Saturday, April 10, 2010

Kasihan Pak Pie ........

Orang tua-tua selalu berpesan, apabila nak buat sesuatu kepada orang lain bayangkan dulu jika benda yang serupa terkena pada batang hidung kita. Suka ke tak suka? Jika tak suka terjadi pada diri kita maka tentulah perkara yang serupa tak elok pada orang lain. Inilah apa yang dikeluhkan oleh Pak Pie Apdal hari ini seperti yang diceritakan oleh Malaysiakini:


“Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya."Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya.”


Anak Bapa tak nak katakan sahih ke tak sahih alasan tandas tu berkunci. Dahulu semasa UMNO memerintah Selangor, masjid dan surau pun sentiasa “terkunci”. Pak Pie dah minta ke cara rasmi nak guna dewan dan tandas. Kalau main suruh macam zaman UMNO berkuasa dulu, minta maaflah sebab itu bukan cara Pakatan Rakyat.

Anak Bapa pun Ahli Majlis di MBSA dan kita telah menetapkan polisi bahawa sesiapa saja termasuk mana-mana parti politik yang sah boleh menggunakan dewan dan segala kemudahan Majlis dengan syarat mereka mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk membayar sewa.

Dan sejak PR menang di Selangor kita dapat lihat UMNO bebas menyewa dewan-dewan MBSA untuk ceramah menghentam PR. Kita tak kisah mereka berbuat begitu kerana sememangnya mereka seteru politik PR. Harapan kita mereka akan juga menunjukkan keikhlasan dengan membenarkan kita menggunakan dewan-dewan majlis di negeri-negeri yang mereka perintah demi memperkasakan amalan demokrasi yang lebih sihat.

Tetapi malang seribu kali malang. UMNO tak pernah berubah. Jika dulu mereka hanya bagi baja kepada petani-petani yang menyokong BN di Kelantan dan membiarkan petani-petani lain menggunakan baja tahi kelawar, sekarang ini pun mereka masih mendiskriminasikan PR dalam pelbagai aspek. Sekolah-sekolah tidak dapat diziarahi oleh wakil-wakil rakyat PR, peruntukan untuk guru-guru KAFA dipotong, geran persekutuan untuk negeri-negeri bawah PR dilambat-lambatkan, peruntukan pembangunan untuk ahli-ahli parlimen hanya diberikan kepada ahli-ahli parlimen BN sahaja dan pelbagai jenis diskriminasi lagi.

Malah di”negeri” yang kita menang iaitu di Kuala Lumpur, ahli-ahli parlimen PR nak sewa dewan-dewan DBKL pun tak boleh. Kena guna pihak ketiga kalau nak guna juga. Ini yang diluahkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai di parlimen baru-baru ini.

Jadi Pak Pie tak usah dok merataplah. Sebenarnya BNlah makhluk yang paling bengis dan zalim kepada rakyat yang tidak menyokong mereka. Janganlah anggap PR ni macam BN kerana sememangnya kamitidak serupa.



Anak Bapa: UMNO dan BN ni memang jenis makhluk tak guna satu sen. Dalam dok hentam PR tu dia buat majlis politik dalam kawasan sekolah. Cuba bayang kalau PR buat majlis politik dalam kawasan sekolah.

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia diperintah oleh BN bukannya PKR ataupun PAS. Pemerintah berhak membuat majlis dimana saja lagipun depa bukanya berceramah sampai fitnah memfitnah orang seperti yg diamalkan oleh PKR dan PAS. Kalau tak percaya apabila ada ceramah PAS atau PKR pi tenggok, apa yg depa buat, ceramah atau memfitnah? pura-pura tak tau pulak......
UMNO itu ISLAM