Saturday, November 28, 2009

Konspirasi Jatuhkan Tok Guru Berjalan Lancar



Banyak sangat kejadian pelik kebelakangan ini. Jika sehari dua tak baca akhbar atau melayarai internet nescaya kita akan ketinggalan berita dan maklumat sensasi yang berlegar di alam nyata dan maya. Walaupun berita ini melibatkan semua pihak tetapi kita lihat lebih banyak perhatian adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dalam gelora politik negara hari ini, kedudukan PAS adalah kritikal kepada survival UMNO dan juga PR.

UMNO memerlukan PAS untuk menjadi batu loncatan dalam usaha memulihkan kembali imejnya yang teruk tercalar hasil daripada perbuatan mereka sendiri. Mengikut kajian penganalisa politik tempatan dan para bloggers (termasuk pengakuan daripada pimpinan PAS sendiri) ada beberapa kerat pimpinan tertinggi parti yang termakan umpan dan pujuk rayu UMNO. Biar pun mereka tidak mengaku secara langsung penglibatan ini, tetapi tindak-tanduk dan percakapan mereka jelas mengambarkan sumbangan mereka kepada agenda pemulihan UMNO. Isu kerajaan perpaduan, survival Melayu-Islam, propaganda kebencian DAP terhadap Islam dan lain-lain lagi adalah antara pendekatan yang membawa keuntungan kepada UMNO dan dalam masa yang sama merugikan PR.

Antara pimpinan yang paling tegas menghalang UMNO daripada terus menerus memperkudakan beberapa kerat pimpinan PAS ini adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri. Beliau lantang di dalam menangani isu persepakatan politik dengan UMNO dan tidak berganjak walau seinci pun daripada sikap ini sehingga ke hari ini. Langkah tegas Tok Guru menyebabkan UMNO gagal mencapai hajat mereka ingin memusnahkan PAS. Anak Bapa yakin PAS akan musnah jika percaya dengan “keikhlasan” perpaduan tajaan UMNO kerana 3 perkara yang akan berlaku serta-merta. Pertama, orang-orang bukan Islam akan tinggalkan PAS secara berbondong-bondong, kedua, orang-orang Melayu termasuk pimpinan PAS akan berpecah dua, dan ketiga, majoriti orang-orang Melayu akan kembali menyokong UMNO kerana dasar Melayu-Islam lebih cocok dengan UMNO.

Jadi apa yang tinggal pada PAS? Perpecahan dan pergantungan mutlak kepada UMNO. Mungkin ada beberapa kerat pemimpin PAS yang menjadi menteri dan sebagainya atau mungkin Kelantan dan Terengganu dibenarkan melaksanakan hukum hudud. Tetapi semua ini hanyalah fenomena sementara yang akan berakhir secepat ia bermula. Pada penghujungnya PAS akan ditinggalkan seperti pengemis jalanan tanpa ada pembelaan daripada sesiapa.

Tok Guru nampak semua ini dan beliau berusaha keras untuk menghalang perkara ini daripada berlaku. Tok Guru tidak akan memarahi Ustaz Nasaruddin, Mustafa Ali dan Hasan Ali secara terbuka jika beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat dan betul tentang apa yang sedang berlaku. Ini sememangnya bukan ciri Tok Guru.

UMNO sedar bahawa selagi Tok Guru ada maka cita-cita mereka untuk memporak-perandakan PAS tidak akan berjaya. Maka usaha rapi dibuat untuk meminggirkan Tok Guru daripada PAS dan seterusnya daripada PR. Dan tidak ada jalan yang paling baik selain daripada “character assassination” ke atas batang tubuh Tok Guru dan mereka yang rapat dengan beliau kerana hanya cara ini saja akan mencemarkan status Tok guru sebagai ikon PAS. Adalah sesuatu yang “naïve” bagi ahli-ahli PAS dalam menyangka bahawa serangan ke atas Tok Guru adalah secara kebetulan sahaja. Ia memang terancang, dirancang oleh UMNO dan mungkin dengan kerjasama beberapa kerat pimpinan PAS yang memang cukup benci dengan Tok Guru.

Anak Bapa tidak berkata Tok Guru itu maksum. Beliau pun ada buat silap. Sebagai contoh kisah pelantikan menantu beliau bagi memegang jawatan CEO Permodalan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Anak Bapa tetap berpandangan ia tidak sesuai walaupun Ariffahmi layak. Ini lebih kepada tanggungjawap moral di dalam menjaga persepsi masyarakat bahawa kita bukan jenis jaga kroni. Begitu juga isu hadiah pakej pergi buat haji pun tetap Anak Bapa tidak bersetuju kerana pertama ia terlalu mewah dan kedua, walaupun pemberi hadiah berkenaan memang dermawan kepada Tok Guru sudah sekian lama tetapi beliau adalah penerima kontrak balak kerajaan negeri (mengikut makluman yang saya perolehi). Memang ada sedikit sebanyak kesilapan Tok Guru tetapi perkara ini diterima dengan baik oleh Tok Guru selepas teguran dibuat. Cuma Anak Bapa lebih suka pendekatan ayah-anak digunakan iaitu dengan memilih pendekatan penyelesaian secara dalaman kerana Tok Guru memang jenis yang “approachable” dan mudah dibawa berbincang. Kita merasakan serangan terbuka dan berterusan ke atas Tok Guru mempunyai agenda lebih besar, iaitu mencemar maruah beliau dan sekali gus meminggirkannya.

