Sunday, May 2, 2010

Apabila Katak Ditimpa Perasaan


Bila kita lihat gelagat kebanyakan ahli politik Malaysia serta merta tekak rasa mual dan loya. Mereka ini bukan saja tidak berprinsip, sanggup menjual maruah demi sesuap kelazatan dunia, tetapi dalam masa yang sama “publicity-crazy” yakni gilakan publisiti atau populariti.

Bayangkan si Raja Katak ini, dahlah pergi parlimen ‘tumpang’ kereta orang lain, apabila sampai kencingkan pula tuan kereta. Sebelum menang merayu mengemis dengan Tok Guru nak jadi calon Pasir Mas atas tiket PAS, bila menang isytihar ahli parlimen bebas, bebas menghentam siapa saja.

Apabila usaha nak masuk UMNO tidak berjaya, tubuh persatuan sendiri, PERKASA (Persatuan Katak-Katak Se Malaysia) kerana nak jadi wira mempertahankan hak orang Melayu yang kononnya teruk terhakis kerana kegagalan UMNO.

Raja Katak ini bukan saja gilakan publisiti tetapi dah sasau ke peringkat yang agak kronik. Meracau-racau setiap hari kononnya dia saja yang mengambil berat tentang ‘masa depan’ orang Melayu.

Kenyataannya sarat dengan unsur perkauman dan feudalistik. Acapkali apa saja isu yang timbul, si Brahim ini akan mengulas dari perspektif ketuanan Melayu dan betapa kurang ajar bangsa ‘asing’ yang ada di negara ini. Pendekata, dia telah menobatkan dirinya secara unilateral daripada seorang yang rasional menjadi seorang rasis yang bebal.

Dalam Islam, orang-orang yang sewaktu dengan Brahim ini tidak ada tempat di dalam hieraki kepimpinan apa jua peringkat sekali pun kerana Islam tidak akan mengizinkan walau secubit pun unsur perkauman dan ketaatan berasaskan bangsa dan puak mencemari jiwa umatnya.

Anak Bapa cadangkan kalau si Raja Katak ini merasa hebat sangat, tolong letak jawatan ahli parlimen yang pakai tiket orang tu dan bertanding semula. Lepas tu nak berkokok apa pun lantak engkaulah. (Nanti dia akan jawab kalau letak jawatan tak boleh bertanding semula!)


Anak Bapa: Sejak bila Brahim ini dilantik mewakili rakyat Kelantan? Dan bila pula Tok Guru derhaka kepada Sultan Selangor? Taat kepada Allah itu mutlak sementara taat kepada makhluk termasuk Sultan adalah bersyarat. Benda-benda macam ini Brahim kena mengajilah!

2 comments:

IbnAbdHalim said...

Salam Anak Bapa,

Dia ni bukan tak ngaji tapi masa ngaji dulu kuat ponteng. Abis tu yang mana yang pure-pure punyer dia tak dapat. Dia dapat apa yang tak leh pakai. Al-maklumklah dia tu bukan rajin sangat belajor. Abis tu habis semua tunggul disangkanya hantu.

Bab letak jawatan jangan sebut. Sensitif. Kalau dah letak misslah syoru. Hidup ni hanya sekali melainkan kucing yang konon ada sembilan nyawa. Kalau manganut agama Hindupun adalah peluang inkarnasi. Sebut pasal inkarnasi, mungkin si Brahim ni in his next life will be a froggie? Tapi aku tak caya benda-benda camni.

mohd salleh said...

hari ibrahim alkataki akan melebarkan sayapnya ke Kulai, johor kononnya buka cawangan baru. brahim ..brahim