerintahlah maka rakyat Selangor dapat air percuma 20 meter padu setiap bulan. Kerana PR tak pandai memerintahlah maka anak-anak lahiran Selangor dan warga emas dapat bantuan daripada kerajaan negeri.

Kerana PR tak pandailah maka cukai tanah diturunkan di Kedah dan elaun guru-guru KAFA di Penang dan Selangor dinaikkan. Kerana PR tak pandailah maka tak ada seorang pun pimpinan mereka yang dijatuhi hukuman kerana rasuah.

Apa punya bangang jadi PM cakap tak fikir dulu. Tolonglah! UMNO dan BN dah “busuk hingga ke usus”, talkinkan aje!

Anak Bapa: Najib kata SPRM diberi kuasa penuh untuk bertindak atas sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan rasuah. Ayuh SPRM tolong siasat dulu kes Scopene-Altantunya dan Sukhoi terlebih dahulu jika ada t***r.

Thursday, December 9, 2010

Sebut Saja Ketuanan UMNO


Sabanhari UMNO dan kuncu-kuncunya melalak tentang Ketuanan Melayu, betapa Melayu adalah tuan di negara ini dan seluruh rakyat wajib mematuhinya jika ingin terus kekal menjadi warga di sini.

Dikaitkan pula Ketuanan Melayu ini dengan ketaatan kepada raja-raja Melayu, betapa siapa yang menentang Ketuanan Melayu adalah penderhaka kepada Raja dan Sultan.

Apa yang menarik ialah perkataan “Ketuanan Melayu” ini tidak kedengaran sebelum ini. Apa yang ada ialah “hak istimewa kaum Bumiputera” yang diakui semua termaktub dan terpelihara di dalam perlembagaan negara. Konsep Ketuanan Melayu ini hanya timbul apabila UMNO/BN kalah teruk dalam PRU ke-12 pada Mac 2008 dahulu.

Maknanya isu Ketuanan Melayu ini timbul apabila UMNO tergugat dengan kekalahan teruk mereka, apabila kuasa mula terhakis dari tangan mereka, dan apabila rakyat mula celik dan nampak kepalsuan UMNO dan BN lantas beramai-ramai mula menolak mereka daripada persada kuasa negara.

Hebat sangat ke bangsa Melayu ini (baca UMNO) sehingga “Ketuanan” adalah hak mutlak mereka sampai bila-bila. Jangan salah faham kerana Anak Bapa pun berbangsa Melayu. Lepas ini puak-puak UMNO akan mengelar Anak Bapa sebagai penderhaka, kacang lupakan kulit, dan pelbagai istilah hina yang lain.

Jika kita renung sejarah negara kita, kita akan dapati sejak sebelum merdeka lagi negara sentiasa dikuasai oleh orang-orang Melayu melalui UMNO. Tapi lihatlah natijah daripada Ketuanan Melayu ala-UMNO.

Ketuanan Melayu ala-UMNO berjaya menjadikan orang Melayu kuat rasuah, rakus kepada kuasa dan sanggup berbuat apa saja demi kuasa termasuk menyumbat sesiapa saja ke dalam penjara atau dibunuh, berlaku zalim, menolak agama dalam kehidupan, dan pelbagai macam kejijikan dan kebobrokan lagi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Ketuanan Melayu ala-UMNO berjaya melahirkan pemimpin yang dok fikir nak penuhi tembolok mereka dengan apa cara sekali pun, menindas orang yang tidak sealiran dengan mereka termasuk dari kalangan orang Melayu sendiri dengan menyumbat ke dalam penjara Kemunting di bawah Akta ISA , penjara Sungai Buloh dengan pendakwaan yang menjadi tawaan dunia, menidakkan peruntukkan yang sewajarnya disalurkan ke Kelantan, yang majoritinya adalah orang-orang Melayu, buat sekian lama semata-mata kerana ia diperintah oleh pembangkang.

Puak-puak inilah juga yang menarik balik biasiswa untuk orang-orang Melayu dan diganti dengan pinjaman, menghakis kewibawaan bahasa Melayu dengan buat “reverse gear” menggunapakai semula Bahasa Inggeris untuk pelajaran Sains dan Matematik, menghina raja-raja Melayu dengan tindakan merubah perlembagaan negara, dan antara yang paling memalukan ialah menghina agama Islam dengan pelbagai ucapan dan tindak-tanduk pimpinan mereka.

Apa yang paling menakutkan ialah mereka telah berjaya hari ini, melahirkan satu keturunan orang-orang Melayu yang rakus pada kuasa dan harta, buruk akhlak, dan memiliki minda yang rasis dan bodoh, yang boleh diperalatkan untuk menyambung hayat UMNO dan BN. Lihat saja tindakan dan ucapan pemimpin UMNO dan balaci mereka daripada PERKASA dan NGO lain yang sewaktu dengannya. Anda sendiri buat kesimpulan.

Masanya sudah tiba kita bawa perubahan baru untuk negara tercinta. Anak Bapa yakin ramai orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan di luar sana yang masih waras, berakhlak dan berketrampilan untuk mengambil alih kepimpinan negara daripada UMNO/BN yang sudah reput. Pakatan Rakyat merupakan wadah terbaik ketika ini bagi mengembeling seluruh rakyat yang sayangkan negara agar memacu perubahan kearah Malaysia yang gemilang dan bermaruah. Majoriti penyokong PR adalah orang-orang Melayu. Adakah kami ini tidak cukup Melayu berbanding puak-puak UMNO?

Kita tidak ada pilihan lain buat masa ini. UMNO dan BN berterusan membuktikan jangka hayat mereka sudah sampai ke penghujung. Mereka umpama bangkai bernyawa yang “busuk sampai ke usus” dan tidak boleh dipulihkan lagi. Persoalannya adakah kita akan berdiam diri dan melihat negara kita tercampak ke dalam kebinasaan di tangan puak-puak ini?

Anak Bapa: Tak ada tempat dalam Islam Ketuanan berasaskan kaum atau bangsa …….

Friday, December 3, 2010

Wednesday, December 1, 2010

Besar Mana Otak Puak-Puak PERKASA?


Kalau boleh nak buat tak peduli aje pada segala gelagat puak-puak PERKASA ni. Buang masa dan tenaga kerana puak-puak ini ada otak sebesar guli, itu pun kalau ada. Apa yang mereka fikirkan sabanhari ialah bagaimana nak bergaduh atau memaki hamun dengan orang yang tak sealiran dengan mereka.

