Wednesday, November 28, 2007

Kaum India Mesti Menolak Barisan Nasional

Penderitaan dan kemelaratan kaum India di negara ini bukanlah cerita baru. Seringkali terpapar kisah hidup mereka yang menyayat hati di dada-dada akhbar atau kaca tv. Jika dibuat perbandingan antara 3 bangsa utama Malaysia, saya yakin dan pasti bahawa masyarakat India berada di tempat terakhir di dalam aspek kemiskinan dan kepapaan.

Walaupun kita boleh menerima hakikat bahawa punca utama fenomena ini ialah kerana faktor sejarah di mana mereka pada asalnya dibawa ke Malaysia sebelum merdeka untuk bekerja sebagai buruh kasar di ladang-ladang getah kepunyaan British, namun selepas 50 tahun merdeka dan bertukar beberapa generasi, taraf kehidupan sebegini adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima. Apatah lagi keadaan ini berlaku di negara yang kononnya akan mencapai status negara maju beberapa tahun lagi dan kini sudah pun bergelar “Negara Angka Sawan”.

Jika dilawati ladang-ladang getah dan sawit di seluruh negara nescaya kita akan dapati kedaifan hidup majoriti kaum India amat ketara sekali. Saya masih ingat ketika berkempen di pilihanraya kecil Ijok tidak lama dulu, bagaimana tersentuh perasaan apabila membuat tinjauan ke estet-estet untuk mendapatkan sokongan orang-orang India. Walaupun Ijok boleh dianggap sebagai kawasan semi bandar kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan Lembah Kelang, namun kehidupan masyarakat India di tempat berkenaan kebanyakannya tak ubah seperti hamba abdi, hidup tanpa keperluan asas yang mencukupi. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila pendidikan anak-anak mereka pun terpaksa diabaikan dan dikorbankan demi menampung kehidupan seharian. Adalah sesuatu yang biasa bagi kanak-kanak India di estet-estet untuk bekerja sejak kecil bagi membantu ibubapa mereka mencari sesuap nasi walaupun mereka sepatutnya berada di sekolah. Anda mungkin menganggap saya suka menokok tambah cerita tentang penderitaan kaum India ini. Tetapi inilah hakikatnya dan anda semua dijemput untuk melihat sendiri keadaan mereka bila-bila masa.

Selain daripada faktor sejarah, satu lagi sebab utama kenapa kaum India begitu terpinggir ialah sikap pemimpin politik mereka dan juga kaum India sendiri. Sejak pilihanraya umum pertama lagi kita melihat sokongan padu masyarakat India kepada Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) melalui MIC (Malaysian Indian Congress). Fenomena ini berterusan sehingga hari ini. Beberapa hari lepas, satu bancian yang dibuat oleh sebuah badan bebas, Merdeka Center, mendapati kaum India masih memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN iaitu melebihi 65%. Angka ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun, beberapa bancian serupa yang dibuat juga mendapati angka yang hampir sama.

Jika kita menyorot kembali sejarah pilihanraya negara, kita akan dapati kaum Melayu dan Cina pernah beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka melalui kotak undi dengan menyokong parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya. Ini berlaku pada pilihanraya umum (PRU) antaranya PRU 1963 (yang membawa kepada peristiwa 13 Mei), 1990 dan 1999. Malah kita semua masih ingat lagi bagaimana kaum Cina dan Melayu mengalih sokongan kepada pembangkang di dalam pilihanraya kecil Lunas dan juga Ijok. Tetapi sesuatu yang pasti, kaum India, jarang atau mungkin tidak pernah membuat protes serupa di dalam mana-mana pilihanraya di dalam angka yang ketara. Pendek kata, MIC telah berjaya mengikat majoriti orang-orang India supaya setia sepenuhnya kepada BN, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Jika orang Melayu mempunyai pilihan selain daripada UMNO dengan menyokong PAS atau PKR, sementara orang Cina boleh memilih antara MCA atau DAP, tetapi orang India tidak mempunyai opsyen kerana selain daripada MIC, parti mereka yang lain yakni IPF dan PPP juga merupakan rakan BN. Malah parti mereka yang baru, Malaysian United Indian Party (MUIP) anjuran Datuk Nalla pun telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan BN. Jadi apa pilihan yang ada kepada orang-orang India? Kaum India telah melihat bagaimana kesetiaan mereka selama 50 tahun “dibalas” oleh BN dan MIC dengan lebih banyak penderitaan dan kepayahan hidup. Wang ringgit mereka telah dipunahkan oleh Samy Vellu dan kuncunya melalui Maika Holdings, dan MIC pula ditadbir macam kumpulan gangster. Apa yang pasti, masyarakat India makin hari makin hanyut dengan pelbagai masaalah terutama kemiskinan dan jenayah dan kini mula menjadi beban kepada kaum lain, sementara pimpinan MIC, sepertimana pimpinan BN lain, terus sibuk bercakap dan membuat janji kosong.

