Monday, April 14, 2008

UMNO Tetap UMNO, Dulu, Kini Dan Selamanya

Kata orang tua-tua,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”, memang ada banyak kebenaran. Semasa kanak-kanak, amat mudah untuk membentuk mereka menjadi apa saja. Tetapi apabila dah dewasa, segala tabiat yang terlekat di badan amat sukar dikikis, dan biasanya terbawa-bawa hingga ke liang lahat.

Begitu jugalah hakikatnya keadaan UMNO hari ini, yang kini menjangkau umur lebih daripada 50 tahun. Umur ini dianggap sudah tua, umur orang hampir nak bersara. Justeru itu segala tabiat buruk yang dipikul daripada zaman “kanak-kanak” UMNO amat sukar dibuang lagi. Ketika mereka masih “muda” ramai kalangan peminatnya yang menegur supaya UMNO berubah kepada yang lebih baik. Contohnya, Tun Mahathir pernah menangis di dalam rayuannya beberapa tahun dulu supaya pemimpin dan ahli UMNO meninggalkan tabiat buruk berpolitik wang, tetapi mereka tidak hiraukan. Kini segala tabiat buruk telah sebati dengan UMNO dan hampir sukar dipulihkan.

Bukti UMNO tidak akan berubah semakin jelas apabila mereka tewas di dalm PRU ke 12 baru-baru ini. Sepatutnya apabila tewas mereka patut secara ikhlas mencari sebab musabab kenapa ianya berlaku dan membuat perubahan perlu bagi membaiki keadaan. Tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya mereka sibuk menuding jari antara satu sama lain. Tun hentam Pak Lah dan Pak Lah hentam Tun balik. Hakikatnya kedua-duanya sama saja. Mereka sama-sama terbabit di dalam memusnahkan UMNO. Apa tidaknya kerana semasa Tun jadi PM dulu pun Pak Lah sentiasa menjadi ahli MKT dan juga menteri kabinetnya. Kenapa ketika itu mereka tidak sama betul membetulkan satu sama lain?

Mat Taib yang baru dikitar semula, beberapa hari lepas dipetik sebagai berkata formula Terengganu ketika pemerintahan PAS akan digunakan untuk negeri-negeri yang UMNO tewas. Ini bermakna “kerajaan di dalam kerajaan” di Kedah, Kelantan, Perak, P.Pinang dan Selangor. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) akan diwujudkan di negeri-negeri ini dan segala peruntukan projek persekutuan akan disalurkan melalui ejen-ejen mereka (yakni JKKK sekarang) untuk diagih-agihkan terus tanpa melalui kerajaan negeri. Ini sikap kurang ajar UMNO yang tidak tahu malu. Duit yang mereka salurkan itu bukan milik UMNO atau ahli UMNO semata tetapi hak rakyat. Demokrasi kepala otak apa yang mereka gunakan saya pun tak tahu. Hormatilah sikit kepada keputusan rakyat. Tahukah anda bahawa sikap beginilah yang membuatkan rakyat naik menyampah dengan UMNO?

Lepas tu Azlina “tomboy” pula nak batalkan persefahaman pelancongan dengan negeri-negeri yang mereka tewas. Apa maknanya ini? Apa dia nak suruh pelancong pi negeri yang dia menang saja ke?

Dah tu UMNO pi upah penduduk-penduduk Sepang (ahli-ahli UMNO aje) untuk berdemonstrasi depan Bangunan SUK kerana membantah projek ladang ternakan babi di kawasan mereka. Selama ini dah berpuluh tahun babi diternak di situ dan mencemarkan habis kawasan berkenaan, kenapa tak berdemonstrasi? Kenapa tak berdemonstrasi kat depan kilang arak Guiness Stout dan Carlsberg atau tempat judi Genting Highland? Bukankah arak dan judi dosanya lebih besar sedangkan babi tu makanan orang bukan Islam dan menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan menyediakan kemudahan ini?

Dan yang mutakhir pula berkaitan Radio FM Selangor. Sewajarnya media yang duduk di Selangor ada hormat sikit kepada kerajaan pilihan rakyat dengan memberi sedikit ruang, bukan untuk berpolitik, tetapi untuk menerangkan kepada rakyat program-program kerajaan. Itu pun tak diendahkannya malah mereka gunakan ruang yang ada untuk terus menfitnah kerajaan Pakatan Rakyat. Saya setuju sangat dengan katadua Tan Sri MB. Sepatutnya Menteri Penerangan arahkan Radio Selangor FM memberikan sedikit ruang, tetapi perangai sebenar Ahmad Shabery Cik ni lebih kurang Mamak Zam juga terus arahkan radio berkenaan “pack” barang dan balik ke angkasapuri. Apa punya sempit pemikiran puak-puak UMNO ni.

Berdasarkan insiden-insiden ini, saya cukup yakin UMNO tidak akan berubah sikit pun malah akan terus macam UMNO dulu. Segala tabiat buruk mereka dah pun sebati dan berakar umbi di dalam tubuh badan mereka dan akan turut mengikut mereka ke “liang lahat” politik Malaysia. Sama-sama kita berusaha mencari 2 batang batu nisan untuk kubur UMNO di dalam pilihanraya lagi sekali!