Tajuk mereka tak habis-habis tentang perkauman, betapa kononnya Melayu mereka lebih hebat daripada Melayu orang lain. Jika ada yang membawa pendekatan atau gagasan yang berbeza, maka mulalah puak-puak yang tak berotak ini menjerit melalak menuduh golongan berkenaan dengan segala tuduhan yang jijik dan keji. Terbaru apabila Wan Azizah mengenengahkan gagasan Ketuanan Rakyat maka beliau digelar sebagai pelacur politik.

Anak Bapa naik bingung kat mana yang tak kena dengan kenyataan beliau. Jika kita mendakap demokrasi maka benar sekali konsep Ketuanan Rakyat ini. Jika kita mengamalkan sistem kasta maka Ketuanan Melayu jadi relevan sementara bangsa-bangsa lain dianggap rakyat kelas dua.

Hairan juga bila pula orang Melayu jadi tuan. Kalau hak-hak keistimewaan Bumiputera tu kita boleh faham kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara, tapi Ketuanan Melayu? Lepas tu tuduh pemimpin PKR telah menghina raja-raja Melayu pula. Kat mana logik hujah mereka Anak Bapa masih tak nampak lagi sampai sekarang. Mungkin puak-puak ini tinggal di planet lain?

Hari ini Dr. Mahathir buat kenyataan kalau konsep 1Malaysia nak berjaya maka seluruh rakyat kena belajar macamana nak lupakan keturunan dan bangsa masing-masing. Jadi Anak Bapa nak tanya puak-puak PERKASA ini kenapa tak maki hamun Dr. Mahathir dan buat laporan polis terhadapnya.

Anak Bapa: Nampak terang lagi bersuluh kaitan antara PERKASA dengan UMNO .......

Sunday, November 21, 2010

Desperadoooo!


Nampaknya BN semakin hari semakin lesu dan longlai. Di sebalik gegak gempita media mereka betapa BN sudah pulih daripada hentaman tsunami 2008 yang lalu dan kini sudah bersedia untuk merampas kembali negeri-negeri yang di bawah PR, kita dapat saksikan langkah dan tindakan cemas daripada mereka. Antaranya ialah menerima ahli secara langsung ke dalam BN dan NGO yang berminat untuk ‘bersekongkol’ dengan BN. Hari ini sebahagian besar NGO dah bersuara, "kami tak sudi!"


Anak Bapa boleh faham kenapa NGO tak berminat nak jadi rakan kongsi BN. Pertama sebab dia namanya NGO, jadi tentu dia nak bebas untuk bercakap dan bertindak tanpa dikongkong oleh mana-mana parti politik.


Kedua, kerana mereka dah tahu hayat BN sudah hampir ke penghujung dan tidak berhasrat untuk karam atau kubur bersama-sama.




Jadi Anak Bapa ingin cadangkan kepada BN, jika dirasakan ahli dah makin surut, dan tiada yang baru sudi menyertai mereka, elok buka keahlian kepada beruk, kera dan kaldai. Itu pun jika mereka berkehendak.


Jika tak cukup juga keahlian baru, mungkin boleh pertimbangkan keahlian dari kalangan jin dan syaitan.


Anak Bapa: Upah 1 juta ringgit pun aku tak hingin masuk UMNO atau BN

Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan Sebenar


Ghairah sekali kita melihat umat Islam menyambut Hari Raya Korban dengan beramai-ramai menyertai majlis korban di masjid dan surau. Banyaklah lembu dan kambing tumbang bagi memenuhi tuntutan sunat muakkadah setahun sekali ini.

Anak Bapa turut sama menyertai majlis korban di masjid berhampiran dan merasa bersyukur kerana dapat melaksanakan tuntutan mulia ini hampir setiap tahun. Biar sehebat mana pun diceritakan mengenai pengorbanan, tidak mungkin ada yang setanding atau lebih hebat daripada pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarga baginda.

Ketika arahan Allah swt supaya Nabi Ibrahim as menyembelih Nabi Ismail as, bayangkan bagaimana perasaan baginda, perasaan isterinya Siti Hajar, dan perasaan Nabi Ismail as. Nabi Ismail as adalah satu-satu anak baginda bersama Siti Hajar, yang sangat mereka sayangi dan kasihi, perlu dikorbankan demi mentaati perintah Allah swt.

Lantas kita dapati bagaimana sikap ketiga-tiga insan teristimewa ini yang redha dengan perintah Allah swt walaupun terpaksa berdepan dengan pertarungan perasaan dan syaitan yang menghasut. Sebagaimana kita maklum, Allah swt menggantikan Nabi Ismail as dengan seekor kibas setelah mereka berjaya menunjukkan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah swt.

Tetapi lihat kepada sikap kita hari ini berhubung pengorbanan dan ketaatan kepada Allah swt. Ibadah korban ini, jika mengambil iktibar daripada pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarganya, adalah berasaskan kepada ketaatan dan mencari keredhaan Allah swt dan bukan kerana berebut-rebut nak ambil atau makan daging.

Ada sesetengah tempat kecoh berebut daging sedangkan ia hanyalah aspek sampingan dan bukan matlamat utama korban. Kita hanya diminta berkorban sedikit duit ringgit sahaja, dan mungkin sedikit masa dan tenaga dalam menjayakan majlis korban ini. Itu saja, tidak lebih dari itu.

Kita belum lagi diminta mengorbankan separuh atau seluruh harta kita, atau pengorbanan nyawa dan jiwa kita. Malangnya, dengan pengorbanan yang sikit ini pun, matlamat menuntut keredhaan Allah swt itu pun dah lari, bagaimana untuk membuat pengorbanan yang lebih besar?

Malah kita lihat ada golongan yang juga ghairah nak berkorban sedangkan mereka sendiri engkar kepada Allah swt. Mana mungkin parti yang kerja mereka tak habis-habis memburukkan Islam dan memain-mainkan hukum-hakamnya dalam masa yang sama nak berkorban sedangkan ibadat korban ini adalah demi mentaati Allah swt dan mencari keredhaannya (lihat di sini). Mana mungkin satu hari kamu menghina hukum Allah swt dan pada hari yang lain pula cuba nak buat baik pada Allah pula!

Inilah akibatnya apabila tuntutan Islam itu dilaksanakan mengikut faham sendiri, atau sebagai adat kebiasaan sahaja dan bukan berasaskan kefahaman Islam sebenar. Akhirnya jadi majlis sembelih lembu dan makan daging aje!

Anak Bapa: Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam yang betul-betul menghayati Islam ……….