Jadi saya tidak merasa pelik apabila perhimpunan anjuran HINDRAF (Hindu Rights Action Force) berjaya mengadakan perhimpunan kaum India besar-besaran baru-baru ini di Kuala Lumpur walaupun setelah diugut oleh UMNO, pihak keselamatan dan juga pimpinan MIC sendiri. Tidak kiralah apa jua isu yang dibawa oleh mereka, tetapi apa yang jelas ialah kekecewaan masyarakat India terhadap pimpinan mereka di dalam BN sudah tidak dapat dibendung lagi. Mereka sudah rela berpatah arang dan bersedia menerima apa jua padahnya dengan menghadiri perhimpunan baru-baru ini. Sikap kerajaan BN, sebagaimana jua yang mereka tunjukkan ketika rakyat mengadakan perhimpuan BERSIH, adalah dijangkakan. Mereka tidak boleh menerima rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan dan protes. Perhimpunan HINDRAF telah ditohmah dan diganggu gugat dengan pelbagai cara, malah ramai yang ditahan dan diperlakukan dengan kasar. Dan apa yang dibuat oleh pemimpin MIC?

Kita mungkin tidak dapat menerima beberapa aspek berhubung HINDRAF dan tuntutan mereka tetapi hak mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi perlulah kita hormati. Malah saya ingin mengucapkan syabas kepada pimpinan HINDRAF kerana berjaya melepasi hadangan psikologi penentangan mereka terhadap BN. Cuma saya ingin mengingatkan HINDRAF bahawa perjuangan mereka jikalau setakat protes jalanan semata tidaklah mencukupi. Kalau HINDRAF dan kaum India benar-benar serius untuk melihat sebarang perubahan kepada keadaan hidup mereka, SATU-SATU jalan yang ada bagi mereka ialah dengan beramai-ramai menyokong pembangkang pada pilihanraya umum akan datang. Kaum India sudah 50 tahun setia menyokong BN dan lihat apa yang anda dapat. Sudah tiba masanya menukar kesetiaan kepada parti lain demi perubahan dan kegemilangan semua kaum. Kaum Melayu dan Cina sudah bersedia untuk perubahan ini. Bagaimana pula dengan kaum India dan HINDRAF?

Anak Bapa: HINDRAF kena pastikan orang-orang India jangan tertipu dengan janji manis dan rasuah pilihanraya oleh pimpinan BN dan MIC. Saya perhatikan di waktu pilihanraya, pimpinan BN akan menabur bermacam-macam benda di estet-estet termasuk bertong-tong arak untuk mengelabui mata pengundi India. Tetapi sebaik saja mereka menang, pengundi-pengundi ini akan ditinggalkan begitu saja dan mereka akan datang pula dengan janji dan “hadiah” yang serupa di dalam pilihanraya akan datang. Jadi pastikan kita tidak tertipu lagi …….

26 comments:

Anonymous said...

Macamlah bangsa lain tak ada yang melarat..

Pergilah ke India, di sana mereka lebih melarat dari di sini !!!

Sepatutnya melayu dah lama malu kerana tidak berjaya mengatasi ananda krisnan di buminya sendiri.

Apakhkah orang melayu boleh menjadi ananda krisna sekirannya mereka berada di India, atau adakah bapa anak berbangsa India yang mahu memperjuangkan nasib orang melayu di sana???

Teruslah berjuang ..dan berdemo sehingga berlaku apa yang berlaku di negara yang sentiasa berdemo atas dasar kekebasan !!!

Pastikan menifesto BA menjamin kebebeas berhimpun secara aman di mana mana dan bila bila masa tanpa sebarang sekatan !!!

Anak Bapa said...

Itulah sebabnya kenapa Islam melarang keras sifat perkauman. Islam mengajar kita supaya mengambil berat golongan miskin dan daif tidak kira samada mereka Islam atau bukan Islam. Hanya kerana beberapa orang kaum India kaya tidak bermakna kita mengabaikan orang India yang miskin. Begitu juga kepada orang Melayu atau Cina. Mereka perlu dibantu oleh kerajaan.

Masaalah kita ialah kita melihat semua benda dengan kebendaan...sampai isu kemudahan asas kehidupan rakyat pun kita nak lihat dari aspek perkauman. Inilah produk UMNO dan BN selepas 50 tahun merdeka. Otak kelas ketiga sama naik dengan negara Afrika.

Anonymous said...

Anak Bapa,

Syabas!!

Anonymous said...

orang india mesti mengubah sikap dan tabiat buruk mereka sebelum mereka boleh merubah taraf kehidupan mereka. lihatlah orang cina dan orang melayu. mereka boleh merubah kehidupan mereka kerana sikap mereka yang nyata amat berbeza denga orang india. menyalahkan orang lain amat mudah tetapi tidak akan mengubah taraf hidup mereka.tanya diri sendiri...apakah sikap dan tabiat burok sendiri???

Anonymous said...

Anak Bapa, syabas on your article. A very good read.

Anonymous said...

Macam mana nak ubah taraf hidup mereka jika tidak diberi opportunity untuk mengubah taraf hidup? nak masuk university pun ada quota.

Victor Tan said...

I found this from another blog..not my writing..

Dato',

Memang dari segi undang-undang dan persefahaman antara kaum yang sedia terjalin...demontrasi jalanan…walau dianjur oleh siapa sekalipun memang tidak di wajar.

Tetapi, Dato, Kalau 13Mei adalah akibat luahan kemarahan orang Melayu yang rasa terpinggir...kenapakah orang ramai...khasnya..pemimpin politik melayu...tidak melihat tindakan Hindref sebagai suatu 'luahan perasaan' orang India yang merasakan mereka tidak diberi perhatian yang serious di negara ini...Malaysia.

