Saya ingat dah berulangkali cerita mengenai kaitan antara Najib (dan isterinya) dengan pembunuhan Altantunya dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dada akhbar dan blog. Tetapi acapkali ia timbul, pertama kita dapati begitu lambat respon daripada si empunya badan. Selang beberapa hari Najib akan terhegeh-hegeh keluar dari tempat persembunyiannya lantas menafikan segala apa yang di”fitnahkan” kepada dirinya dan isteri. Fenomena ini berulang lagi beberapa hari yang lepas apabila RPK menyiarkan akuan berkanunnya tentang penglibatan 3 individu termasuk Rosmah isteri Najib di dalam kes pembunuhan Altantunya.
Saya tak berhajat nak bercerita panjang lebar tentang kandungan akuan berkanun tersebut. Kalau anda berminat sila layari www.malaysia-today.net untuk menatapi sepenuhnya cerita yang berkaitan. Apa yang jelas ialah RPK telah mendedahkan bagaimana ketiga-tiga orang ini bersama-sama menyaksikan bagaimana peledak C4 dipasang di seluruh badan Altantunya dan kemudian diletupkan. Seterusnnya beliau mendakwa Pak Lah dan seorang raja (sultan?) telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Saya tak tahu nak panggil anak bapa ke atau anak jantan kepada RPK. Masakan beliau suka-suka buat kenyataan bersumpah ini dan menghadapi risiko yang amat tinggi? Bukankah sebelum ini RPK pernah membuat kenyataan yang hampir sama berat sehingga beliau ditahan reman untuk siasatan? Jadi tentulah beliau memiliki keberanian yang amat hebat atau kebodohan yang tiada taranya dengan mengeluarkan akuan bersumpah ini, bergantung kepada tahap kebenaran ceritanya.
Saya amat bimbang dengan akaun bersumpah ini kerana ia melibatkan isteri orang yang nombor 2 paling tinggi dalam negara. Dan jika benar apa dakwaan RPK maka Pak Lah dan raja berkenaan pun perlu disiasat dan mungkin juga diambil tindakan kerana menyembunyikan bukti. Selepas beberapa hari baru pihak polis memanggil Rosmah. Bagaimana dengan yang lain-lain? Apa kata kalau benar apa yang didakwa oleh RPK? Apa pula kesannya kepada keadaan politik negara di saat Pak Lah begitu lemah sekali?
Setelah melihat gambaran besar daripada kejadian ini dan mengambil kira kronologi kejadian menyayat hati ini, saya berpandangan mahkamah perlu melihat semula saksi-saksi kes setakat ini dan demi keadilan perlu memanggil mereka yang didakwa di dalam akuan berkanun Raja Petra. Jika ada cubaan untuk pejam mata sebelah di dalam kes ini saya bimbang ia akan memakan diri kita semua kelak. Dan bagi Najib dan Rosmah, tuduhan ini amat amat berat dan hanya ada satu jalan saja untuk membersihkan diri iaitu dengan menyaman malu RPK. Jika kau orang berdua tak buat maka mahkamah rakyat akan memutuskan kamu berdua …………….
Anak Bapa: Saya pun pelik bila orang tuduh dengan tuduhan yang amat berat kita masih dok relaks lagi. Orang kata kita terlibat di dalam pembunuhan kejam. Bukan kita saja yang malu malah seluruh keluarga dan orang kat kampong pun turut malu. Saya tak percaya mereka tak ada duit nak bawa kes ke mahkamah. Dan juga saya yakin mereka cukup tertekan dengan tuduhan ini (sehingga Rosmah cukup berang). Tapi pelik bin ajaib, masih tak mahu saman. Kalau sayalah, jangan kata bunuh orang, orang tuduh saya bunuh kucing pun saya akan saman sampai tinggal seluar dalam. Hairan ….. hairan. Ada apa-apa ke?????

5 comments:
saman tak guna dah bangkrup. tangkap masuk jail aje. baru tahu langit tunggi rendah
PM dan TPM patut beri laluan supaya PDRM menyiasat kes tu dgn teliti secara profesional walaupun kena keluarga sendiri. Kesnya pun tidaklah complicated sangat...
Kemudian jangan ganggu Peguam Negara dan Hakim buat keputusan.
Barulah kebenaran akan terserlah...
Cubalah kita lebarkan sedikit pengetahuan dan perspektif kita dalam mengolah isu ini.
Isu tuduhan seberat ini harus kita timbang dari kedua-dua perspektif. KENAPA TINDAKAN SAMAN BELUM DIAMBIL LAGI DAN KENAPA RPK ENGGAN BEKERJASAMA DGN POLIS DALAM MEMBERITAHU SIAPA FIRST PARTY/INFORMERS YANG TERLIBAT?
Kalau ada org memfitnah isteri kita melakukan zina, sudah tentu kita mahu tahu siapa kan? Sama juga dgn RPK. Beliau kenalah beritahu siapa? Tak boleh lah main buat akuan aje. Semua org boleh kalau macam tu. Tapi kemudian tak mahu pula bekerjasama.
Fikirkan lah...
Aku tak nak beri komen, cuma nak tanya satu soalan jer kat korang.
Sejauh mana korang percaya kepada kuasa pihak polis dan yakin pihak polis boleh menyelesaikan masalah ini tanpa ada gangguan dari org tertentu?
Kalau Rosmah buat laporan polis pun tentu korang akan kata ada perbincangan dalaman dan kes itu akan ditutup macam tu jer. Selama ini korang kata macam-macam pada polis, kata polis rasuah, kata polis ikut telunjuk org tertentu, tiba-tiba sekarang korang hendak serah pada polis untuk buat siasatan lak?
Bila raja petra buat tuduhan korang terus mintak org yang dituduh tu dipenjarakan, bila ada tuduhan kepada pemimpin korang, korang kata lak ada konspirasi. Bagus tul idea korang ni ek..
Bukan apa takut naik mahkamah kut? kaua cakap di luar berdegar-degar pun, di dalam mahkamah belum tentu bergegar!
Post a Comment