Sunday, November 14, 2010

PAS Perlu Jauh Lebih Baik Daripada UMNO


Anak Bapa berkesempatan menghadiri Seminar “PAS Sedia Ganti UMNO” di Shah Alam semalam. Baguslah seminar yang macam ini, dan lagi pun ini bukan kali pertama PAS menganjurkan seminar. Cuma persoalan yang penting ialah apakah natijah daripada seminar sebegini dan bentuk tindakan susulannya?

Budaya “cakap serupa bikin” ini selaras dengan tuntutan Islam sendiri dan jika menjadi amalan pendokong parti, Anak Bapa yakin kita bukan setakat “sedia ganti UMNO” malah kita “parti harapan dan pergantungan rakyat Malaysia”.

Ada beberapa perkara yang agak menarik daripada siri ceramah dan forum yang diadakan semalam. Anak Bapa cuma ingin nak menyentuh satu aspek saja yang kelihatan menjadi tajuk utama perbincangan iaitu menyentuh isu kepimpinan.

PAS tidak ketandusan pemimpin yang hebat-hebat dan berwibawa tetapi mereka acapkali diselubungi awan gelap atau jerubu pemikiran jumud sesetengah pemimpin dan ahli. Sebagai contoh Dato’ Seri Nizar sendiri, yang tidak begitu dikenali sebelum ini telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa apabila diberi peluang.

Bersandarkan akhlak yang terpuji, pengorbanan yang tinggi, dan daya kepimpinan yang berwibawa, sebahagian besar pemimpin kita mampu melonjakkan parti ke arus perdana dan menjadi pilihan dalam menerajui kepimpinan negara dan dalam masa yang sama menenggelamkan terus bahtera UMNO dan BN.

Pemimpin yang hebat bukan sahaja berpendidikan tinggi, bijak dan berakhlak mulia tetapi mampu membawa penampilan segar demokrasi, keadilan dan kebajikan terhadap rakyat, dan bebas daripada unsur-unsur negatif terutama perkauman dan penyalahgunaan kuasa.

Kepimpinan tidak berdiri sendiri, yakni atas kekuatan individu semata tetapi berasaskan sistem kolektif atau syura. Itu sebabnya kenapa keputusan yang dicapai dalam muktamar (badan tertinggi dalam PAS) dan pimpinan pusat perlu dihayati dan diterjemahkan segera dalam bentuk tindakan yang konkrit dan bersepadu.

Perbedaan penampilan dan pendekatan antara pemimpin adalah sesuatu yang biasa, dan sepatutnya digalakkan. Ini menunjukkan kehebatan parti kita yang sentiasa terbuka dan meraikan perbezaan dan bukan parti “kepura-puraan” atau anti-fitrah. Tetapi apa yang pasti tindak-tanduk mereka tidak lari daripada paksi yang digariskan oleh muktamar dan PAS Pusat.
Sebagai contoh, kita lihat keputusan dua Muktamar Agong PAS sebelum ini yang menekankan perlunya “memperkukuhkan” Pakatan Rakyat yang parti komponennya terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Sampai hari ini ada lagi segelintir pemimpin atasan yang tak selesa dengan DAP dan menggunakan forum yang tidak sesuai untuk meluahkan kebimbangan dan ketidakselesaan mereka. Tindakan tidak cerdik sebegini dibimbangi akan disanggah oleh pemimpin lain yang berpegang teguh kepada keputusan syura (muktamar) dan fenomena ini akan berakhir dengan perpecahan parti dan kelemahan.

Anak Bapa berpandangan sudah tiba masanya kita meyakinkan minda masing-masing bahawa PAS adalah jauh jauh lebih baik daripada UMNO dalam apa segi sekali pun. Lantaran itu kita sama-sama pilih pemimpin yang mampu dan layak bukan sahaja yang akan menjadi PEMIMPIN KEPADA ORANG-ORANG PAS TETAPI PEMIMPIN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!

Anak Bapa: Dah lama dah anggap PAS jauh lebih baik daripada UMNO ……….

Saturday, November 6, 2010

Apa Ertinya Kekalahan Di Galas Dan Batu Sapi


Keputusan PRK Galas dan Batu Sapi telah pun kita semua ketahui, BN menang 2-0.

Anak Bapa tak berminat nak hurai panjang lebar perkara ini kerana kita semua boleh baca pelbagai ulasan dan komen dari pelbagai pihak sebab-sebab kekalahan PR dan kemenangan BN. Anak Bapa juga yakin, sebagaimana biasa, PR akan membuat “post-mortem” berhubung kekalahan mereka agar gerak kerja pilihanraya hadapan akan lebih kemas dan teratur.

Cuma apa yang ingin kita perkatakan di sini ialah perjalanan PRK kali ini mendedahkan beberapa aspek tentang PR yang agak membimbangkan. Biarlah UMNO dan BN terjun dengan “labu-labu” mereka, kita peduli apa. Tetapi PR yang menjadi harapan rakyat perlu memberi perhatian serius kepada beberapa perkara penting jika Putrajaya masih menjadi idaman dan agenda kita.

Kita perlu ingat bahawa rakyat memilih kita dalam PRU ke 12 kerana inginkan perubahan. Perubahan di sini bermaksud kepada kehidupan yang lebih baik dari apa yang mereka nikmati sekarang. Ini meliputi bukan saja kehidupan beragama mereka tetapi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Pimpinan PR perlu mempastikan bahawa perubahan ke arah kebaikan ini berlaku terus walau pun berdikit-dikit. Persoalannya adakah fenomena perubahan berdikit-dikit ini terus berlaku di negeri-negeri PR? Kita tahu pengaruh besar kerajaan persekutuan ke atas pentadbiran negeri-negeri. Tetapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak berbuat apa-apa untuk kesejahteraan dan kemajuan rakyat.

Sebagai contoh, isu berkaitan geran tanah kepada orang-orang asli di Galas. Wajarkah kita berhujah bahawa sebab fail hilang ketika Ku Li keluar Semangat 46 dan masuk UMNO dulu menyebabkan hak milik tanah tidak dapat diproses? Tuduhan tidak “gentleman” dan alasan yang rapuh begini menyebabkan rakyat bosan kerana jika dah tahu fail hilang, buatlah ganti segera. Jika kaedah yang sedia ada agak lambat dan birokratik, ubahlah kepada kaedah yang lebih efisyen. Bukankah itu tujuan rakyat memberi mandat dan kuasa kepada kita sebagai pemerintah?