Kemiskinan perlu dibasmi tanpa mengira kaum....itulah salah satu matlamat DEB....tetapi apakah ianya dipraktik dalam kes orang India....orang India dibiarkan tanpa apa-apa tindakan afirmatif dari pihak kerajaan.....Saya mengakui memang kerajaan tidak menyekat kemajuan....tetapi membiarkan orang India yang miskin dan daif....mengalami..dan mengharapkan.. perubahan menurut ARUS adalah salah pihak kerajaan juga.

Apakah yang dilakukan secara DIRECT untuk membantu orang India di estet dan setinggan? Untuk makluman Dato' Pekerja-pekerja Estate (termasuk melayu), menerima gaji dalam purata RM350 (pendapatan dibawah paras kemiskinan)....dan yang malangnya di hujung tahun syarikat-syarikat (HAmpir kesemuanya milik orang melayu, spt. PNB, GUTRIE, Sime Darby etc) yang memiliki ladang-ladang ini mendabik dada membentangkan akaun keuntungan masing-masing.

Salah ke...or berdosa ka...sekiranya sesuatu dilakukan untuk orang India...tanpa membiarkan mereka membangun mengikut arus?

Kalau orang Melayu disediakan dengan MARA, UDA...dan mcm-mcm agensi-lain...kenapa tidak untuk orang India (saya tidak meminta hak sama rata…hanya meminta hak yang sepatutnya)...kan membasmi kemiskinan itu ..'tanpa mengira kaum'!!!

Cuba berfikir sejenak dan Berempati...(tak perlu simpati)...try to put yourself in others shoe...feel the pain)...

Seorang pengedar suratkhabar berketurunan India yang bertungkus lumus siang dan malam, hujan dan panas...yang berkeinginan membeli sebuah rumah teres...RM200,000, terpaksa membeli dengan harga tersebut. Pada hal seorang pensyarah kanan di IPTA….sudahlah kerajaan menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menanggung kos pangajiannya di luar Negara (dengan menggunakan wang rakyat)…kali ini disajikan lagi makanan dalam ‘silver plate’ dengan dengan memberi diskaun 10% untuk membeli rumah teres RM200.000 dengan harga RM180,000)

Fikir, fikir, fikir…bagaimana perasaan bukan melayu dalam hal ini bila seseorang kawan mereka…katakan dari sekolah yang sama…keadaan hidup yang sama…keputusan peperiksaan yang hampir sama…..tetapi di penghujungnya…kawan melayu dianugerah dua kali (jangan silap….saya bukan menidakan hak istimewa…but hanya meminta…bagi lah hak yang sepatutnya kepada yang memerlukannya), hanya kerana ianya Tanah Melayu. Tak rasa bersalah ke? Tak berdosa?.

So , saya dapat memberi banyak contoh-contoh lain….contoh yang amat jelas ialah…tengoklah Putrajaya (Lambang kemegahan pusat pemerintahan negara)… …kakitangan awam di Putrajaya…dan kediaman mereka….rata-rata hampir kesemuanya dari satu kaum…seolah-olah …ia seperti…kampong penumpuan sesuatu kaum tertentu.


Dato’…apa yang terjadi pada 25th Nov ialah ‘cetusan hati’ golongan masyarakat yang merasakan mereka dibiarkan meraung kesakitan tanpa dipedulikan oleh mereka yang sepatutnya.

Yang perlu dilakukan sekarang ialah merawat dan mengubatinya……bukan berfikir bagaimana untuk menghukum dengan ISA atau lain-lain cara hukuman).

PM dan TPM kita adalah milik semua kaum di Malaysia……buktikannya dengan cari penawar untuk penyakit masyarakat …kemiskinan dan ketidakadilan yang melanda baik orang India di Estate/setinggan mahupun golongan miskin Melayu di kampung/setinggan dan golongan miskin Cina di Kampung-kampung baru.

Jom kita mencipta Syurga di Malaysia…Malaysiaku syurgaku!!

sekian,

Dengan ikhlas,
Sures

Anonymous said...

Pasal apa kena balik india ini negara saya...datuk-datuk dan nenek-nenek saya turut membangunkan negara ini.

ananda krishnan orang ceylon...tak akan kata mereka orang india....tak sedikit pun membantu orang india....doktor , peguam engineer dan profesional lain semua orang ceylon ...hanya sedikit sahaja orang india tamil...ini fakta.....orang ceylon anggap diri mereka lebih baik dan pandang rendah pada orang india ....ini juga fakta.

ini detik permulaan civil rights movement di malaysia....

Anonymous said...

Kawan kawan sekalian, apa beza melayu, cina, india dan lain lain. beza agama, warna kulit sahaja tetapi akhirnya manusia juga. Kalau berlaku perang di negara ini (contoh) Semua sekali akan bergabung dan lawan balik macam dengan jepun.Saya orang india (lahir di malaysia) , datuk saya yang merupakan pendatang ke negara ini sebelum jepun .Masa jepun menyerang estet di negeri sembilan untuk membunuh orang melayu dan cina dan india datuk saya lawan balik dengan menyorok semua melayu dan cina di rumahnya, selepas beberapa bulan dia ditangkap dan dimasukan penjara jepun di singapura selama setahun. kuku di keluarkan , gigi pecah didera sampai hampir mati. hanya dibebaskan selepas british balik . bapa saya menyatakan masa dia balik satu kampung datang jumpa dia untuk berterima kasih . saya masih ingat bila tanya datuk saya adakah dia akan ulangi semua . dia jawab "ya" kerana inilah tanahnya dia akan mati . tak kira bangsa atau agama , negara malaya tetap melaya darah yang tumpah untuk mempertahankan negara masih warna merah.!!! kawan kawan sekalian saya orang india walaupun ditindas oleh kerajaan BN saya masih seperti datuk saya akan tetap berjuang untuk tanah suci ini iaitu negara saya MALAYSIA . "saya bangsa malaysia" Saya orang Malaysia , india , ceylon

Anonymous said...

