Tak tahu nak gambarkan perasaan saya sehari dua ni. Resah gelisah dan gundah gulana tak tentu pasal. Sejak akuan berkanun dikeluarkan oleh Raja Petra (RPK) tempohari yang mendedahkan kehadiran Rosmah isteri Najib ketika Altantunya diletupkan, dan diikuti dakwaan liwat (sekali lagi) ke atas Anwar dan seterusnya ancaman ke atas nyawa beliau sehingga terpaksa berlindung di Kedutaan Turki, saya sesak nafas mengikuti detik-detik peristiwa ala cerita Hindustan ini.
Di saat baru nak faham apa yang berlaku, tup-tup kita “diletupkan” pula oleh akuan berkanun (SD) terbaru oleh penyiasat persendirian Razak Baginda, Encik Bala. SD sepanjang 16 muka itu menceritakan secara terperinci kronologi pembunuhan Altantunya sejak beliau sampai di Malaysia sehingga pendakwaan Razak Baginda dan 2 orang anggota polis di dalam pembunuhan tersebut. Antara kandungan sensasi SD tersebut ialah bagaimana Najib menceritakan kepada Razak Baginda (orang kanan Najib) tentang hubungan seks beliau dengan Altantunya, bagaimana Altantunya meminta wang USD500 ribu sebagai komisyen pembelian kapalselam Scopene, perkahwinan Altantunya dengan Razak Baginda dan juga jaminan Najib kepada Razak bahawa semua akan dibereskan oleh Ketua Polis Negara, Musa Hassan di kala beliau diambang penangkapan dan Razak tak perlu risau.
Saya terpaksa urut dada ketika meneliti SD tersebut. Semua ada di dalamnya, rasuah, seks, penipuan, penyelewengan dan juga pembunuhan. Cerita Hollywood pun tak boleh lawan “filem” lakonan rakyat Malaysia dan diarahkan oleh rakyat Malaysia juga. Apa yang lebih mengiurkan lagi ialah pelakon dan pengarahnya adalah orang-orang yang sekulit dan seagama (kononnya) dengan ku. Dia orang ni tak mengaji agama ke atau dah memang tak ada agama? Malah ada di kalangan mereka ini yang merupakan anak seorang tok guru Al-Qur’an yang terkenal! Astaghfirullah …….. Nak sedap lagi cerita, orang yang jadi hero pula ialah seorang India yang bukan Islam. Ni macam kisah seorang Ketua Menteri dulu yang rogol budak perempuan bawah umur, kedua-duanya Melayu Islam. Orang yang mempertahankan budak Melayu ini ialah seorang Cina bukan Islam dan terpaksa merengok di dalam penjara kerananya. Malu, aib dan haiwan betul puak-puak ini.
Jikalau dikumpul semua cerita dan bukti yang ada, kita tak perlu pergi jauh untuk mengaitkan pembunuhan Altantunya dengan orang-orang di atas sana. Persoalannya adakah rakyat Malaysia memiliki cukup kekuatan moral (agamalah tu!) untuk memastikan puak-puak yang bersalah ini dihukum dengan seadil-adilnya. Kegagalan kita bermakna zaman kegelapan yang akan terus menyelubungi Malaysia untuk jangkamasa yang amat panjang. Sementara itu kita semua akan terus tersiksa dan sengsara …….
Anak Bapa: Dalam dok sibuk cerita yang amat memalukan ini, Si Rahman Palil perasuah ini cuba nak alih perhatian rakyat dengan membuat aduan kepada Sultan Selangor berhubung kononnya penyalahgunaan masjid oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Oi anak si Palil, kekotoran awak tu terlalu banyak masa jadi EXCO agama dulu. Berapa banyak masjid yang awak rampas dan awak punahranahkan? Jangan nak tunjuk herolah! Masa awak dan UMNO dah sampai ke penghujung. Sediakan kain kapan dan keranda untuk UMNO lagi baik.

4 comments:
Rahman Palil tu mmg memalu org2 keturunan JAWA jer la,sama la ngan mentor dia tu Dr. gigi bersara Khir Toyo...GOBLOK.....
woi anak si palil, setakat menang free ko jgn cakap banyak la. masa ko jadi exco dulu pun ko dah banyak menyusahkan orang. sekarang ko terima balik.
si bala nie pulak dah buat akuan kedua la pulak...
apa kes nie?
kena ugut ker?
Assalamu'alaikum
Saya melihat siri cerita ini dari jauh hanya dapat mengatakan ia sudah keterlaluan menyimpang dari agenda yang ingin menjadikan negara sebagai negara dan umat bermertabat. Mentaliti kita nampak jelas tidak jauh bedanya dengan umat negara lain yang jauh tertinggal dari segi pendidikan dan perekonomian. Bila teman-teman yang dulunya pernah datang dan pernah menimba ilmu pengetahuan di tempat kita memberi komen, tersa benar pilu dihati mereka. Mereka tidak mengharapkan Malaysia melalui apa yang telah terjadi sejak 10 tahun ini. Namun mereka masih memberikan harapan untuk negara kita menjadi contoh kepada mereka.
Episod ini harus dipadamkan segera. Tapi mana dia pemimpin yang saya kira punya kesungguhan. Mereka lebih mementingkan maslahat politik mereka dari segalanya, Jadi tiada apa bezanya mereka dengan pemimpin dari dunia ketiga yang selalu mereka ungkap sebagai ketinggalan. Sebenarnya kita lah yang semakin tertinggal..........dari segi perekonomian, pendidikan, media, penyelidikan, malah pemantapan agama...........
Post a Comment