Anak Bapa teringat dulu ketika kita memerintah Terengganu, apabila didapati ukur tanah agak lambat untuk memproses permohonan tanah rakyat maka kerajaan negeri memutuskan mengupah juru ukur swasta untuk mempercepatkan proses berkenaan. Jika ini boleh dibuat di Terengganu kenapa ia tidak boleh dibuat di Kelantan? Apa yang perlu ialah kreativiti dan “political will” untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik dan cekap.

Kita mungkin ada masa lagi sebelum menghadapai PRU ke 13. Jadi segeralah pakat bangun semua pimpinan PR daripada tidur lena bagi menghadapi kenyataan bahawa kita masih lagi di takuk lama. Anak Bapa yakin rakyat masih meluat dengan UMNO/BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga tertanya-tanya “mampukah pimpinan PR memerintah Malaysia jika kami beri mereka peluang?” Sama-samalah kita jawab dengan tindakan dan gerak kerja kita mulai sekarang.

Anak Bapa: Bila fikir-fikir balik, bagus juga kita kalah di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini…

Sunday, October 31, 2010

Malaysia Tanpa UMNO (2)


Aspek kedua ialah kualiti kehidupan rakyat dan antara yang terpenting ialah perpaduan rakyat. Tahap hubungan kaum masih berada ditahap lama jika pun tidak lebih teruk. Sepatutnya 50 tahun lebih pemerintahan UMNO/BN digunakan untuk memperbaiki hubungan antara kaum supaya bangsa Malaysia benar-benar dapat direalisasikan.

Kita dapati hari ini prejudis antara kaum dan agama masih tebal hasil daripada dasar kerajaan dan sikap UMNO dan rakan mereka dalam BN yang masih mengamalkan pendekatan pecah dan perintah. Mereka lebih rela mengapi-apikan semangat perkauman dan sensitiviti keagamaan dengan harapan orang-orang Melayu akan kembali kepada UMNO, Cina kepada MCA dan India kepada MIC untuk mendapat perlindungan dan kestabilan.

Rakyat menjadi mangsa kepada permainan UMNO dan rakan sekutunya sehingga ke tahap mewujudkan puak-puak ekstimis di kalangan bangsa seperti PERKASA untuk orang Melayu dan kemungkinan badan-badan lain untuk orang Cina, India, Iban dan Kadazan jika tidak dibendung lebih awal.

Jelas kelihatan UMNO tidak berminat menyakat perkembangan negatif ini, malah besar kemungkinan mereka yang menjadi dalang kepada PERKASA itu sendiri. Ini jelas terbukti apabila serangan dibuat oleh Ku Nan dan Nazri kepada Ibrahim Ali dan PERKASA, Najib hanya berdiam diri dan kemudian kita lihat bagaimana PERKASA dipertahankan pula oleh pimpinan UMNO.

Hasilnya kita dapati kebelakangan ini segelintir individu yang tanpa segan silu membuat kenyataan terbuka berbau perkauman termasuk dari kalangan pegawai-pegawai menteri UMNO, BTN dan pengetua-pengetua sekolah. Semua ini akan menjejaskan hubungan perpaduan yang cuba diterap buat sekian lama. Malah Islam sendiri melarang tindak-tanduk perkauman dan ukuran kemuliaan seseorang bukan dilihat pada warna kulit, puak atau keturunan tetapi kepada tahap ketaqwaannya.

Pengalaman Anak Bapa pasca PRU ke 12 menunjukkan tohmahan UMNO kepada DAP adalah palsu dan fitnah semata. Sudah hampir 3 tahun berinteraksi dengan kaum Cina dan India terutama di kalangan DAP dalam pelbagai aktiviti dan program kerajaan negeri dan MBSA mendapati bahawa mereka tidak sebagaimana yang digambarkan oleh media UMNO. UMNO dan BN memang suka PAS dan DAP bertelagah kerana perkara ini akan menjamin kesinambungan hayat mereka di Putrajaya.

Tetapi keyakinan berhubung keterbukaan antara kaum bukan Islam dan umat Islam (terutama antara PAS dan DAP) dilihat semakin hari semakin meningkat hasil daripada persefahaman dan kepercayaan yang semakin mengukuh. Jika dulu orang-orang Cina sangat takut pada Islam hari ini mereka telah berani memetik ayat-ayat Al-Qur’an dalam ucapan mereka. Masjid dan surau menjadi tempat persinggahan mereka sehingga ada wakil rakyat kaum Cina yang digelar YB Surau.

Fenomena ini amat menyentuh hati nurani kita umat Islam dan dalam masa yang sama amat membimbangkan UMNO kerana tembok pemisah antara orang Islam dan bukan Islam telah mula roboh. UMNO dan BN amat faham implikasi fenomena ini dan hakikat bahawa mereka di ambang “irrelevancy” tidak lama lagi jika sesuatu tidak dilakukan segera. Slogan 1Malaysia untuk mengabui mata rakyat yang bukan Melayu dan PERKASA khas untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu merupakan lakonan buruk “Jekyll dan Hyde” UMNO.

Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah perlu dan berterusan menyadarkan rakyat bahawa hubungan kaum hanya terjamin di bawah kerajaan PR kerana semua parti komponennya tidak berteraskan kaum. Sebaliknya parti utama komponen BN adalah parti-parti berasaskan kaum dan perkauman akan sentiasa menjadi agenda mereka. Oleh itu hubungan kaum hanya boleh diperbaiki dan dipelihara melalui PR.

Anak Bapa: Berpegang teguh kepada konsep “Li Ta’arafu” yang dianjurkan Islam …….

Sunday, October 24, 2010

Malaysia Tanpa UMNO (1)



Lebih 50 tahun rakyat memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya untuk memerintah negara ini dan negeri-negeri di dalamnya. Sepanjang tempoh tersebut, jika pun ada kekalahan mereka, ia dianggap terlalu kecil dan terhad kepada negeri-negeri Pantai Timur sahaja. Fenomena ini berterusan sehingga pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lepas di mana UMNO dan BN telah menerima tamparan yang hebat apabila kehilangan kuasa 2/3 majoriti di parlimen dan pemerintahan di 5 buah negeri (6 jika Wilayah Persekutuan dikira sebagai 1 negeri).

Amat wajar bagi kita, rakyat untuk menilai secara objektif pencapaian sesiapa saja yang diberi amanah pemerintahan agar hanya yang terbaik sentiasa diberi mandat dan sebagai langkah menghindari “makhluk perosak” daripada terpilih dan kemudian menyalahgunakan kuasa pemerintahan yang diberi. Dan tentulah kaedah yang paling baik dalam membuat penilaian ini ialah dengan membuat perbandingan dari mula mereka memegang kuasa sehingga ke hari ini.