Kenapa kita perlu balik ke india, padahal ini adalah negara kita juga, bukannya negara melayu seperti yang dikata-katakan. Orang melayu juga adalah kebanyakannya pendatang dari indonesia. jagi orang melayu juga kena balik indonesia!

Anonymous said...

Hey Anonymous November 28, 2007 11:51 AM, Hang ni bodoh sangat la! All the Rich Malaysian Indian such as Ananda Krishnan, Tony Frenandez and others became rich due to their business outside malaysia. NONE of them would have been what they are today if they just sat and started their biz in msia!

They have come back to Msia to help the malaysian including the race that has been getting help from the Govt for 50 years(i guess they are so dumb that they need more time).

So dont think its because of msia these pple are rich.

Anak Bapa said...

Sebenarnya kita selama ni telah ditipu oleh UMNO dan BN. Mereka bukan memperjuangkan Melayu atau Bumiputra tetapi UMNOputra dan MIC pula MICputra dan MCA dengan MCAputra. Individu sperti Ananda Krishnan, Vincent Tan, Halim Saad, Ting Pek King dll adalah hasil daripada kerjasama UMNO, MIC dan MCA. Rakyat daripada semua peringkat tak kira Melayu , India atau Cina yang tidak menyokong BN tetap menjadi victim keganasan BN. Tengok saja Kelantan, walaupun diperintah oleh PAS yang majoritinya Melayu, BN melalui UMNO terus mengenakan pelbagai sekatan dan halangan supaya kerajaan PAS tumbang. Tapi peliknya di Pulau Pinang orang Melayu punah ranah sedangkan UMNO buat dunno aje.

Percayalah cakap saya jika kita terikut-ikut dengan cara UMNO memainkan isu perkauman nescaya kita semua akan berpecah belah dan BN akan menang lagi. Kita perlu bersatu menolak BN di dalam pilihanraya umum kali ini. Kemudian baru boleh kita bina Malaysia baru yang lebih gemilang....

Kean said...

Indian was not the only one being marginalize in Malaysia. The Chinese, Kadazan, Iban, Malanau, Orang Asli and even The Malay themselves were being marginalize by UMNO/BN. I'm a Chinese yet what I going to said is not a racist stuff yet something which how we Chinese manage to survive.

If you think that the government is helping us, you are dead wrong. Why is our Chinese primary school is so big and some of them were even bigger then the Sekolah Kebangsaan? It was from our donation money. We work like mad to get those money. The government nor the MCA didn't even give us a penny on it. We work like mad to built those school and make them bigger because we believe that good education will bring future to our children. We even hire good teachers from China to teach our student where as the school is paying them (donation money), NOT THE GOVERNMENT.

When our children want to further their studies, do you think UM, UPM or MARA will accept us? Hell not with their stupid quota!! So what do we do? Again we work like mad, borrow money from bank and some even dare to borrow from Ah Long to send our children on board to further their studies. Some might asked why you want to waste those money sending your kids outstation? If you look at the recent world ranking about our local university, you will know why we Chinese send our children away. You think the Government is sincere in running those local university? Lol, the ranking and the current unemployment rate show a good example of those so call UMNO's University.

Back to basic, where do we find the money? Work from the bottom, don't complaint much, be hardworking, and keep in your mind that the government and MCA DID NOT HELP US IN SETTING UP OUR CAREER. We have to learn them ourself, we are not born to be a business man. We are just like everyone, we are NOT special. People keep complaining that we Chinese is damn rich but do we steal from you? Do we force you to buy our products? Do we force you to make business with us? No cause we do it sincerely and we earn those money with our own hand.

So what is the moral of this story? 3 main point!

EDUCATION is damn important! Even you have no money to eat, you MUST make sure your children go to school!! Education is their future, you screw them up and your child future is gone!

UNITY! Even you see we Chinese support different parties like MCA, Gerakan or DAP, we are united under 1 topic, EDUCATION! When ever UMNO try to disturb our Primary School, we will stand unite to fight for it even tough we are from different parties! This is why they fail to touch our school even they have try for so many years!

And last one is ATTITUDE!! No money to eat? If you have money to smoke, drink 'Samsu' or even for gambling, you still dare to said you don't have money to eat?? Change your attitude first before you complain about your life. Salary too low? Go get other jobs. There are lots of jobs out there looking for people at school leaver like McDonalds, KFC, stores at shopping complex and many more. Too old for those kind of jobs? Then I really got nothing else to said since you don't have to guts to chance your destiny.

Life still MUST GO on even you have been marginalize. We Chinese have learn from it. We teach all our children that the government won't help us, work = money and education = future (good career). No work = no money and no education = no future. A simple yet powerful thoughts that keep we Chinese moving in this country.

