Sunday, May 4, 2008

Alahai, Murahnya Harga Minyak Petrol Negara Kita!

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:


1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45


Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.

25 comments:

tentang blog no2umno said...

salam bro...gua ambil sedikit artikel ini. Terima kaseh.

Salam dan selamat
RAdenjowo

momo said...

Berapa harga minyak di Brunei?

Wakmasnoor said...

Sdr.

Apabila kita melakukan kajian harus kita fahami akan sumber dan lain2 faktor yang mempengaruhi kajian tersebut. Serta faktor lain yang penting bagi pemahaman kita berkenaan ekonomi dan cabangnya.

Contohnya Venezuela.
Adalah merupakan antara negara terbesar pengeluar Minyak Dunia. Dan 1/3 dari GDP negara tersebut adalah berdasarkan minyak sahaja. Hasil minyak juga merupakan 80% jumlah pendapatan kasar Venezuela.
Ini belum mengambil kira dasar Parti Sosialis (yang memerintah) yang megutamakan dasar pemberian subsidi yang berat sebelah. Mengutamakan pemberian subsidi melampau kepada item2 yang melibatkan hal ehwal harian golongan majoriti penduduk yang bertaraf sederhana dan mewah. Tetapi mengabaikan dasar subsidi yang lebih prihatin terhadap golongan miskin dan penduduk luar bandar, terutamanya dari aspek kesihatan dan sanitasi serta infrastruktur awam. Hampir 32% penduduk mengalami masalah serius berkaitan sanitasi dan kesihatan. 17% kanak2 mengalami masalah nutrisi makanan dan hampir 5 juta penduduk tidak mendapat bekalan air sempurna. Hanya 3% dari kumbahan (sewage)dapat dirawat kerana pengabaian infrastruktur awam terbabit untuk diadakan secara total dan baik. Ini secara kesimpulan memperlihatkan Venezuela sebagai sebuah negara yang mengabaikan terlalu banyak perkara berkaitan pembangunan dan keselesaan penduduk. Sekiranya Venezuela melakukan perkara2 berkenaan infrastruktur awam dan perbelanjaan bagi membangunkan dan membantu 32% golongan yang kurang bernasib baik itu dan hampir 70% golongan sederhana, minyak sahaja tidak akan dapat memberi hasil pendapatan yang mencukupi bagi menjayakan semua program di atas. Dan sudah tentulah, subsidi minyak yang bernilai hampir ratusan bilion itu tidak akan dapat disediakan lagi oleh kerajaan Venezuela.

Sesuatu fakta itu harus dibaca sumbernya secara total dan turut penting juga dihalusi aspek2 berkaitan yang lain, sebelum dimuktamadkan sebagai perbandingan yang baik dan berkredibilit.

Anak Bapa said...

En. Wakmasnoor,

Terima kasih di atas komen anda. Cerita di sini mudah saja. Ia berkaitan harga minyak petrol di beberapa negara dunia dan kedudukan harga minyak negara kita. Saya tak kata harga minyak kita mesti sama dengan Venezuela. Saya cuma kata harga minyak negara-negara berkenaan tu amat murah. Dan takkan top 5 countries yang murah tu tak ada sikit pun persamaan dengan dengan negara kita. Tak payah ambik Venezuela pun tak apa, Seychelles pun jadilah, itu pun dah cukup baik.

org siam said...

baguih artikel nih....dengan harapan kerajaan malaysia tak payah naikkan harga minyak.

Senang sikit kami di siam yang minyak mahal sungguh. Hari-hari beli minyak malaysia 1.92 pi jual di siam 2.50 dah untung 58 sen. sehari dapat 100 liter cukuplah tahun depan boleh beli kereta baru.

terima kasih malaysia....
hidup malaysia...

pulau said...

seychelles

Area Total 451 km² (197th) 176 sq mi

Population
- 2005 estimate 80,699 (205th)
- Density 178/km² (60th)
458/sq mi

Malaysia

Area
- Total 329,847 km² (67th)
127,355 sq mi
- Water (%) 0.3
Population
- Feb 2008 estimate 27,496,000 (43rd)
- 2000 census 24,821,286
- Density 83/km² (110th)
216/sq mi

banyakkan persamaan malaysia dengan seychelles.