Buat permulaan, memadai rasanya jika kita hadkan perbincangan kepada beberapa aspek penting sebagai gambaran kepada bentuk pemerintahan yang dibawa oleh kerajaan UMNO dan BN.

Aspek pertama adalah berhubung dengan kualiti pemerintahan. Keadilan, kesaksamaan, tadbir urus yang baik, kebebasan, dan kebajikan merupakan tiang seri kepada suatu pemerintahan yang baik dan berwibawa. Cuba kita lihat sejak meredeka hingga ke hari ini, adakah kualiti pemerintahan UMNO/BN lebih baik, sama atau bertambah teruk?

Dari segi keadilan, kita lihat bagaimana ekonomi difaraidkan sesama Bumiputera UMNO dan suku sakat BN. Negeri yang diperintah oleh pembangkang dinafikan hak walaupun jelas peruntukan undang-undang berhubung dengannya . Isu geran per kapita dan royalti minyak Kelantan dan Terengganu umpamanya yang dinafikan kerajaan persekutuan UMNO/BN jelas menunjukkan kezaliman kepada rakyat negeri-negeri berkenaan.

Suku-sakat UMNO dan BN mendapat layanan istimewa dalam semua perkara sementara rakyat lain mendapat layanan kelas kedua dalam apa jua kehidupan. Jika dulu rakyat yang layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran tetapi kini semua terpaksa berhutang untuk belajar. Kita malah mendengar banyak kes anak-anak Melayu Islam di IPTA dan IPTS terpaksa menjual tubuh di hujung-hujung minggu bagi menampung kos pelajaran kerana pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kesaksamaan undang-undang atau “rule of law” yang menjadi teras kepada negara yang adil dan merdeka dipunahranahkan oleh UMNO dan BN. Perlembagaan dirobek-robek sesuka hati mereka asalkan memenuhi citarasa dan membantu mengekalkan kuasa mereka. Perbicaraan kes Altantunya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan ketidaksamaan undang-undang di negara ini. Hakim-hakim kini berpuak-puak dan jawatan hakim-hakim kanan dipastikan diisi oleh kalangan mereka yang rapat dengan UMNO dan BN. Persepsi masyarakat tentang mahkamah negara ini menjunam dari teruk kepada parah.

Anak Bapa: “Rela hancur tulang belulang, rela nyawa berpisah dari jasad demi mempertahankan Putrajaya” ……. terdesak sungguh nak mempertahankan kuasa a.k.a GILA KUASA!

Saturday, October 23, 2010

Sasau Ke Nyanyuk?


Berikut petikan ucapan wakil Puteri UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO ketika menyokong usul berhubung agama dan pendidikan:

"Ada anasir global mahu tengok Islam hilang. Islam dizahirkan dari persepsi negatif oleh mereka yang benci Islam," katanya mengulas ucapan Najib itu. Tambahnya, PAS adalah dalang sebenar yang memburukkan wajah Islam di negara ini. "Menghina Islam dan menjauhi Islam, ia bukan dilakukan anasir luar tapi saudara sesama Islam. Inilah kerja PAS," katanya.

Katanya lagi, Umno telah berusaha menjaga martabat Islam melalui beberapa isu yang diperjuangkan, termasuk ketika Islam dipersendakan melalui satu karikatur Nabi Muhammad yang menimbulkan kontroversi pada akhir 2006. "Saat Islam dipersenda dengan karikatur, pemimpin Umno yang perjuangkan isu tersebut," katanya.

Sejak bila UMNO bela Islam? Masa Dr. Mahathir kata salam sama dengan selamat pagi, Nabi Muhammad saw tak cukur janggut sebab tak ada pisau cukur Gillete, orang mati syahid tak dimandikan di negara Arab sebab tak ada air, dan macam-macam lagi penghinaan kepada Islam, apa yang ahli UMNO buat. Membisu seribu bahasa ………

Baru-baru ini dengan isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang bukan Islam, mendoakan orang-orang bukan Islam dalam khutbah, samada orang bukan Islam boleh baca Al-Qur’an, orang-orang bukan Islam masuk masjid, bantuan negeri daripada hasil judi (?) dan pelbagai lagi isu, semua pendekatan yang diambil UMNO bercanggah dengan pandangan Islam. Sebaliknya pandangan PAS yang sentiasa konsisten dengan syariat menyebabkan rakyat dapat lihat keluasan dan keindahan agama Islam.

Kini ditambah pula kaitan UMNO dengan gerakan perkauman PERKASA, semakin jelas menunjukkan kesesatan dan keasabiyahan UMNO berbanding dengan kesederhanaan PAS.

Anak Bapa hairan kenyataan ini dibuat seolah-olah yang bercakap baru bangun dari tidur 100 tahun dan tak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling. Tetapi bila difikir balik, apalah yang nak dihairankan sangat kerana semua pimpinan UMNO dari atas sehingga ke bawah serupa saja. Mereka jelas kelihatan samada sasau atau nyanyuk kerana memikirkan Putrajaya yang akan tumbang ke tangan PR dalam pilihanraya akan datang.

Anak Bapa: Untuk makluman si puteri oi, dalam isu yang melibatkan Islam, PAS dahulu akan ke hadapan memperjuangkannya kerana itu dasar parti kami. Jangan kata isu karikatur menghina Nabi saw saja, isu apa pun kita akan menjuarainya termasuk penghinaan Islam oleh UMNO!

Saturday, October 16, 2010

Antara Yang Tersurat Dan Yang Tersirat


Bajet 2011 dah pun dibentangkan oleh Najib semalam. Sejak itu macam-macam bunyi kedengaran. Pahat, tukul, lesong tumbuk, lalat, C4 pun berdentum-dentum walaupun “rumah dah siap”.

Anak Bapa tak nak komen panjang sebab memang meluat pun nak ikuti bajet ni. Saban tahun mengikutinya tak nampak juga faedahnya. Orang kata habeh borah ada.

Sepintas lalu komen teman-teman berhubung apa yang disebut dalam bajet berkenaan untuk kita sama-sama renungi apa yang tersirat.

