Friday, April 25, 2008

Klon Zainuddin Maidin

Saya terbaca di dalam akhbar hari ini petikan ucapan daripada Menteri Penerangan baru, Ahmad Shabery Cheek berkaitan usaha Anwar untuk menarik wakil-wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat (PR), Katanya,”…BN tidak bimbang tentang cakap-cakap bahawa wakil–wakil rakyat mereka akan berpaling tadah kepada PR sebagaimana yang didakwa oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Sebaliknya, PR yang patut bimbang tentang wakil-wakil rakyat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana rakyat sangat marah tentang projek ternakan babi moden di Selangor yang menelan belanja RM100 juta....”.

Saya ingat selepas Zainuddin Maidin (Zam) dah lupus maka berakhirlah sudah zaman kebodohan Menteri Penerangan UMNO. Rupa-rupanya ada pula klon Zam yang empunya nama Ahmad Shabery Cheek (….he has the “chick” to say such worthless words….). Bukankah kita dah cakap berkali-kali bahawa projek ini diluluskan oleh Khir Toyo dan segala perbelanjaan (by the way adalah RM300 juta dan bukan RM100 juta) ditanggung oleh PIHAK SWASTA. Kenapa projek untuk membekalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada setiap rakyat setiap bulan tak diceritakannya? Dan dah bertahun-tahun rakyat terpaksa menahan bau busuk dan pencemaran najis babi, kenapa UMNO tak pernah cari jalan penyelesaian? Sebagai kerajaan yang mesra rakyat, projek ini akan berupaya menyediakan makanan untuk orang-orang bukan Islam dan dalam masa yang sama menyelesaikan isu pencemaran air dan bau busuk.

Menteri yang tak berapa terang ini nampak saja macam cerdik tetapi hakikatnya lebih kurang Zam saja. Hari tu bila MB Selangor tegur sikit tentang slot masa Radio FM Selangor, kawan kita terus suruh pindah keluar daripada Selangor. Pooorah! Macam budak-budak ….. Tengok cara dia lompat dari satu tempat ke satu tempat, saya yakin kita akan menyaksikan belang sebenar hamba Allah ini dalam masa terdekat.

Anak Bapa: UMNO ni sebenarnya cukup “sui”. Sapa saja jadi pemimpin atau menterinya tidak dapat lari dari mendapat badi kebodohan pemimpin dan menteri-menteri mereka yang lepas. Ini belum masuk bekas menteri JJ yang didakwa meramas bontot entah Minah mana pulak!

5 comments:

jijanhyde said...

Jangan salahkan dia. Dia cuma membaca utusan meloya sahaja.

Anonymous said...

Yang suruh blah dari bangunan SAAS tu adalah Khalid sendiri. Lain kali dapatkan lah fakta yang betul dulu beb. Nak kata orang lain tak cerdik...ko pun same je.

Batigol said...

Salam..
Ada faedah jugak buat ladang babi tu secara komersial.Boleh himpun kandang-kandang babi yang kecil pada satu tempat dan kontrol.Ladang babi ni buanya sangat busuk....pernah dulu masa saya praktikal kat penang,saya tertanya2 kat org kampung bau apa yang kuat ni,diaorang kata bau kandang babi.Satu lagi masalahnya,banyak giler lalat kat kmpung saya menyewa rumah tu..

Pasal menteri penerangan baru ni,saya pun sokong dia lebih kurang mantan menteri sebelum ni...tengok macam sekulit je hehe...

GENDUTKECAPI said...

Hai anak bapa, aku kesian sebab bapak kau ada anak yang bangang lagi tolol macam kau. Dahlah kau putar belit lebih dari keling, lepas tu fakta yang kau gunakan pun tak betul gak, Kau ni tak reti baca kot, cuma reti dengar keling cakap je kot.
apa yang Shabery cakap tu pun kau tak tau kau nak komen. kalau kau baca surat khabar bahasa Melayu dan inggeris dan bukan bahasa keling, kau mesti tahu dia kata, PKR yang patut takut pembangkang yang lari ke BN sebab keutamaan yang dibuat oleh kerajaan PKR di Selangor.
Nampaknya kerajaan tu lebih utamakan babi... ulang semula ... babi (yang kau kata busuk tu) untuk dibuat dulu, dan kerajaan kau tak pentingkan pun nak buang bau busuk babi tu, malah kau nak tambah lagi.
Kalau kata kerajaan kau nak jaga rakyat, kalau betulpun telah diluluskan oleh kerajaan dulu (tah betul ke tak) kerajaan kau batalkan lah. Napa lak nak teruskan.
Jawapan dia senang aje, kerajaan yang kau dewakan tu lebih babi lagi.
Pasal rtm tu keluar, sebab kena halau, sebab Menteri Besar PKR kau tu hadap dan gila kuasa. Bukan RTM saje nak keluar.
Kalau aku jadi bapak kau.... eee malu aku nak mengaku kau sebagai anak.

Muhammad Umair. said...

salam a'laik.

setuju dengan batigol. lebih baik himpun setempat dari berterabur. senang d kawal.

re: gendutkecapi

settle satu-2 dulu. nak buat semua skali harung tak dapat lah. dah selesai kes babi ni, baru boleh jalan yang lain. sabar-2.