Kat mesia lagi ramai orang...jalan lebih panjang....sempadan pun banyak.

kat seychelles tu cakap jer nak pegi mana kalau ambik jalan jauh pun 1 jam dah sampai

pening la aku
sendiri tengok la

jijanhyde said...

aku berharap sistem jualan minyak kat m'sia nie diperbaiki lg. contohnya setiap pembelian minyak subsidi mestilah disertakn sekali dgn mykad, dan org luar yg ingin membeli minyak di m'sia spt org siam dan singa, harus membeli dgn harga sebenar. penggunaan mykad nie pulak mestilah dibangunkn dgn satu sistem yg mana segala rekod pembelian minyak dapat dikeluarkn. cth jika kita semak ic sesaorg akan keluar segala rekod pembelian minyak yg telah dibeli dlm masa 1 hari, seminggu, setahun dsbgnya. jd pengawasan penjualan minyak nie dpt dilakukan dgn lebih menyeluruh. kpd mana2 rakyat m'sia yg tidak membawa mykad semasa membeli minyak, haruslah membyar dgn harga tanpa subsidi. tu cuma pandangan aku

Banana said...

kalau macam tu, orang mykad yg tiada kenderaan mesti tunggu di minyak stesen utk jual petrol kpd orang siam dan singa. Saya fikir ini bagus juga, kerana ada xtra income bagi golongan yg miskin ini.

Johnny Ong said...

alternatively, u can view another report recognised by the world bank for year 2007 worldwide fuel prices

http://www.gtz.de/de/dokumente/en-flyer-international-fuelprices-2007.pdf

Anonymous said...

i think i strongly agree with jijanhyde.we need a EFFECTIVE AND EFFICIENT system to track down the purchase of petrol in malaysia.but the best way to change the hard time in for what all of us suffering right now is, CHANGE THE GOVERNMENT~!!!yeah........

Anonymous said...

Dah lama ramai saya kata minyak Malaysia antara termahal di dunia tapi kerajaan tetap guna media tipu orang. Bohong jika diulang ribuan kali jadi 'benar'. Itu cara kerajaan tipu rakyat. Ulangi ini - Harga minyak di Malaysia antara yang termahal di dunia.

Anonymous said...

Kepada tuan punya blog, terima kasih dgn maklumat harga petrol ini.

Salah satu cara untuk beri perbandingan yang lebih setara bagi jadual di atas ni ialah dengan menggunakan GDP per capita. Di sini saya akan letakkan GDP per capita kemudian bahagi kepada harga segelen petrol. Kita fokus pada harga petrol sahaja, jadi tak payah guna PPP (purchasing power parity).

Maksudnya, berapa gelen petrol seorang rakyat negara itu boleh beli dengan purata pendapatan masing2?

No.__Negara__Harga/gelen__GDPpercapita__Gelenbolehdibeli
1.__Venezuela__12cents__$8,670__72,246gelen
2.__Iran__40cents__$4,012__10,029gelen
3.__Saudi__Arabia__45cents__$13,548__30,106gelen
4.__Libya__50cents__$10,975__21,950gelen
5.__Swaziland__54cents__$2,366__4,382gelen
6.__Qatar__73cents__$86,583__118,606gelen
7.__Bahrain__81cents__$23,815__29,401gelen
8.__Egypt__89cents__$1,599__1,796gelen
9.__Kuwait__90cents__$41,256__45,840gelen
10.__Seychelles__98cents__$8,149__8,316gelen
38.__Malaysia__$2.40__$6,639__2,766gelen
45.__UnitedStates__$3.45__$45,768__13,265

Ujung2... ranking kita masih di bawah, hanya lebih baik dari Mesir.

rahsia said...

Siapa tak setuju negara kita ramai yg makan rasuah?

Siapa cakap dalam Petronas tu takde seleweng?

Kat Thailand, org panggil Detroit. Malaysia ade keta nasional tapi harga mahal. Kualiti tak sebaik mana pun.

Kat Malaysia ni, nak pi mana pun tol berlambak. Tengok org Bukit Mahkota Cheras tu. Patut ade jalan straight, diaorang buat sampai kena pusing, bayar tol. Jalan lebih tu pun makan minyak jugak.

Polis berlagak mcm samseng pulak. Gangster berlesen. Budak kecik hilang sampai sekarang tak jumpa lagi. Yg aku setuju, gaji diaorang rendah.