Untuk 10 tahun akan datang, pembangunan negara akan dipacu dan dikepalai oleh sektor swasta. Projek-projek mega termasuk pengangkutan Mass Rapid untuk KL sebanyak RM40 bilion, KL International Finanace District sebanyak RM26 bilion, Pembangunan tanah RRI Sungai Buloh RM10 bilion, Warisan Merdeka (menara 100 tingkat) RM5 bilion dan projek Sabah Eco-Leisure RM3 bilion akan dibina. Ewah ewah bunyi macam Che Det dulu aje, malah lebih hebat lagi daripada Mahathir. Mahathir kan dah buat “blunder” besar sehingga duit Petronas habis licin, yang kau dok pi tiru lagi buat apa. UMNO ni tak serik-serik buat kerja tak senonoh berulang-ulang. Menara KLCC tu pun ruang kosong masih banyak lagi dia gatai nak buat lagi menara mega. Lepas tu buat kat Stadium Merdeka yang penuh bersejarah pulak. Melompat-lompatlah kroni UMNO kegirangan sebab kantung akan terisi lagi.

Bajet “Kosmahtik” 2011 ini bagi RM111 juta untuk Rosmah buat projek PERMATA. Betuilah dia permata hati Najib tapi pasai apa dapat bajet macam tu aje. Rosmah ni menteri atau kementerian mana? Tak pernah jadi dalam sejarah negara PM bagi bajet kat bini dia untuk diuruskan.

Lepas tu bagi pelepasan cukai ke atas 300 barangan keperluan pelancong dan kegunaan harian termasuk beg tangan, baju, kasut, seluar dalam dan sebagainya. Soalannya berapa ramai rakyat Malaysia yang nak beli seluar dalam import ni?

Bonus RM500, gaji dan elaun guru KAFA, imam, tok batin dan sebagainya semuanya naik walaupun tak sebanyak yang diberi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing. Umpamanya elaun guru-guru KAFA kini RM1,000 berbanding bajet Najib hanya RM800. Jadi tak ada apa yang nak dijeritkan.

Persoalan lain yang penting seperti isu cukai pendapatan, kenaikan harga barang, apa cerita? Yang ini yang rakyat tunggu nak dengar tetapi hampa.

Anak Bapa: Senyum meleret-leret Shahrizat dapat cuti bersalin 90 hari walaupun dia dah tak boleh beranak lagi. Cuma nak bagi tau kat Sharizat bahawa kerajaan PR dah lama bagi pada kakitangan negeri masing-masing cuti bersalin 90 hari. Apalah UMNO ni asyik dok terlepas keretapi aje.

Sunday, October 10, 2010

Adegan Yang Ingin Kita Lihat

Anak Bapa teringat masa zaman persekolahan dahulu seringkali menatap majalah kegemaran Gila-Gila. Antara bahagian yang paling menarik dalam majalah humor berkenaan ialah ruangan Adegan Yang Kita Tak Ingin Lihat. Di bahagian inilah kita sering dihidangkan adegan lucu yang amat mencuit hati dan kalau boleh tak sanggup kita lalui.

Walau bagaimana pun kali ini kita nak cerita Adegan Yang Ingin Kita Lihat, adegan di mana kalau boleh biar ia menjadi realiti dalam hidup kita sekarang. Antaranya:

Adegan di mana Dr. Mahathir berhenti dok mengarut dengan ucapan yang bukan-bukan dan habiskan usianya yang tinggal tak berapa hari untuk beribadat kepada Allah swt dan menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan dan amal jariah. Masa dia jadi orang berkuasa dulu selama lebih 22 tahun kenapa tak buat benda yang dia kritik berbuih-buih mulut sekarang?

Adegan di mana Brahim Ali berhenti dok dakwa dia mendapat sokongan kuat orang-orang Melayu dalam perjuangannya? Perjuangan apa? Berkelahi dengan semua orang, maki hamun, sumpah seranah, akhlak apa tu? Ingat bangsa lain tu bangsat sangat ke? Allah swt jadikan kita bermacam-macam bangsa dan kaum supaya kita kenal mengenal dan berbaik-baik antara satu sama lain. Kalau dah merasa hebat sangat, bertandinglah pilihanraya atas tiket bebas atau parti sendiri!

Adegan di mana UMNO berhenti mengaku bahawa mereka satu-satunya penyelamat bangsa Melayu dan penjamin kepada keselamatan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Di negeri yang kini bukan di bawah pemerintahan UMNO dan BN, rakyat hidup aman sentosa dan kebajikan mereka sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri PR walaupun bajet agak terhad. Segala cerita mengenai penyelewengan dan masaalah negeri-negeri PR adalah ilusi dan dongengan pimpinan UMNO/BN dan media haprak mereka.

Adegan di mana pimpinan UMNO berkelahi sesama sendiri. Baru-baru ini Nazri dan KJ bertembung dengan Muhyiddin tentang “Malaysia or Malay first”. Kini Ku Nan pula belasah Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO. Teruskan bertelagah sesama sendiri UMNO. Syabas!

Anak Bapa: Ada banyak lagi adegan yang kita nak lihat. Nanti ada masa Anak Bapa akan tulis lagi, tolong bersabaq ………

Sunday, October 3, 2010

Lawak Orang-Orang UMNO


Kadang-kadang Anak Bapa tak tahu samada nak menangis atau ketawa mendengar analisa dan pandangan pimpinan UMNO. Jika dikatakan lawak, kita tidak lihat sesiapa pun yang ketawa. Jika adigan sedih yang dipaparkan, tak ada pula orang yang menangis.

Orang putih kata ucapan dan analisa orang-orang UMNO ini “too predictable” yakni kita boleh agak ke mana halatujunya. Bacaan sejarah mereka pun agak pelik seolah-olah macam mengidap sindrom “Melayu mudah lupa”.

Sebagai contoh, jika ada perbalahan di sesuatu tempat maka orang-orang UMNO terutamanya pimpinan mereka akan berkata bahawa ini kerana campur tangan pihak-pihak tertentu (baca parti pembangkang). Jika ada rakyat yang mempersoalkan program kerajaan seperti DEB maka mereka samada dianggap sebagai boneka bangsa lain jika Melayu atau rasis jika berbangsa lain .

Jika ada rakyat yang membicarakan tentang perlunya penambahbaikkan kepada sebarang aspek perundangan atau mana-mana institusi kerajaan, maka individu berkenaan dianggap tidak patriotik dan tidak layak menjadi warga negara ini.

Cuba lihat kenyataan Najib sempena ulangtahun ke 20 Yayasan Membasmi Kemiskinan (YBK) baru-baru ini. Antara sedutan ucapannya ialah bahawa kesan buruk akan menimpa rakyat negara ini dari segi pembangunan negara dan kebajikan rakyat jika kerajaan BN hilang kuasa memerintah. (Sebenarnya UMNO sengsara selepas tumpas di Selangor kerana fulus terputus).