Hope these tips will help.

human book said...

List of racial discriminations in Malaysia, practiced by government as well as government agencies. This list is an open secret. Best verified by government itself because it got the statistics.

This list is not in the order of importance, that means the first one on the list is not the most important and the last one on the list does not mean least important.

This list is a common knowledge to a lot of Malaysians, especially those non-malays (Chinese, Ibans, Kadazans, Orang Asli, Tamils, etc) who were being racially discriminated.

Figures in this list are estimates only and please take it as a guide only. Government of Malaysia has the most correct figures. Is government of Malaysia too ashamed to publish their racist acts by publishing racial statistics?

This list cover a period of about 50 years since independence (1957).

List of racial discriminations (Malaysia):

(1) Out of all the 5 major banks, only one bank is multi-racial, the rest are controlled by malays

(2) 99% of Petronas directors are malays

(3) 3% of Petronas employees are Chinese

(4) 99% of 2000 Petronas gasoline stations are owned by malays

(5) 100% all contractors working under Petronas projects must be bumis status

(6) 0% of non-malay staffs is legally required in malay companies. But there must be 30% malay staffs in Chinese companies

(7) 5% of all new intake for government army, nurses, polices, is non-malays

(8) 2% is the present Chinese staff in Royal Malaysian Air Force (RMAF), drop from 40% in 1960

(9) 2% is the percentage of non-malay government servants in Putrajaya. But malays make up 98%

(10) 7% is the percentage of Chinese government servants in the whole government (in 2004), drop from 30% in 1960

(11) 95% of government contracts are given to malays

(12) 100% all business licensees are controlled by malay government e.g. Approved Permits, Taxi Permits, etc

(13) 80% of the Chinese rice millers in Kedah had to be sold to malay controlled Bernas in 1980s. Otherwise, life is make difficult for Chinese rice millers

(14) 100 big companies set up, managed and owned by Chinese Malaysians were taken over by government, and later managed by malays since 1970s e.g. MISC, UMBC, UTC, etc

(15) At least 10 Chinese owned bus companies (throughout Malaysia, throughout 40 years) had to be sold to MARA or other malay transport companies due to rejection by malay authority to Chinese application for bus routes and rejection for their application for new buses

(16) 2 Chinese taxi drivers were barred from driving in Johor Larkin bus station. There are about 30 taxi drivers and 3 are Chinese in October 2004. Spoiling taxi club properties was the reason given

(17) 0 non-malays are allowed to get shop lots in the new Muar bus station (November 2004)

(18) 8000 billion ringgit is the total amount the government channeled to malay pockets through ASB, ASN, MARA, privatisation of government agencies, Tabung Haji etc, through NEP over 34 years period

(19) 48 Chinese primary schools closed down since 1968 - 2000

(20) 144 Indian primary schools closed down since 1968 - 2000

(21) 2637 malay primary schools built since 1968 - 2000

(22) 2.5% is government budget for Chinese primary schools. Indian schools got only 1%, malay schools got 96.5%

(23) While a Chinese parent with RM1000 salary (monthly) cannot get school-text-book-loan, a malay parent with RM2000 salary is eligible

(24) 10 all public universities vice chancellors are malays

(25) 5% - the government universities lecturers of non-malay origins had been reduced from about 70% in 1965 to only 5% in 2004

(26) Only 5% is given to non-malays for government scholarships over 40 years

(27) 0 Chinese or Indians were sent to Japan and Korea under "Look East Policy"

(28) 128 STPM Chinese top students could not get into the course that they aspired e.g. Medicine (in 2004)

(29) 10% place for non-bumi students for MARA science schools beginning from year 2003, but only 7% are filled. Before that it was 100% malays

(30) 50 cases whereby Chinese and Indian Malaysians, are beaten up in the National Service program in 2003

(31) 25% is Malaysian Chinese population in 2004, drop from 45% in 1957

(32) 7% is the present Malaysian Indians population (2004), a drop from 12% in 1957

(33) 2 million Chinese Malaysians had emigrated to overseas since 40 years ago

(34) 0.5 million Indian Malaysians had emigrated to overseas

(35) 3 million Indonesians had migrated into Malaysia and became Malaysian citizens with bumis status

(36) 600000 are the Chinese and Indian Malaysians with red IC and were rejected repeatedly when applying for citizenship for 40 years. Perhaps 60% of them had already passed away due to old age. This shows racism of how easily Indonesians got their citizenship compare with the Chinese and Indians

(37) 5% - 15% discount for a malay to buy a house, regardless whether the malay is poor or rich

(38) 2% is what Chinese new villages get compare with 98% of what malay villages got for rural development budget

(39) 50 road names (at least) had been changed from Chinese names to other names

(40) 1 Dewan Gan Boon Leong (in Malacca) was altered to other name (e.g. Dewan Serbaguna or sort) when it was being officially used for a few days. Government try to shun Chinese names. This racism happened in around year 2000 or sort

(41) 0 churches/temples were built for each housing estate. But every housing estate got at least one mosque/surau built

(42) 3000 mosques/surau were built in all housing estates throughout Malaysia since 1970. No churches, no temples are required to be built in housing estates

(43) 1 Catholic church in Shah Alam took 20 years to apply to be constructed. But told by malay authority that it must look like a factory and not look like a church. Still not yet approved in 2004

(44) 1 publishing of Bible in Iban language banned (in 2002)

