Wednesday, April 2, 2008

Secebis Nasihat Buat Tun

Saya ada banyak mengikuti perkembangan UMNO dan Tun Mahathir kebelakangan ini. Entah kenapa insan yang sangat saya meluat sejak zaman berzaman lagi kini begitu lincah dan ligat di dalam memperjuangkan “kepercayaan politik” beliau. Sememangnya Tun merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang luarbiasa. Apabila kalangan ramai meramalkan beliau akan bersara daripada politik dan duduk diam menghabiskan sisa-sisa umurnya, beliau bingkas bangun bagai singa yang baru kebah dari demam menyerang Pak Lah bertubi-tubi. Semalam di dalam satu majlis anjuran “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.

Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi semalam beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak mengganti Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti. Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Mula-mula Musa Hitam lari malam diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali. Lepas itu beliau lantik Pak Lah sebagai PM dan memberi syarat bahawa Najib jadi TPM. Sekarang Pak Lah pun dia tak mahu dan begitu juga Najib. Alahai tak tahu apa nak kata lagi, sampai tujuh lapan orang yang dikira terbaik di kalangan pemimpin UMNO pun Tun tak setuju, orang macam mana yang beliau nak lagi kita pun tak tahu. Jikalau seorang dua dia tolak mungkin boleh diterima lagi tetapi kalau dah sebegini ramai saya rasa kemungkinan masaalahnya pada Tun dan bukan pada orang lain. Cuba renung-renungkan …….

Allahyarham Ustaz Fadhil, bekas Presiden PAS pernah berkata bahawa Allah mungkin memanjangkan umur Tun Mahathir supaya dia boleh lihat sendiri bahawa segala usahanya yang sangat dibangga-banggakan akan dihancurkan atau didedahkan satu persatu ketika beliau masih hidup. Benar sekali ……..
Sebaik saja Pak Lah menjadi PM pelbagai projek mega Tun telah dibatalkan termasuk Jambatan Senget ke Singapura, Projek Keretapi Berkembar dan sebagainya. Tun meletakkan Pak Lah dan bukan Najib sebagai PM kerana dia beranggapan boleh mengawal Pak Lah dari luar. Ini kerana Tun tahu Pak Lah ini lemah orangnya dan dia dari jenis “saya yang menurut perintah” saja. Tekaan Tun tepat sekali Cuma Pak Lah tidak menerima pandangan daripadanya tetapi sebaliknya menerima arahan puak-puak tingkat 4 yang diketuai Khairy. Tentu Tun sangat kecewa dan marah dengan fenomena ini dan sejak itu menganggap puak-puak tingkat 4 sebagai musuh peribadinya.

Pak Lah, atas nasihat Khairy, menggunakan ruang yang ada untuk memalukan Mahathir termasuk membebaskan Anwar, memberi publisiti luas skandal VK Lingam, dan yang terakhir isu permohonan maaf kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau dahulu. Semua ini membawa malu kepada Tun dan sebagai seorang “kaki lawan” Tun tidak akan berdiam diri apabila diserang begini rupa. Saya yakin kemelut UMNO semakin hari semakin kusut dan keretakkan besar mereka sedang menunggu belah.

Cerita UMNO itu satu hal tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang Tun Mahathir. Jika beliau betul-betul mahu buat kebajikan di akhir-akhir hayatnya sepatutnya beliau keluar UMNO dan mungkin masuk PAS. Bukankah sebelum ini Tun pernah berkata bahawa UMNO sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Selepas mengalami kekalahan mega besar baru-baru ini, UMNO masih terkial-kial mencari sebab musabab kekalahan dan masih di dalam “denial mode” yakni sindrom penafian, apakah ada harapan UMNO boleh berubah? Tun masuk PAS dan guna kepakaran dan semangat juang Tun untuk membanyakkan bakti kepada masyarakat, dan sebagaimana Islam ajar kita bahawa apa saja amalan baik yang kita buat kerana Allah adalah dianggap sebagai ibadah dan diberi pahala besar oleh Allah. Percayalah cakap saya bahawa Tun tidak akan menyesal jika dituruti nasihat saya yang kerdil ini. Tetapi jika Tun berterusan macam keadaaan sekarang ini saya yakin Tun akan rugi di dunia dan mungkin juga di akhirat ……….

Anak Bapa: Kalau dah tahu kapal nak karam dan segala usaha menyelamatkan kapal telah gagal, buat apa ditunggu lagi. Mati katak nanti!!!!

3 comments:

Anonymous said...

Anak Bapa,

Betul tu...Saya pun meluat juga campur simpati pada mereka yang masih
meng "idola"kannya.