Kerajaan BN dah hilang kuasa di 4 negeri (belum kuasa pemerintahan negara lagi!) dan kita lihat bagaimana kebajikan rakyat jauh lebih baik terbela daripada negeri-negeri lain yang di bawah BN. Semasa BN memerintah berpuluh-puluh tahun pernahkah mereka berfikir nak bagi air percuma atau pengurangan bayaran bil air rakyat, atau kurangkan kadar cukai tanah seperti yang dibuat di Kedah, atau bantuan kifalah sebanyak RM2,500 kepada waris yang kematian warga emas, atau bantuan kepada sekolah agama rakyat (yang dipinggirkan oleh kerajaan BN), dan pelbagai lagi program membela rakyat lain walaupun dalam sumber kewangan yang terhad?

Kata Najib lagi bahawa hanya BN saja dapat bangunkan tanah di Serendah milik YBK. Pelik betul ucapan ini. Tanah itu adalah pemberian kerajaan negeri Selangor kepada YBK untuk dibangunkan sesuai dengan peranan YBK iaitu untuk membantu mengurangkan kemiskinan. Tetapi apabila ia diuruskan oleh seorang yang totok UMNO maka tindak-tanduknya sentiasa ada agenda politik. Kerajaan negeri PR telah beri maklum panjang lebar berhubung salahlaku YBK dan meminta supaya didedahkan secara terperinci rekod kewangannya yang beraudit tetapi sampai hari ini belum dapat ditunaikan. Jika ada pun perbelanjaan kewangan yang didedahkan itu adalah sebahagian kecil yang cocok dengan kehendak mereka.

Dan yang lebih lucunya, hanya kerajaan BN saja yang dapat bangunkan tanah berkenaan. Jadi pembangunan yang sedang rancak di negeri-negeri PR sekarang ini jin mana pula yang tolong buat!

Selepas tu Najib buat kesimpulan bahawa beliau adalah mangsa keadaan apabila hampir tumpas dalam pilihanraya tahun 1999 kerana pertelingkahan antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Setahu Anak Bapa apa yang berlaku, Dr. Mahathir yang suka pecat Timbalannya, pecat Anwar dan lepas tu maha aibkan beliau dan keluarga dengan tuduhan yang amat jijik dan memalukan yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara. Dan yang ironinya Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan sekarang Najib cuba lagi nak ulangi tindak-tanduk Dr. Mahathir dengan adigan Liwat II.

Sebenarnya Najib bukan mangsa keadaan tetapi bersama-sama bersekongkol dengan pimpinan UMNO lain termasuk Dr. Mahathir dalam membentuk UMNO pada masa itu dan hari ini kerana beliau adalah salah seorang pimpinan kanan UMNO. Jadi jangan dok cari jalan nak pelepas diri dan letakkan kesalahan pada orang lain!

Pendek kata banyak lagi kenyataan dan tindak-tanduk pimpinan UMNO hari ini yang mengambarkan betapa tenat dan nazaknya mereka dalam hari-hari terakhir sebelum dikapankan pada PRU akan datang.

Anak Bapa: Ini belum cerita gelagat Dr. Mahathir kebelakangan ini dan si Naina dongeng judi di Pulau Pinang ……..

Saturday, September 25, 2010

Lagi ....cerita kartun daaa!


KUALA LUMPUR (Harakahdaily) - How powerful is now the prized number two position in the government is the question on everybody's lips after a statement from the deputy prime minister saying he had no power to take action against racist teachers.

Deputy prime minister, Education minister and UMNO deputy president, Muhyiddin Yassin, shocked Malaysian public yesterday when he told the press that he was powerless against two school principals who had allegedly made racial slurs, saying he could not make a decision on their cases in spite of calls for the government to show its commitment to 1Malaysia.

“The minister cannot make a decision (on this). So cases that involve certain matters, including these principals who have high (pay) grades... If I am not wrong, their grades are between 48 and 52, so this has to be decided on by a disciplinary board under the (purview of the) PSD’s director-general,” he explained.

Siti Inshah Mansor, the principal of SMK Tunku Abdul Rahman Putra, had allegedly told students during an assembly that the Chinese could return to China while the Indians resembled “dogs” with their prayer strings. Another principal, Aznan Ungku Ismail of SMK Bukit Selambau in Sungai Petani, allegedly uttered racist remarks to his non-Malay students.

Penang chief minister Lim Guan Eng, himself often being accused 'racist' by UMNO, hit out at Muhyiddin for treating the public as "dumb audience" by issuing such a statement.

“DPM says no power to act against racist principals in Kedah and Johor. Does DPM think Malaysians dumb?" asked Lim, and further questioned if the Education minister had no power to act in such cases.


Subang Jaya state representative Hannah Yeoh was more sarcastic, saying that his remark showed that Barisan Nasional leaders had a problem of "thinking" due to Malaysia's education system which she claimed did not teach "students how to think".

“I’ll give you an example… BN tells Selangor government ‘You are government of the day, just do your job’ - yet they quietly accept the Federal Government’s No.2 Man's excuse of being powerless,” she said on her Twitter.



'Thunderous silence'

DAP advisor Lim Kit Siang said Muhyiddin's remark was the latest instance of his disagreement with prime minister Najib Razak’s 1Malaysia slogan.

“Is it outside Muhyiddin’s power to condemn school principals for racist slurs against students in schools which are totally against the spirit and intent of 1Malaysia policy, making insulting, offensive and insensitive statements against the race and religion of students in a plural society?

"If not, why the thunderous silence by Muhyiddin over the case of school principals making racist slurs against students in schools for more than six weeks?” he asked.

Referring to Najib’s declaration that there would be "zero tolerance" for racism, Lim said Pakatan Rakyat would move for an urgent motion on the matter when it reconvenes next month.
Anak Bapa: Dulu guru-guru yang pro-PAS kau orang tukar ke merata cerok dunia, boleh pulak? Kalau jenis pembohong sampai bila pun dok bohong juga ......

Polis Raja Di Malaysia?



Tak tahu bahasa apa Anak Bapa nak guna kepada polis kerana menahan seorang rakyat Malaysia yang kesalahannya hanya melukis kartun. Saya bersetuju dengan YB Nizar bahawa tangkapan Zunar kerana menerbitkan sebuah buku kartun menunjukkan betapa kartunnya otak dan aksi polis.