(45) 0 of the government TV stations (RTM1, RTM2, TV3) are directors of non-malay origins

(46) 30 government produced TV dramas and films always showed that the bad guys had Chinese face, and the good guys had malay face. You can check it out since 1970s. Recent years, this tendency becomes less

(47) 10 times, at least, malays (especially Umno) had threatened to massacre the Chinese Malaysians using May 13 since 1969

(48) 20 constituencies won by DAP would not get funds from the government to develop. Or these Chinese majority constituencies would be the last to be developed

(49) 100 constituencies (parliaments and states) had been racistly re-delineated so Chinese voters were diluted that Chinese candidates, particularly DAP candidates lost in election since 1970s

(50) Only 3 out of 12 human rights items are ratified by Malaysia government since 1960

(51) 0 - elimination of all forms of racial discrimination (UN Human Rights) is not ratified by Malaysia government since 1960s

(52) 20 reported cases whereby malay ambulance attendances treated Chinese patients inhumanely, and malay government hospital staffs purposely delay attending to Chinese patients in 2003. Unreported cases may be 200

(53) 50 cases each year whereby Chinese, especially Chinese youths being beaten up by malay youths in public places. We may check at police reports provided the police took the report, otherwise there will be no record

(54) 20 cases every year whereby Chinese drivers who accidentally knocked down malays were seriously assaulted or killed by malays

(55) 12% is what ASB/ASN got per annum while banks fixed deposit is only about 3.5% per annum

There are hundreds more racial discriminations in Malaysia to add to this list of "colossal" racism. It is hope that the victims of racism will write in to expose racism.

Malaysia government should publish statistics showing how much malays had benefited from the "special rights" of malays and at the same time tell the statistics of how much other minority races are being discriminated.

Hence, the responsibility lies in the Malaysia government itself to publish unadulterated statistics of racial discrimination.

If the Malaysia government hides the statistics above, then there must be some evil doings, immoral doings, shameful doings and sinful doings, like the Nazi, going on onto the non-malays of Malaysia.

Civilized nation, unlike evil Nazi, must publish statistics to show its treatment on its minority races. This is what Malaysia must publish……….

We are asking for the publication of the statistics showing how "implementation of special rights of malays" had inflicted colossal racial discrimination onto non-malays.

Anonymous said...

Ape yg korng nie bodoh sgt....korng nak PAS amik alih sume nie ke,kat kelantan 2 ape yg ade.CINA,INDIA mane ade...bila dorg dh amik alih sume baru korg putih mata...skang sume ckp mmg bagus,demostasi jalanan hari tu PAS kata bgus sbb dia nak tgk sume org bergaduh...bkn dorg yg jaga rakyat,klu dorg jaga pun pkara yg sama gak,ape yg kerajaan wat skang...BUKA LA MATA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.korg tgk rakyat yg miskin je,yg kaya xnak pun cite....nampak yg buruk je...

Anonymous said...

ok im goin to give a points for u all to think n feel wat others felt when they are discriminate....
1. I pass my SPM with 16 aggregate (yr 1993) where my close fren ( a malay girl ) she only managed to get SAP ... so i try applying fou U n she just trying her luck applying with me..
guess wat she got into U n me...
nothing not even on 2nd intake..
so in this case who is to blame ..is it they goverment n the quota system or me ( being born as indian)u know how i struggle to get through any U at that moment ..even when i think now i feel like crying....:(

Anonymous said...

ayooo..u chinese and india ada di mana mana dalam dunia ini bukan...di UK di US, europe .etc etc

boleh kasi percentage jua ker??

At least kasi tahu berapa MP u ada di United State dan United Kingdom??

Anonymous said...

tokceh cakap.........
artikel yang baik dan komen yang keluar kesudahannya meletakkan semua kebobrokan yang berlaku disebabkan oleh tangan kotor org lain. tiada satu yang meletakkan diri sendiri sebagai punca kepada bencana yang berlaku. Untuk mengubah sesuatu kita kena ubah diri sendiri. jangan bergantung kepada orang lain kerana orang lain hanya memberi 10% sahaja daripada apa yang kita minta tapi dia akan beritahu kita dia dah beri kita 150%. kalau tak percaya, cuba tanya diri sendiri bila ada kawan yang nak pinjam duit dari kita? apa jawapan kita atau apa helah kita untuk menyelamatkan duit kita dari dipinjam.... selalunya hanya 10 persen sahaja yg dpt pinjam itupun dah macam-macam alasan kita beri untuk mengelakkan kita dari rugi. alasan yang kita beri selalunya seolah-olah banyak itulah duit yang kita ada....habis dah. sering kita tak berterus terang kenapa kita tak boleh beri sebanyak mana yang diminta kan? itu fitrah kan? oleh itu jangan terlalu mengharap orang lain untuk mengubah diri kita..usaha kita perlu 100% cuma extra 10% barulah dari orang lain. jadi untuk berjaya kita kena berusaha 110% baru boleh berjaya.

rudraan said...

to those who don't know history atau pun tak peka sejarah tolong beli buku sejarah. You will be shock to see that Hang tuah is missing, parameswara is missing... why? this land belong to Indian once before, melaysia is know as 'Malai Nadu' negara gunung by the Indian back than.. kedah was known as "kedahliswar" the land of panja pandawar.. this land was walked by Rama to Indonesia during his 14 year exile from India.. Raja2 Cholan ruled this land.. jangan nak cakap kosong... even perkataan Bumiputera itu bahasa india.. kalau nak pandai cakap tolong belajar sikit sejarah sejarah negara ini sebelum buat hasutan.. on youtube you have a documentary on malaysia title " 10 year before merdeka" you will know the truth about UMNO and the motive behind their agenda.. the muslim,islam,china and india formed legion agains UMNO but with the support and rasuah tanah they won and our leader was imprison .. the same as ISA today... sejarah itu penting untuk negara.. tamadun islam itu bukan negara kita... cuma pahaman agama je..

