Friday, September 28, 2007

Satu Untuk Aku, Satu Untuk Engkau .....

Kemelut yang melanda negara akhir-akhir ini membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berada di dalam benak fikiran pemimpin-pemimpin negara.

Selepas mereka mewarisi legasi rasuah dan korupsi bernilai ribuan juta ringgit banyaknya sejak zaman berzaman lagi, mereka tidak serik untuk terus melakukannya malah dengan angka yang lebih besar! Jikalau di zaman Tun Mahathir kita biasa mendengar skandal rasuah me
libatkan jumlah jutaan atau puluhan juta ringgit, kini kita sudah mula berjinak dengan angka rasuah ratusan malah ribuan juta ringgit pula. Jikalau dulu kaum keluarga pemimpin buat “bisnes” cara diam-diam, kini mereka begitu berani isytihar secara terang-terangan. Saya tertarik dengan komen Tunku Aziz Ibrahim, Presiden Integrity Institute of Malaysia semalam apabila membicarakan tentang isu rasuah di Malaysia. Kata beliau, “….. jika dulu apabila kita membicarakan rasuah, kita akan merujuk kepada Filipina dan Indonesia sebagai contoh bentuk rasuah yang telah berakar umbi (systemic corruption). Tetapi kini Malaysia pun dah setanding dengan mereka di dalam aspek rasuah tegar dan kita boleh menang tanpa perlu susah payah bersaing …..”. Skandal pembelian kapal selam Scopene, pesawat pejuang Sukhoi, projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFTZ), dan sebagainya mengesahkan pandangan beliau dan juga pandangan kita betapa berleluasanya budaya rasuah di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Saya berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin BN ini tidak mungkin berjaya melakukan kerja-kerja terkutuk ini berseorangan. Mereka memerlukan teman seperjuangan (accomplice) atau kroni untuk menjayakan agenda mereka. Malah mengikut pengamatan saya, berani saya katakan bahawa di peringkat sesama parti komponen pun mereka dah mengatur “harta rampasan” masing-masing. Ini penting supaya semua dapat habuan masing-masing dan jikalau berlaku apa-apa skandal maka mereka akan “cover” satu sama lain. Itu sebab kenapa apabila ada pertuduhan ke atas mana-mana pemimpin BN, maka pemimpin BN dari parti komponen yang lain akan cepat-cepat melindunginya atau menutup mulut masing-masing. Dan jika ada pemimpin bawahan yang cuba mengungkit-ungkit tentang mana-mana skandal yang melibatkan pemimpin atasan mereka, maka dengan sepantas kilat dia akan “didiamkan”. Tengok saja kes Samy Vellu berhubung projek MRR2 dan siling bocor. Membisu seribu bahasa pemimpin BN lain walaupun kes ini cukup terang dan nyata. Dan tentang isu PKFTZ ini pun semuanya senyap sunyi kecuali sedikit ngomelan daripada Shahril Samad. Saya yakin dia pun akan “didiamkan” tidak lama lagi. Perkongsian sulit atau kolusi (collution) pemerintah hari ini tidak terhad sesama parti komponen BN tetapi lebih serius lagi, juga melibatkan pegawai kerajaan dan golongan korporat.

Apabila skandal Lingamgate (yakni pendedahan pita video VK Lingam) terburai di hadapan mata rakyat, kecurigaan kita selama ini berhubung kolusi antara pemimpin BN, pegawai kerajaan da
n golongan korporat bertukar menjadi kenyataan. Kita memang dah bertahun mengesyaki bahawa pemimpin BN sentiasa bekerjasama dan lindung melindungi sesama mereka di dalam melakukan kerja-kerja kotor ini. Pihak korporat akan membuat cadangan projek-projek mega atau tawaran bisnes (business deal) yang menarik dengan janji “bahagian” yang lumayan kepada pemimpin BN dan pegawai-pegawai kerajaan bagi meluluskannya. Di dalam proses perlaksanaan projek atau “business deal” tersebut, acapkali akan berlaku pertembungan atau perlanggaran peraturan atau undang-undang (kerja-kerja jahat memang tak mengikut peraturan pun!). Apabila keadaan ini timbul, maka pihak keselamatan, peguam negara dan hakim akan dikerah untuk mempastikan semua berjalan lancar (demi untuk negara!). Lihat saja isu Air Molek, perbicaraan Anwar, skandal Zakaria Deros dan banyak lagi skandal-skandal lain. Itu sebab mengapa pemimpin yang ada akan sentiasa mempastikan pegawai-pegawai kerajaan dan kehakiman terdiri daripada balaci-balaci mereka. Dan memang tidak memeranjatkan apabila Lingam, selaku orang kanan Vincent Tan (korporat) bersekongkol dengan Tengku Adnan (pemimpin BN) dalam menyusun hakin-hakim “mereka” di peringkat tertinggi manakala hakim-hakim yang tidak rela “dilacurkan” oleh UMNO akan diketepikan.

Saya bersetuju dengan Majlis Peguam bahawa klip video ini merupakan bukti “smoking gun” betapa anggapan kita selama ni berhubung kehancuran sistem kehakiman negara yan
g bermula sejak pemecatan Tun Salleh Abas benar-benar berlaku dan akan terus membarah jikalau sesuatu tindakan yang drastik tidak diambil. Sebarang usaha “melepas batuk di tangga” (seperti alasan dangkal dan tidak berotak Nazri Aziz) tidak akan mampu menyekat kehancurannya dan saya secara peribadi berkeyakinan hanya dengan menghancurkan UMNO/BN saja baru kita akan dapat melaksanakan pembaharuan di negara kita ini. Ini pandangan saya sejak tamat belajar pada tahun 1984 dan akan terus menjadi pandangan saya sampai bila-bila.

Anak Bapa: Perumpamaan orang yang nak baiki UMNO ni macam cerita nak baiki kereta buruk yang dah berkarat. Kalau disental sekuat mana pun kereta tu tak akan berkilat malah silap-silap berderai hancur karat besi. Kalau nak diketuk atau tampal badan kereta dengan besi baru pun rasanya tak mungkin berjaya kerana tak tertampung oleh karat. Jadi pilihan yang ada ialah samada jual kat besi buruk RM1.20 sekilo atau tolak ke dalam laut buat tukun ikan!

2 comments:

Anonymous said...

perkara mcm ni aku rasa selain drpd aku mungkin ramai dah boleh jangka situasinya...

cuma kesian org2 kat kg je...mereka tu baca utusan , berita harian dan tv3...memang kena tipu hidup2 tiap2 hari...

kalau ada yg sedar tu alhamdulillah tapi yg tidak tu kadang nak marah pun tak guna sbb maklumat yg tepat telah diterhadkan UMNO.

Anonymous said...

UMNO memang sedar hakikat ini. Itu sebab kenapa mereka dan rakan-rakan mereka memonopoli hampir seluruh media masa negara. Mereka lebih suka kalau rakyat sentiasa diperbodohkan supaya senang dicucuk hidung atau disajikan dengan hiburan yang melampau-lampau supaya rakyat lalai dan alpa.

Tugas kita menyedarkan rakyat dengan apa cara sekali pun. UMNO/BN perlu disingkirkan SEGERA untuk keselamatan semua!!!