Anak Bapa: Saya naik menyampah mengikuti percakaran sesama pemimpin UMNO setiap hari. Masalahnya bukan apa, kedua-dua puak yang bertentangan ni pun bukannya betul sangat. Mereka ini “kokok berdegang-degang tapi ekor bergelumang tahi”. Saya bukan apa cuma kesiankan UMNO. Kalau UMNO hanya tinggal di muzium aje nanti tak seronok juga sebab kita nak bertekak dengan siapa.

9 comments:

joseph said...

Amno will never chg.... today the 2nd man muhidin commented to the media that the non malay is making the pru12 worst... he never aware the rakyat now is living in the open media... bald minded second man will not be the rakyat option.. hidup Pakatan Rakyat!!! Press him to apologise for the rakyat of what his comment to the media... for the 50years we all rakyat are helping each other.. not to say who drop who... helo 2nd man, if u wan to get more votes for the coming december , it is not making in this way.. we as a rakyat will c n listen ur idea and it is not good to push the amno irresponsible things to non malays...

Harris said...

Begitu lah minda orang-orang yang sengaja menutup pintu hati mereka kepada kebenaran . Walaupun mereka sendiri menyedari akan sebab-sebab mengapa PU 2008 yang baru berlalu merupakan tamparan hebat dan memalukan kepada kredibiliti UMNO dimata rakyat Malaysia namun sikap bongkak mereka mengatasi sifat mahmudah yang menyeru kearah keinsafan .

Sejak 8.3.2008 , UMNO masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya sudah tumpas jika tidak kerana subsidi kemenangan dari Sabah dan Sarawak . Tindakan terbaru UMNO yang mempelekehkan semua usaha-usaha pembangunan Pakatan Rakyat menunjokkan mereka tidak boleh dan sanggup menerima kekalahan pada mereka yang digelar sebagai parti-parti nyamuk dan syok sendiri sebelum 8.3.2008 . Kata orang putih sour grapes.

Anonymous said...

Jadi sekarang pilihannya sudah jelas. Kuburkan UMNO (dan mereka yang seangkatan dengannya) pada PRU akan datang. Tak yah susah-susah menunggu UMNO dipulihkan dari kesakitan yang amat tenat.

Anonymous said...

Go DSAi,Go LKS,Go LGE,GO Nik Aziz, pls snatch federal Grvn from UMNO-BN and open up cartons of cans infested with worms from them........may god help bless Pakatan Rakyat and its members and supporters......

infins said...

Kepimpinan UMNO sekarang perlu di "FORMAT C:" terus.. tak payah nak "DEFRAG" atau "SCANDISK"... lepas tu baru "INSTALL" muka baru.. so "OS" yang baru akan jadikan "PC" laju dan tiada masalah...

Anonymous said...

Saya tak kisah UMNO atau PAS. Jangan PKR/DAP dahh!!

Parti yang terang2 ekstremist dan pernah satu ketika menentang islam secara terbuka, iaitu DAP, kini menjadi idola anda.

Parti yang tak akan menerima Islam sebagai tunjang Malaysia, dan mahukan Melayu berkubur suatu hari nanti, kini menjadi idola anda.

Parti yang bersunggug-sungguh mewujudkan IFC bagi menghapuskan sistem perundangan syariah islam di Malaysia, kini menjadi idola anda.

Fikirlah...

Anonymous said...

Tuanpunya blog,

Harap berhati-hati dalam membuat kenyataan.

Sdr ada bukti ke yang PENDUDUK DAPAT UPAH (DUIT) DARI UMNO UNTUK BUAT DEMONSTRASI MENENTANG PROJEK BABI.

Jangan terlalu excited SAMPAI REKA2 CERITA DAN PEMBOHONGAN YANG KETERLALUAN.

Cuma nasihat. Nanti kalau dah diambil tindakan oleh pihak polis, jangan kata tak tahu pulak ya.

momo said...

Salam sejahtera,

Artikel yang sangat menarik untuk dikongsi kepada rakyat. Agak menarik apabila Guiness Stout, Carlsberg dan Genting Highland disebut dalam artikel ini. Sila layari 2 laman ini untuk kita kenali wakil2 UMNO dalam 2 dari syarikat2 tersebut:

http://www.gab.com.my/about/board.asp
http://www.genting.com/directors/gb.htm

Anonymous said...

Tak payah cakap wakil umno je le. ramai orang melayu lain yang jadi director kat syarikat2 bukan melayu yang terlibat dengan judi dan sebagainya.

Kalau nak bagi teguran bab director tu, sila tegur semua orang2 melayu. Jangan nak spesifik kan satu jenis je.

Perkara directorship ni sendiri punya pandai...sendiri punya tanggung la. Takde mana2 parti politik melayu yang menghalalkannya. Tu sendiri2 punya hal. Dosa tanggung sendiri le.

Sama le mcm hal babi. Meluluskan projek babi ada sama dgn makan babi ka? Tau pun takde. Sendiri2 punya hal..sendiri2 punya akidah. Sendiri punya director, umno dapat dosa. Kalau itu mcm...babi punya hal, PKR pun sama juga lah dapat dosa.

Yang dapat taik babi sape? Nak tau, 2 tahun lagi pi le ke Kg Tumbuk.