DAP dilihat lebih cerdik berpolitik apabila terus menyatakan sokongan bukan Islam kepada kepimpinan Tok Guru. Anak Bapa tak lihat sokongan serupa daripada PKR dan juga pimpinan PAS. Adakah “dosa” Tok Guru dah terlalu besar sehingga kita hilang pertimbangan dan percaya Tok Guru dah jadi liabiliti kini pada parti. Kenyataan Nik Mohd Amar (walaupun ada kebenarannya di ketika yang lain) dan Nik Abduh adalah tidak bersesuaian dalam keadaan serangan bertali arus ke atas ikon jamaah kita ini. Ketumpulan pandangan politik kita di dalam melihat “the big picture” agenda UMNO untuk memusnahkan PAS adalah sesuatu yang amat mendukacitakan Anak Bapa dan juga sebahagian besar ahli dan penyokong. Pimpinan PAS perlu meneropong jauh di dalam diri masing-masing dan melihat semula keutamaan dan gerak kerja kita. Langkah “fire fighting” atau ad-hoc ini tidak akan membantu PAS di dalam melonjakkannya jauh ke hadapan. PAS yang telah lama kerkecimpung di dalam arena politik negara dan merupakan parti komponen PR yang besar perlulah juga memiliki jiwa yang “equally as big”. Selagi kita tak memperkemaskan saf dan kepimpinan kita maka keupayaan untuk menyekat UMNO/BN dalam PRU ke 13 menjadi persoalan besar. Kajian Dr. Abu Hassan yang dibentangkan di Seminar Politik baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa persepsi masyarakat bahawa isu kepimpinan adalah isu besar yang melanda PAS. Persoalannya di mana kita bermula?

Anak Bapa: Islam yang kita bawa ini gagal mendidik pimpinan dan ahli daripada menjadi khairul ummah, di mana salahnya?

5 comments:

Anonymous said...

Ternyata sekarang, kebanyakan pemimpin2 PAS termasuklah diperingkat teratas juga masih mengamalkan politik pondok. Mereka nampaknya belum bersedia untuk pergi ke Putrajaya. Adalah memalukan bagi orang2 yang kononnya mengamalkan ajaran2 Islam tetapi hakikatnya masih menggalakan perbalahan sesama sendiri. Anak menantunya juga kononnya nak bela bapa, mengeluarkan kenyataan2 yang 'off beat' Itulah agaknya sebab yang PAS masih tercorot, sehinggalah PRU12. Mereka ini macamlah kaduk naik junjung. Baru dapat sedikit peluang sudah tunjuk perangai. Memalukan.

Anonymous said...

macam ni jelah. since ribut kat kelantan ini berlaku kerana gila kuasa dan perebutan jawatan dalam PAS, apa kata rakyat kelantan JATUHKAN saje kerajaan pas kelantan dalam PR13 nanti sebangai HUKUMAN, PENGAJARAN & PERINGATAN. senang cerita, sapa pun tak dapat jawatan. time tu bolehlah kita tengok siapa yg benar2 istiqamah dan siapa yg menyejar keduniaan.

memanglah ini kelihatan seperti membakar kelambu tetapi kadang-kali kelambu perlu dibakar agar semua nyamuk-nyamuk kerosakan ini bertempiaran lari

nik mohd zaini said...

Salam anak bapa. Kekadang kita terlalu banyak terpengaruh dengan sepak terajang parti lawan, sehinnga kita turut terpengaruh dengan dakyah mereka. Jangan jadi pak kadok, ayam menang, kampung tergadai... marilah kita bersama-sama mendoakan kerajaan rakyat akan terus berdiri dengan penuh keimanan. wassalam

Anonymous said...

Cam ner nak gegarkan kepala otak pemimpin atasan PAS ni?Kalu tak otak mereng maybe perut yg tamak bernafsu besar? Bawak le pikir jauh2 ke dasar sebelum membuat ape2 tindakan. Manakan mungkin UMNO itu tersangat inginkan PAS utk dibuat kawan? Apatah lagi duduk semeja memerintah negara? Itu cuma mimpi pemimpin2 PAS yg Gila namanya!!Yang sukses buat masa sekarang hanyalah penyokong2 PAS sudah berpecah dan kebingungan...Berhentilah menjadi pemimpin sekiranya 'sedar' bahawa apa yg kita usahakan sudah menjadi bala dan kucar kacir kepada org lain.

noname said...

he.. he.. kalau tok guru dah letak jawatan nanti, bolehlah Pas bergabung dengan UMNO..Jangan malu-malu plak..tak sabar aku nak tengok episod seterusnya..