Friday, July 18, 2008

Cerita Hindustan Pun Kalah!

Mula-mula Raja Petra (RPK) keluarkan akuan bersumpah bahawa isteri Najib ada bersama Altantunya ketika ia diletupkan. Kehadirannya juga bersama pakar peledak C4 Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati Hassan. Terkedu Najib dan Rosmah dua tiga hari menatap akuan bersumpah ini dan selepas hilang terkejut cepat-cepat menafikan akuan bersumpah ini. Apabila wartawan tanya kenapa tak saman RPK, jawabnya tak perlu kerana Allah lebih tahu dan kebenaran akan menang juga akhirnya …. bla bla bla…….

Selang beberapa hari kemudian (macam dijanji-janji) Bala, penyiasat persendirian Razak Baginda pula keluarkan akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan Altantunya. Kita perhatikan (juga laporan daripada saudara maranya bahawa Bala menyediakan akuan bersumpah ini secara sukarela) keceriaan Bala apabila memdedahkan akuan bersumpah ini bersama Anwar di hadapan wartawan-wartawan. Tiba-tiba, tak sampai 24 jam kemudian si Bala ni tarik balik kandungan akuan bersumpah (dalam keadaan sugul) yang berkaitan dengan Najib saja dan mengekalkan teks yang lain. Pelik bin ajaib kerana perkataan lain yang tinggal di dalam akuan bersumpahnya sebiji macam akuan bersumpah asal. Dah pula begitu, kawan kita dengan keluarganya sekali hilang lesap entah ke mana hingga hari ini!

Tak lama kemudian kedengaran cerita laporan polis kakitangan petugas pejabat Anwar (dan juga kawan baik dengan orang kanan Najib, Azlina, Shahril dan lain-lain lagi di dalam UMNO) mengadu telah diliwat Anwar. Anak muda di sekitar umur 20an boleh membiarkan dirinya diliwat oleh oleh orang tua umur 60an, biar betul sikit ……. Anwar pun terpaksa adakan majlis penerangan tergempar di Stadium Malawati. Alahai punya ramai orang walaupun maklumannya diterima lewat. Kita dok baca cerita ni nak jadi macam tahun 98 dulu. Sekarang ni lagi kritikal pasal UMNO tengah lemah dan kapalnya dah nak karam. Bila habis saja majlis malam tu kita dimaklumkan bahawa Anwar nak ditangkap jadi semua perlu berkampung di Hotel Quality (tempat berlangsungnya mesyuarat pimpinan PKR).

Dalam dok kelam kabut tu, tiba-tiba esok Anwar katanya pi berlindung di Kedutaan Turki. Ini kerana pihak PKR ada menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa nyawanya di dalam bahaya. Sapa agaknya yang rasa bahaya dengan tindak-tinduk Anwar? Kau orang pikiaqlah sendiri!

Sehari lepas tu Anwar pun keluar selepas pak-pak menteri pi yakinkan dia bahawa keselamatannya terjamin. Saya dok baca episod demi episod cerita ala-Hindustan ni dan berpandangan bahawa macam ada 2 puak dalam UMNO atau mereka-mereka yang berkuasa. Satu puak nak hancurkan Anwar dengan apa cara sekali pun (termasuk membunuh?) dan satu lagi bersedia berlawan setakat kekuatan politik saja untuk menyekat Anwar.

Tak lama kemudian keluar pula waran menyuruh Anwar menyerah diri di balai polis untuk diambil keterangan berhubung kes liwat tadi. Kebetulan malam berikutnya ada debat secara langsung dengan Menteri Penerangan baru berhubung isu minyak. Anwar tentu berpandangan bahawa jika ia ke balai polis terlebih dahulu besar kemungkinan ia akan ditahan reman (atau mungkin ISA dengan kali ini 2 biji matanya lebam?) dan dengan itu akan terlepas peluang 1 jam langsung bersama rakyat.
Maka Anwar pun tangguhkan sehari pertemuannya dengan BPR dan pihak polis demi untuk menyampaikan amanatnya kepada rakyat Malaysia. Nak kata apa lagi, dia punya pulun dan “pukul” Shabary Cheek betul-betul sampai berbuih mulut-mulut (tanda-tanda sakit kuku dan mulut). Di dalam suasana keheroannya itulah maka polis bodoh ni pi pula ambush Anwar tengan jalan, siap bertopeng lagi, tangkap dan bawa ke hospital, telanjangkan Anwar kononnya nak sukat itu ini dan ambil sampel DNA. Sampel DNA yang hampa ambik dulu hampa buat apa? Wahai polis-polis cerdik! Tahu tak DNA manusia ni unik, kalau dah dapat satu yang tulah dia punya sampai mati, takkan berubah lagi!

Kerana tak tahan tekanan maka puak UMNO yang lagi satu itu pun bangun membetulkan keadaan dengan membebaskan Anwar dengan jaminan hari ini. Dan begitu juga RPK …… Baca dengan teliti, lepas tu pikiaq sendiri ………..

Anak Bapa: Habis menangis pengarah-pengarah filem Hindustan menatap skrip cerita Melayu buatan UMNO ni pasal jalan ceritanya jauh lagi canggih daripada cerita dia orang. Ini baru separuh jalan, belum habis lagi …..

4 comments:

Letting the time pass me by said...

Memang saya masih menunggu klimaks cerita ala-ala hindustan nie yang penuh suspens... kekadang tu dah jadi macam cerita cina pulak, yang penuh dengan twist and turn kat tengah-tengahnya...

Apa-apa pun, politik Malaysia sudah banyak berubah dan semakin goyah....

Amuraria said...

Salam Tuan
Bukan saja director India & Cina malah director Hollywood pun nangis sama tak boleh dah cari makan nak buat box office ! Director umno/bn lagi 'terer' pukul habis semua director dengan konflik,misteri,khianat demi khianat dan belot terhadap sesama insan Islam ! Mereka ini lebih ganas ,zalim serta khianat dari zionist diisrael ! Jika mereka Islam sudah tentu mereka tak buat kerja ini !

Anonymous said...

ini semua hanya wujud di malaysia

Anonymous said...

yahudi asia mamainkan peranannya di malaysia... jaga jaga...