Anonymous said...

kabare semua....
korang cakap panjang berjela-jela...
tapi kalau tak buat perubahan dalam pilihanraya akan datang nie... tak tahu la nak cakap ape???
dah lame sgt memerintah... tu yang pandai cilok sane, tipu sini, songlap sinun... auta sana, auta sini... tindas orang tu, tindas orang nie...
tangan anda... diri anda sendiri yang mengawalnya...
buatlah pilihan.... nak berterusan begini??? atau mau satu perubahan yang menakjubkan???
muak juga aku dengar... baca... lihat... perkara yang sama di ulang-ulang dalam blog-blog yang ada...
Fangkah lah betul-betul nanti....

manny_california said...

Hi my fellow Malaysian,

Let me tell you guys a true story of what happened to me when I was in Malaysia 6 years ago.

I was born in Kuala Lumpur.

My late grandfather was a civil servant for JKR for 18 years and my late dad was with LLN (now known as TNB) for 35 years.

When i passed my upper 6, i was denied a scholarship by TNB to University due to indian quota although they should've given to me easily due to my excellent grade, but they denied it because i was merely an Indian....Sad ahhh....But my dad being a sole bread winner for family of 8 did not want me stop from going to the University, so he digged down deep in his pocket to see how much he can spare so that i can achieve my dream of going to the university. He also borrowed from his friends.

Finally, after 4 years i graduated as one of the top student's from UM with a MBA. I really made my dad proud ahhhh...Thought with a MBA i could easily get a job. Well, i was dead wrong.I applied in all the major big institutions hoping to get a decent high salary job (afterall i am a MBA graduate ma....). I was dead wrong again because everywhere, they said only one thing and that is they have to fill up the BUMI quota first. (guys, i am still talking about Malaysia ok...don't get me wrong). After 3 months, i finally got a job in a chinese owned stockbroking company in Jalan Melaka as a clerk....yes as a clerk...well i guess it was better than nothing....ahhh although my dad wanted me to work in a bank. (you know lah those days kalau kerja kat bank tu kira best lah bagi parents tapi habuk pun tak dapat, pasal saya ni orang india kan).

After working in the same company for 6 years and saved enough money, i told my family members that i am migrating to USA. At first they thought i was joking. After telling them how much my granfather and dad went through of their rough lives in Malaysia as an indian, they gave me the green light.

I came to California in 2001 with USD 700.00. All i know was a fellow malaysian indian that lives here in California and works in a Motel. He got me a job in the same Motel and i work 14 hours a day 7 days a week.In 2003, i got my PR and my social security number.With this i applied for a bank loan to buy my own Motel.Late 2003,I bought my first Motel for USD 1.2 million. Today, i owned 3 Motels that worth more than 7.8 million dollars.

The moral of the story here is, never give up hope in life. It doesn't matter how many times you fail but the most important thing is 'how many times you can get up from that failure'. To me a beautiful country like Malaysia and the wonderful Malaysian citizens(regardless of religion and race)should not let this greedy,corrupted and anti-race government to run our country like a mafia-gang styles. And,to those who barve themselves during the BERSIH and Hidraf rallies, my heart and soul goes to you. Honestly, i put my hat off for you guys. Bravo Malaysian !!!!

researcher said...

According to a recent study through secret agency, Nihon Himitsu Oruganitsum Bureau, shows that malays were descended from the hybrid between hog/boar and baboon, hence explains why they look like baboon and they don't eat pork.

Our latest DNA analysis confirmed the fact.

The Japanese, Europeans etc, all eat pork, so does that mean they are all dirty and only the malays and Arabs are clean?

These malays have no brains to think properly.

The secret agency study also finds that Muslims are more violent, lazy, cunning and barbaric due to the lack of pork in their meal and the wrong doctrine.

They had been misled by Quran for generations which was copied and twisted by Muhammad from Holy Bible just to control his followers so that they don't harm their same species/ancestor (the hybrid between hog/boar and baboon).

cool man said...

Know what malay pig? A suck babi hutan pendatang from Indonesia, pencuri of Tanah Orang Asli, should be caught by all the Chinese whom you have insulted.

They will then pack you in a pig basket, parade you round Chinatown in KL, to let the Chinese pelt rotten eggs, throw shit and pour all the pig shit from the nearby pig farms on your head.

Then let them take you out of your pig basket and roast you over an extremely hot fire until you become barbecued pork. After that chop your stinking carcass and leave it in the streets of rural for all those vultures and crows to feed on. Good riddance to bad rubbish.

Why only malays? You think this country is yours alone? What has the government really done for the pribumis and the Orang Asli? Look at how Umno has screwed up Sabah Indonesians and Filipinos getting citizenship and enjoying the same benefits as you the moment they hop off the boat!