Ni kite komen ni cuma nak negara kite maju.

matdie said...

encik, diantara negara pengeluar minyak, harga minyak domstik kita antara yg paling mahal... dan negara kita negara pengeluar minyak yg ambil kira harga pasaran dunia utk tetapkan harga minyak domstik sdangkan negara pengeluar minyak lain tak perlu berbuat sedemikian...

pakdin pandir said...

kalo setakat hal org siam atau singapura senang je kerajaan nak selesai masalah diaorg pelarikan minyak negara.
buat satu peraturan setiap kenderaan yang melalui kastam diraja malaysia untuk ke siam atau singapura meter minyak mesti tidak melebihi suku tangki.
jika melebihi kastam kena la menyedutnya keluar dengan mengunakan mesin khas.
minyak yang di sedut dan terkumpul boleh la dijual kembali di dalam negeri dan hasilnya gunalah untuk sesuatu yang berfaedah untuk rakyat.

Anonymous said...

Article ni tak relevant.
Negara2 timur tengah adalah negara pengeluar minyak terbesar dunia dan mereka mampu subsidize untuk local consumption. Population mereka pun tak besar sangat.
Venezuela pun antara pengeluar minyak terbesar .

simpanan crude oil malaysia dah tak banyak dan bukan utk local consumption. yang masih banyak ialah Gas. reserve Crude oil msia is nothing compared to theirs.

____

Jalan dan kenderaan di subang jaya mungkin lebih banyak dari seychelles(pop 85k) dan swaziland(pop 1.1m) - combined!

fikir la sikit Ini negara kecik. kerajaan mereka mampu subsidize for local consumption so that their small and poor population doesnt hurt.

Kalau nak compare, compare dgn negara jiran cukuplah. harga Petrol kat taiwan dgn australia pun x jauh dari kita.

Di Abu DHabi - antara bandar pengeluar minyak terbesar dunia - petrol pun seringgit lebih. (bandar paling kaya per capita $17 million ).so tak banyak beza sangat dengan msia.

Mereka yang cerdik mungkin gelak baca article saudara ni.

Janganlah perbodohkan kita sambil menuduh kita diperbodohkan kerajaan. Semua orang sakit dgn harga minyak dan awak pi tambah garam.

ini tak bertangungjawab namenye

MM

Anonymous said...

THANKS JOHNNY ONG

http://www.gtz.de/de/dokumente/en-flyer-international-fuelprices-2007.pdf

based on this, malaysia's ranking is only 20+ cheapest ; compared to 170 countries.

This blog article is misleading and putarbelit

Anonymous said...

Bro

Why are our petrol expensive?
Won't be surprise our smart alec (in the Govn) who had sold MOST of our oil when the price went below USD10 in 1998 or maybe below USD30 during the 9/11.

Since most Oil are sold under Hedging when the price is low, we are now end up at the raws end of the deal.

Anonymous said...

of course laa tak bleh compare ngan venezuela,,arabs seme tu,,,tapi psl kita oil producer,,takkan harge lebeh kurang ngan yg tak oil producer,,itu point dia..

Anonymous said...

anon May 13, 2008 3:17 PM

Petrol yang kita isi kat tangki proton saga bukan datang dari perut bumi Malaya. Kita import at market price and subsidized. Crude oil malaya for export cos higher quality and used for other petroleum products - not gasoline / petrol.

Minyak kita dah x banyak and quality not as before.
Yang masih banyak ialah gas.

please check :

http://www.gtz.de/de/dokumente/en-flyer-international-fuelprices-2007.pdf

So point dia still tak kena.


MM

Anonymous said...

MM

Kau dah pandai sangat, sampai baca chart yg ko rekemen pun tak betul...

Malaysia $.53/litre
Taiwan $.83
Australia $.93

Jauh beza tu...

Negara pengeluar minyak yg dekat dgn harga malaysia:
Nigeria $.51
Indonesia $.57

Tapi ... rakyat diorang ada ...137juta (nigeria) & 238 juta (indonesia).

Memang la petrol untuk kereta kita kena import sebab asalnya dari minyak gred rendah. Minyak kita walaupun sikit (mungkin tahan sampai 5-10 tahun lagi aje) adalah dari gred tinggi yang kita jual untuk jadi aviation fuel. Jadi patutnya aviation fuel kita jual mahal untuk beli petrol kereta yg murah.

Ko ni belajar ilmu oil & gas songsang dari zahid hamidi ke apa?

Kasi abis belajar dulu la MM yer...kalau takat "sangka diri pandai" tu belum tahap pandai lagi.
Dah abis belajar betul2 baru buat komen yg berakal.

Anonymous said...

ni haa jawapannya....

Biaya Malaysian Philharmonic Orchestra RM3.5 juta sebulan!

http://n32.blogspot.com/

Ekoran dari berbagai krisis melibatkan ekonomi samada berpunca dari masalah domestik mahupan yang global, kerajaan menyeru agar kita berjimat-cermat. Ada yang menyarankan agar majlis-majlis kerajaan turut disederhanakan agar menjimatkan wang rakyat. Namun sejauh mana kesungguhan usaha ini, masih menjadi tanda-tanya.

