Thursday, May 1, 2008

Hari Pekerja 1 Mei - Apalah Yang Hendak Diraikan Sangat!

Saban tahun kita merayakan Hari Pekerja pada 1 Mei. Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang lebar mengenai peranan dan sumbangan para pekerja kepada pembangunan negara memandangkan tajuk ini macam dah jadi “cliche” dan telah begitu banyak diperkatakan. Apa yang penting ialah selepas lebih 50 tahun negara di bawah pemerintahan UMNO dan BN, adakah kehidupan dan kebajikan para pekerja menjadi lebih baik?

Kita tidak nafikan terdapat “pockets of rightousness” sumbangan kerajaan yang ada di beberapa bidang yang berkaitan kebajikan para pekerja tetapi bagi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengenegahkan Kerajaan Berkebajikan, usaha ini tidak memadai. Pada keseluruhannya kita lihat kualiti kehidupan para pekerja bukan saja tidak berubah malah telah merosot. Jurang pendapatan antara rakyat bawahan semakin melebar berbanding dengan golongan atasan. Kerajaan PR telah mengusulkan gaji minima RM1,500 sebulan sebagai usaha awal untuk membetulkan keadaan memandangkan ada lagi pekerja yang bergaji RM500 sebulan. Dengan kos kehidupan hari ini yang naik meroket jumlah ini adalah jauh daripada mencukupi dan lambat laun akan membawa krisis kekeluargaan yang amat hebat. Malah di kala kita sedang sibuk menyambut Hari Pekerja ini ramai dari kalangan pekerja bawahan yang terpaksa mengikat perut atau bekerja 2 atau 3 jenis kerja setiap hari bagi menyara kehidupan paling asas. Kerapuhan institusi keluarga dah pun mula mengancam masyarakat kita dengan peningkatan pendadak kadar jenayah keluarga, penceraian, anak-anak yang lari dari rumah, gejala sosial dan sebagainya. Kita tidak nafikan bahawa status ekonomi keluarga bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada masaalah kekeluargaan di kalangan masyarakat kita hari ini tetapi ia tetap merupakan antara faktor terpenting di samping tahap didikan agama dan pendidikan.

Saya ingin menyeru supaya pimpinan PR bersama dengan kerajaan PR di 5 negeri, pakar-pakar sosial dan aktivis pekerja supaya dapat berganding bahu merangka ketetapan-ketetapan penting yang mampu membawa sinar baru kepada kualiti kehidupan para pekerja samada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Saya yakin jika ini kita berjaya lakukan, golongan pekerja akan kesemuanya berpaling kepada kita kerana UMNO dan BN yang telah diberi peluang 50 tahun untuk melakukannya telah gagal!

Anak Bapa: Beberapa hari lepas saya bertemu kenalan yang merupakan sorang aktivis parti yang diberi amanah membantu EXCO dalam kerajaan PR. Beliau kelihatan sugul dan agak muram. Bila didekati dan ditanya kenapa, beliau terus meluahkan rasa kesalnya kepada pemerintahan UMNO dan BN kerana selama 50 tahun memerintah apa yang digembar-gemburkan hanyalah bersifat kosmetik aje. Apabila kita turun menyiasat di seluruh jabatan dan agensi kerajaan, kita dapati penuh dengan segala macam “kejelekan dan kekotoran”. Para pekerja diajar untuk melakukan penyelewangan dan rasuah di bawah bimbingan pimpinan UMNO. Ada pekerja yang dipaksa bersengkokol dan ada juga dengan rela hati menjadi alat mereka dengan habuan tertentu. Malah duit zakat pun mereka tergamak gunakan sesuka hati. Muzium, perpustakaan, institusi pengajian tinggi, jabatan agama dan lain-lain yang tidak pernah kita terfikir juga tidak terkecuali daripada terkena bahana “wabak kekotoran” UMNO ini. Apabila ditanya adakah kita berupaya menyucikannya, jawab beliau sambil tersenyum,”InsyAllah boleh, tapi lambat sikit, mungkin lebih daripada 100 hari kerana banyak najis mughalazah (najis berat)”

1 comment:

Anonymous said...

Personally,
saya kurang setuju dengan gaji minima RM 1500. bayangkan jika ini berlaku, harga teh tarik utk minum petang mereka akan naik. 1500 mungkin selesa untuk kebanyakan golongan pekerja. Kerja ala kadar, hujung bulan 1500 jugak.

Sebagai majikan, you pay what you get. Insensif adalah lebih baik kerana menggalakkan produktiviti.

yang penting ialah produktiviti dan tenaga kerja yang efektif.

Jadi, money is better spent on training, motivation etc. Let the market forces determine the salary.

Minimum salary, like in the west is killing their economy. Union became too strong in favour of workers increasing demand. Undeniably its for the workers welfare and benefits. Which is good.
tapi malangnye mereka semakin manja dan enggan bekerja keras tanpa bermacam2 ganjaran.

then things get really expensive.

Factories closing down and opening up in China, Vietnam, Indonesia etc.

memang manis janji PR. sedap didengar oleh pengundi. Cubalah implement, barang akan naik melonjak, bukan setakat sebab pekerja dah mampu berbelanja, tapi kos pekerja untuk membuat barang2, servis telah naik.

In the end, gaji minima tadi dah tak cukup dan terpaksa minta naikkan lagi gaji minima. (ulang perenggan atas).

UMNO dan BN belum gagal dan dah banyak mecipta kejayaan sepanjang 50 tahun ini.

Ini baru pertama kali BN hilang majoriti 2/3 disebabkan gaya pemerintahan Pak lah.

sebelum ini tak pernah, dan telah mendapat sokongan kuat rakyat. Jika tidak, BN tidak akan survive 50 tahun (consider faktor multiracial! )

yang gagal hanya 1 term Pak Lah dan ini bukan kayu ukuran 50 tahun kejayaan BN.

Bodohlah rakyat malaysia bagi BN peluang 50 tahun. lame tu!

mana2 negara demokrasi pun, 4 5 tahun dah cukup sebagai ukuran.

jadi tidak betul kenyataan saudara tu.

Umno perlu dan akan diperbetulkan.

Sebab tu Karpal marah kalau DrM dan lain2 kritik pak Lah. DAp mahu UMNO terus lemah supaya senang mereka menang pilihanraya seterusnya.

MM