You go ask the government to stop all that then I will stop thinking you are speaking through your asshole.

Podah! You are nothing but a chauvinist malay pig like the rest.

It seems like Malaysia is still not ready for globalisation because of a bunch of anti-social racist morons like you. Our country already independent for so many donkey years but sorry to see still got such shortsighted moron like you.

Bangsa melayu failed in the past 30 years with lots of help from Umno but still failed! Then they blame the Chinese cheat la, this la that la, marginalise them la……….so much excuses! If you are pariah, forever you are pariah!

If you malay pig race lazy, no matter how much with the government help, it will back to square.

For me, I just speak up what I had observed and not like the malay race who is always jealous about other race success. Bad hearted.

What the hell you ask all the Chinese to get out from Malaysia in your comment post? It is proven you are another racist moron bastard!

Malay failure is the fact! It has been happened since 30 years ago and not just now. If you keep on denying it proven again you are just another loser or hypocrite!

Truth - what is so proud of asking Chinese to be like your kind of robbers, liars, cheaters in Malaysia? Kaum tongkat yang langsung tak tahu malu! Yes, you motherf***ker are stupid, lazy, fanatic, thus you need tongkat forever! Dick head!

Kaum tongkat still can survive in most of the zoos overseas. See the UPM red shirt "Orang Utan". At least they could be the laughing stock to this world.

If malays with 50% population in Malaysia none of them success, then I reckon you jump to the sea. That so!

Once again, with you racist pig moron, Malaysia wouldn't go far as far as globalisation is all about!

You are truly one of those Umno babi hutan with shit plastered all over your brain and fulfilling Hang Tuah policy in reverse! With babi hutan like you whose brains are filled with tahi babi - it would be melayu akan hilang di dunia!

Boleh said...

Bodoh punya melayu babi……….

Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land - buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita - this Sabah and Sarawak land not belongs to your melayu babi.

Get out from Sabah and Sarawak la!

Bodoh melayu babi!

Anak Bapa said...

It has become like a trend among us that everytime we are provided with a platform for discussion, we tend to abuse it. From the above discussions alone, I can see some of us do not even know what the meaning of healthy discussion. If everybody insist on being vulgar and abusive, I may have to moderate the comments. So please everybody let us be more civilise than UMNO and BN thugs......

HAMBA SERAYA said...

Dari hamba yang Prihatin.

Yang menjadi persoalan utama ialah "Kenapa bangsa Malaysia tidak berfikiran matang?" "Kenapa masih ada unsur kenegerian?" Kenapa kita semua tidak melihat dari segi 'similarity' instead of 'diferences'? "Apa ada pada warna kulit, bangsa, suku dan bahasa atau kekayaan?" Banyak lagi persoalan yang timbul tapi hanya ada satu jawapan.

Jawapan nya ialah " ADIL " (Fairness)
Cuba anda semua Bangsa Malaysia lihat apa erti Adil dalam kamus-kamus dan tidak lupa dari sudut Al-Quran Karim......

Adil pada dasarnya bukan sama-rata atau pun saksama tapi pembahagian yang sepatutnya berasaskan pada "entitlement" dari sudut keislaman.

Please I beg that all Bangsa Malaysia supaya jangan sesekali membabitkan "racism". Kerana ianya sangat bahaya dan akan mengancam perpaduan yang sudah lebih 50 tahun di laungi. Cukup sekadar kepahitan yang terjadi pada tanggal13 Mei 1969. Tolong jangan bersandarkan emosi demi masa depan Malaysia. Samada anda ahli politik, pemimpin atau orang kebanyakkan.......renungi lah.

Sepatutnya dasar dan polisi negara perlu di jenguk semula dan mungkin perlu di gubal demi keadilan.

Kita bangsa Malaysia bukan kanak-kanak berhinggus atau orang dewasa yang tolol tanpa pelajaran dan didikan. Kita bangsa Malaysia yang berpelajaran, tekun, rajin dan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan kaum keluarga,jiran tetangga, sahabat handai dan juga Negara Malaysia yang tercinta.

Kenapa masih ada persoalan dari mana ceruk, negara dan benua kita berasal? Kita semua rakyat Malaysia, ada kad Pengenalan Malaysia, ada Lesen Memandu Malaysia, ada Paspot Malaysia DAN AKHIR SEKALI LAHIR DI MALAYSIA.

JADI YANG SUDAH-SUDAH TU, LUPAKAN DAN KITA SEMUA DUDUK BERMESYUARAT SECARA MANUSIA YANG BERAKAL.

Cuba renung bagaimana Eropah bersatu, they call themselves European and deal with single currency Euro. Mereka tidak kira bangsa, ugama atau warna kulit. Kenapa kita masih melihat luaran dari dalaman.

Ingat "Bersatu TEGUH. Bercerai ROBOH"

Saya lihat bagaimana keluarga saya, asal nenek moyang dari jauh timur tengah. Tapi kami semua sayang Malaysia sebab lahir di Malaysia, bertutur Bahasa Malaysia, mengamalkan berbudaya orang Melayu dan majoriti dari keluarga kami berkahwin campur. Tak salah kan dan kami semua hormat tanpa batas. Tak pernah persoalkan asal usul, warna kulit atau agama asal.

Rakyat dan Bangsa Malaysia boleh kan. FIKIRKAN DALAM_DALAM.