Dalam pada itu di Parlimen semalan wakil Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendedahkan bahawa Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)!
Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?

Jika benar dalam susasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling uatama disaat ini bagi saya adalah untuk mengahpuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini. Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!

Kalau pun mahu memajukan industri musik Malaysia, tak perlulah bertaraf dunia sedangkan rakyat sedang berhempas pulas untuk hidup sehari-hari. Majukan sahaja pemuzik-pemuzik tempatan, kita sendiri memiliki orkestra tempatan yang boleh dibimbing dan diperkasakan, apa perlu kepada pembaziran sebegini rupa!

Posted by roslan sms at 9:54:00 AM 5 comments

pakchu said...

Tu lah akibat memilih penyamun menjadi menteri, berikut senarai harga minyak dunia terkini:

USD RM
Australia 1.48 4.75
Bahrain (Manama) 0.27 0.87
Belgium (Brussels) 2.23 7.16
Brazil (São Paulo) 1.59 5.10
Brunei 0.39 1.25
Canada 1.45 4.65
Chile 1.27 4.08
China 0.74 2.38
Colombia 1.07 3.43
Croatia 1.95 6.26
Cyprus 1.63 5.23
Denmark(Copenhagen)2.46 7.90
Dominican Republic 1.51 4.85
Egypt (Cairo) 0.32 1.03
Eritrea 2.53 8.12
Estonia 1.75 5.62
Finland 2.35 7.54
France 2.13 6.84
Germany 2.31 7.42
Greece 1.95 6.26
Guatemala 1.95 6.26
Honduras 1.07 3.43
Hong Kong 2.00 6.41
Hungary 1.99 6.37
Iceland 3.13 10.05
India (Bangalore) 1.36 4.37
Indonesia 0.65 2.09
Iran 0.11 0.35
Israel 2.10 6.74
Italy 2.32 7.45
Japan 1.54 4.94
Kuwait(Kuwait City)0.21 0.67
Malaysia 0.84 2.70
Mexico(Mexico City)0.62 1.99
Monaco 2.20 7.06
Netherlands 2.57 8.25
New Zealand 1.62 5.20
Nigeria (Lagos) 0.10 0.32
North Korea 0.71 2.28
Norway (Oslo) 2.65 8.51
Pakistan 1.06 3.40
Philippines (Cebu) 1.22 3.92
Poland (Krakow) 2.04 6.55
Portugal 2.35 7.54
Qatar (Doha) 0.22 0.71
Romania (Bucharest)1.78 5.71
Russia (Moscow) 1.00 3.21
Saudi Arabia 0.12 0.39
Sierra Leone 4.87 15.63
Singapore 1.60 5.14
Slovenia 1.83 5.87
South Africa 1.23 3.95
South Korea 1.95 6.26
Spain (Madrid) 1.94 6.23
Sweden 2.30 7.38
Switzerland(Zurich)1.88 6.03
Thailand 1.18 3.79
Trinidad & Tobago 0.48 1.54
Turkey 2.68 8.60
Turkmenistan 0.08 0.26
UAE 0.37 1.19
Ukraine 1.33 4.27
United Kingdom 2.26 7.25
United States 1.05 3.37
Uruguay(Montevideo)1.60 5.14
Venezuela (Caracas)0.05 0.16

NILAILAH SENDIRI SEJAUH MANA MENTERI2 MALAYSIA MEMBELA RAKYAT

taipingmali said...

bodohnya membandingkan minyak petronas dengan minyak venezuela, pergi kat net baca tentang industri minyak di sana. jangan senang nak suruh malaysia turunkan harga minyak. siapa untung kalau harga minyak turun, jawabnya pauk-puak pembangkang yang pakai kereta besar-besar sajalah macam orang DAP yang kaya-kaya . lebih baik duit subsidi minyak digunakan untuk memajukan kampung-kampung melayu yang mengundi kerajaan BN. biar mampus orang PAs DAN DAP bayar minyak dengan harga 2/70 sen

Anonymous said...

kalau harga minyak dah mahal, aku rasa k'jaan perlu menurunkan harga2 kereta tempatan semurah 4000-6000(bwh rm20 000). baru ada 'feel' U.S sikit, ini nk tiru harga myk je bat pe... harga Lambo galardo di sana baru $200000. negara kita memang mahal2 belaka. dah lama dahhh.... (bak kata 'dewa' pencen)