Nak jadikan cerita kartun lagi, daripada petang semalam sampai petang hari ini, belum ada lagi sebarang kenyataan diambil daripada Zunar. Jadi yang hang tahan dia buat apa? Kesian kawan tu dok mencacak kat balai polis. Ini kartun ke apa?

Penyakit UMNO dan polis ini lebih kurang saja. Gantilah Ketua Polis Negara baru pun, kudisnya tetap sama. Tunggu ganti UMNO/BN baru kut ada perubahan.

Anak Bapa: Laporan punya banyak tentang lawyer yang suspek bunuh Sosilawati, yang tu tak buat apa pun dulu. Bila dah berkarang mati baru nak buat sibuk …..

Sunday, September 19, 2010

PAS Pun Kena Ikut Suburkan Demokrasi


Anak Bapa tertarik melihat proses pemilihan PKR yang sedang rancak berlangsung. Walau apapun komen yang dibuat mengenainya, samada baik atau buruk, ia merupakan usaha murni PKR dalam menyuburkan lagi demokrasi di negara yang dah nak habis lingkup angkara UMNO dan BN.

Apa taknya? Pertama, keterbukaan kepada sesiapa pun untuk bertanding apa jua jawatan asalkan mendapat pencalonan jelas kelihatan dan ia wajar diraikan. Berkempen tu bagus dan positif jika digunakan dalam menerangkan apa bentuk wawasan dan perancangan calon berkenaan jika ia terpilih kelak. Debat terbuka yang dibuat oleh AMK sangat dialu-alukan bagi mengukuhkan lagi budaya masyarakat berinformasi di negara kita.

Jika ada sedikit sebanyak kempen yang agak “kasar”, kita anggaplah itu sebagai “rough edges” yang perlu dilicin dan diperkemaskan dari masa ke semasa oleh pimpinan PKR. Tetapi manfaat daripada bentuk pemilihan PKR, bagi Anak Bapa, jauh mengatasi kelemahan yang ada, dan dengan itu perlu diberi pujian.

Seperkara yang Anak Bapa amat kagum (ada cemburu sikit!) ialah tentang konsep “1 ahli 1 undi” yang mereka perkenalkan dalam pemilihan kali ini. Maknanya setiap ahli layak mengundi untuk memilih pimpinan peringkat cabang dan peringkat pusat. Bukankah ini langkah penyuburan demokrasi “X-factor” yang kita semua idam-idamkan?

Cuma harapan Anak Bapa agar apa jua keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli mereka perlulah dibuat atas pertimbangan maklumat yang tepat dan calon yang juga tepat. PR perlukan bukan saja PAS dan DAP yang kuat dan dinamik, tetapi juga PKR yang sama kuat dan dinamik. Jika tidak langkah kita ke Putrajaya akan ikut sumbang.

Anak Bapa: Sedih memikirkan ada sebahagian perwakilan PAS yang mengeboo perwakilan Pahang yang membawa cadangan penyuburan demokrasi dalam PAS dalam Muktamar Agong lepas termasuk konsep pengundian “1 ahli 1 undi”. Yang terbaik itu semua kepunyaan Islam. Yang kuno dan sempit fikiran itu, mungkinkah sebahagian pimpinan dan ahli PAS?

Friday, September 17, 2010

Sikap "Lalang" Najib


Hairan kita melihat sandiwara terbaru UMNO dan PERKASA. Anak Bapa dah cakap dari dulu lagi bahawa UMNO dan PERKASA ini adalah “two sides of the same coin” yakni dua muka duit syiling yang sama. Mereka saling bertolong bantu antara satu sama lain.


Maknanya matlamat dan tujuan kedua-dua kumpulan ini adalah sama – KETUANAN MELAYU (baca ketuanan UMNOputra). Wajahnya mungkin berlainan sikit, aksi pun ada sikit-sikit beza, bahasa pun satu lembut dan satu lagi agak kasar, program dan retorik pun ada kelainan, tetapi percayalah mereka adalah sama.


Sandiwara ini bagaimanapun tak dapat bertahan lama sebab masing-masing ada juga matlamat peribadi masing-masing. Ketua PERKASA, Ibrahim Ali nak masuk UMNO dan nak jadi orang besar parti tu semula. Penasihatnya Dr. Mahathir pula, yang dah tak relevan nak menjadikan dirinya relevan semula, walaupun rakyat dah mula nampak (Anak Bapa nampak lama dahhhh) punca masalah kita hari ini kebanyakannya berpunca daripada Dr. Mahathir.


Muhyiddin pula tak sabar-sabar nak jadi PM, Khairy Jamaluddin pun tumpang semangkok, dan termasuklah pimpinan UMNO lain yang dah senja seperti Shahidan dan Ruhanie Ahmad yang berdegar-degar tunjuk hero kat orang-orang Melayu. Dia orang semua ini dah ada terlalu banyak “baggage” karut-marut yang dibawa ketika mereka Allah berikan kuasa satu ketika dulu untuk melayakkan mereka berjuang untuk orang-orang Melayu sekarang.


Tetapi satu yang agak pelik (walaupun tak pelik kalau kita kaji sejarah hidupnya) ialah sikap Najib. Dia suruh pecacai dia termasuk Ku Adnan, Nazri dan Zahid putuskan hubungan dengan PERKASA sementara itu dia duduk diam. Tujuan dia “test water” ini nak tengok apa akan timbul daripada sungai. Komen pun buat dalam blog, lepas tu berteka-teki pula.


Strategi “play safe” ini ialah supaya senang dia nak sokong kumpulan mana yang akan menang. Ini bukan cerita baru Najib. Masa Dr. Mahathir lawan Ku Li dulu, Najib orang terakhir bagi sokongan sebab dia tengok kumpulan mana yang akan menang, maka dia akan melompat ke kumpulan itu. Apa kita nak harap daripada pemimpin tak berprinsip macam Najib ni!


Anak Bapa: Perjuangan Islam selamat dunia dan akhirat. Perjuangan Melayu ……….


Tambahan: Tengok kenyataan terkini Najib dan Ku Nan berhubung PERKASA. Jelas terang lagi bersuluh, UMNO selama ini sememangnya rasis dan berselindung di belakang PERKASA (yang sememangnya rasis) untuk mendapatkan sokongan Melayu. Kenyataan flip-flop mereka berdua turut menasahkan konsep 1Malaysia yang sememangnya kosong dan retorik semata. Rakyat terutamanya orang-orang Melayu jangan mudah tertipu dengan manusia jadi-jadian ini!