Cucu Bapa

Anonymous said...

Anak Bapa,
Everyone makes mistake. Nobody is perfect. But still Tun leaves us with a legacy that is hard to match by Abdullah.
Who are we without KLCC, Sepang F1,Putrajaya, Cyberjaya...and a lot more.
What did Abdullah give us?
Higher corruption index, higher petroleum price, increase in tolls,
yet the media kept saying our currency exchange rate increases compared 2 USD and economy is in its peak. But why all the barang naik fenomena?
Not all are good, and not all are bad. But Badawi?
Worse and nothing good. HADHARI?
Don't think so.

Anonymous said...

Anak Bapa,
Terima Kasih kerana memberi ruang untuk kita sama-sama kongsi pendapat. Yang baik datangnya dari ALLAH jua..
Pendapat saya tentang Tun Dr Mahathir (TDM)...
boleh dikatakan separuh mungkin 3 suku hidup saya dibesarkan dizaman TDM jadi PM. Saya sempat menyaksikan dua generasi yang dulunya malu mengaku berasal dari malaysia tatkala berada di luar negara..sebabnya tiada apa untuk dibangga atau untuk ditunjukkan tentang wujud nya malaysia. senang cakap, sebut bangkok satu dunia tau walaupun lebih famous sebab aktiviti pelacuran.
TDM buat kita semua merasa bangga menjadi rakyat malaysia..tanpa perlu mewujudkan industri pelacuran untuk terkenal. Industri Proton membolehkan penceramah-penceramah PAS menjelajah satu negara menghentam dan mengutuk TDM sebabnya Proton terbukti jenama murah, mampu milik, ekonomi buat kita yang berpendapatan sederhana pada masa itu.
Berbalik kepada isu Timbalan PM yang kerap bertukar2..pada saya senang je. Kedudukan tu bukan hak mutlak sapa2. Senang cakap..kalau boss tak suka kita, kita carila keje lain..janganlah cuba nak jadi hero. PAsal kes anwar, mahkahmah dah cakap dia salah...maka salah la dia. Tuhan telah menrencanakan setiap kejadian tapi kita..masih tak nak terima..so nasibla. Kenapa ketika Anwar sibuk dengan masyarakat Madhani dulu, dia tak bagi tau kat orang dia pakai kasut sepasang sampai RM17 ribu, belanja duit RM30 juta nak jatuhkan ghaffar baba, kronism besar-besaran dan pelbagai lagi. ini semua bukan fitnah. Anwar ditawarkan untuk letak jawatan tapi memilih untuk jadi hero kononnya. pakar ekonomi konon. Ceritalah bagaimana hampir setiap malam dia ke rumah azman hashim untuk belajar ekonomi tapi mengaku dan berjanji bulan bintang. pada saya, bila boss tak suka kita, itu hak dia nak ganti sapa dia nak. so si anwar ni dok jaja cerita kononnya TDM tak suka dia sebab dia perjuangkan hak2 rakyat..mcm2 lagi la. Maha Besar ALLAH yang melanjutkan bukan saja usia TDM tapi Anwar untuk sama2 melihat bagaimana munafiknya bintang pujaan PKR ni satu hari nanti.
Musa Hitam berselisih pendapat dengan TDM maka dia letak jawatan. satu tindakan yang paling gentelman seorang lelaki. Tun Ghaffar sebab kena tikam dari belakang oleh anwar (biasalah pak sheikh aljub) mmg terbukti.
seperti kata TDM masa interview hardtalk..salah ka dia sebagai rakyat malaysia menegur apa saja salah laku pentadbiran sekarang. sama la mcm puak2 pembangkang yang dok mengata, menegur, mengkritik kerajaan dari dulu, kini dan selamanya. bezanya TDM bekas PM maka dia lebih arif dan maklum. Buat kita2 ni...jangan bercakap kalau kita bukan ahli dalam sesuatu hal. kan Nabi dah pesan, diam lebih baik dari berkata2 kerana lagi banyak kita berkata2 memungkinkan kita berkata yang silap.
Sebagai seoarng yang berpengalaman bekerja secara langsung dan tidak langsung ketika era TDM sebagai PM, kadang rasa sebak dada melihat bagaimana beliau bekerja, berfikir, dan lebih Islam daripada orang2 yang mengaku memperjuangkan Islam. Taukah saudara berapa banyak sumbangan TDm kepada agama Islam, bangsa melayu dan malaysia sebelum menuduh melulu??? percayala dia tidak seperti yang digambarkan dengan tuduhan saudara..keikhlasan TDM memimpin negara demi agama, bangsa dan tanahair hanya ALLAH jua yang membalasnya.
Wassalam