Wednesday, April 9, 2008

Lagi Kisah Mengenai Ladang Ternakan Babi Di Selangor

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung blog saya di atas segala komen dan nasihat mereka. Hari ini begitu ramai yang terpanggil untuk menulis sesuatu kerana topiknya yang agak panas dan kontroversial.

Sememangnya diakui bahawa isu babi adalah perkara yang amat sensitif kepada umat Islam. Dan PAS sebagai salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat tentu tidak akan membuta tuli menyokong projek ini jika ia bercanggah dengan agama atau membawa musibah kepada rakyat. Sebahagian besar yang memberi komen terdiri dari mereka-mereka yang faham isu sebenar di sebalik penerimaan projek ini manakala selebihnya menolak atas dasar kekeliruan atau sememangnya penyangak siber UMNO.

Isu di sini bukan cerita buat ladang supaya orang Islam mudah dapat makan daging babi. Ia berkaitan dengan tanggungjawab kerajaan di dalam menjaga kebajikan rakyat. Ada di kalangan rakyat yang memerlukan makanan ini sementara ada juga rakyat yang mahu alam sekitar dan air dijaga supaya tidak berlaku pencemaran. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang mesra rakyat (bukan macam UMNO dan BN) untuk mencari jalan yang dapat memuaskan semua pihak. Dan sebagaimana yang saya nyatakan di dalam tulisan saya sebelum ini bahawa kedapatan satu teknologi yang amat bersih dan moden yang berupaya menyelesaikan permasaalahan yang dah bertahun-tahun mengugat kehidupan kita. Persoalannya, adakah kita tolak mentah-mentah begitu saja peluang ini sedangkan isu sebenar berkaitan pencemaran terus menerus berlaku? Walaupun projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo (walaupun dinafikannya, kita ada bukti bertulis) kita tetap menyokongnya kerana manfaatnya jauh mengatasi keburukannya.

Tuduhan daripada sesetengah pihak bahawa PAS sanggup mengadai prinsip kerana nakkan sokongan adalah tidak berasas. Sokongan apa lagi kerana kita telah pun menerima sokongan. Kalau tidak masakan kita boleh bersama PKR dan DAP memerintah 5 negeri! Lagipun tunjukkan pada saya dalil yang menyatakan bahawa membina ladang ternakan babi yang bersih daripada pencemaran demi memenuhi kehendak rakyat bukan Islam di dalam negara adalah haram. Jikalau ada saya yakin Tok Guru Nik Aziz akan terlebih dulu memberi komen kerana di Kelantan pun kerajaan negeri membenarkan ladang penternakan babi.

Seperkara lagi, ingin saya maklumkan di sini bahawa antara syarat kelulusan projek ini ialah semua para penternak babi di Selangor akan memindahkan babi-babi mereka ke pusat ternakan ini. Perkara ini telah dirundingkan dan sepakat dipersetujui oleh semua penternak kerana pertama kos mereka lebih rendah dan kedua kerana ia bersih dan mesra alam. Tentang cadangan supaya dibuat ladang ternakan di depan rumah saya dan sebagainya itu ide kebudak-budakkan. Mereka mungkin tak tahu bahawa kawasan-kawasan pembangunan digazetkan mengikut kegunaan seperti kawasan kilang, kawasan perumahan, kawasan perdagangan dan juga kawasan ladang dan ternakan. Takkan pula ladang ternakan dibina pula di kawasan perumahan. Mungkin semasa pemerintahan UMNO dan BN mereka buat begitu.

Saya menyokong projek ini dan meminta kerajaan PR di Selangor meneruskan lagi agenda mesra rakyat mereka. Mulai bulan Jun nanti kita akan mendapat 20 meter padu air percuma setiap bulan. Dan hari ini mesyuarat EXCO telah bersetuju supaya segala saman rakyat yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dihapuskan dan jika ada kes mahkamah supaya ditarik balik untuk tujuan rundingan luar mahkamah. Syabas PR!


Anak Bapa: Sebagai seorang jurutera, saya sangat yakin dengan keberkesanan projek ini selepas mengkajinya dengan terperinci. Jika tak ada tempat lain lagi untuk melaksanakannya, saya rela dibuat di belakang rumah saya. Ini kerana saya yakin dengan teknologinya dan dalam masa yang sama dapat membantu kerajaan PR di dalam menjalankan amanah mereka. Dengan izin Allah tidak akan kurang Islam saya jika saya berbuat demikian.

15 comments:

Anonymous said...

babi sajakah yang haram dalam Islam?

bagaimana judi, arak, maksiat, pelacuran, rumah urut, jantan betina bercampur gaul, konsert-konsert yang mengkhayalkan, akademi fantasia yang membawa budaya hedonism, filem-filem melayu yang dah pandai mempromot gaya hidup jauh dari tuhan, anak-anak yang tak pandai quran, tak reti sembahyang, malas ke masjid...

takde ke yang nak perjuangkan isu-isu ini semua?

Anonymous said...

KO temberang lebih..baca nih...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=9624&Itemid=56

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=9624&Itemid=56

Anonymous said...

engko ni poyo je lebih.anti krjn.taksub sgt ngn PAS.yg hll ngn hrm pn xdpt beze.nama jer engineer..berpikiran engineer...pollution kat sungai 2 bkn sbb babi jer..sikap masyarakat kita .pmbuangan sisa toksid,,sampah2...
benda yg haram 2 ttp haram..kan lg elok wat ternakan lembu..dpt hasil yg byk..tolongla bukak mati hati anda yg sudah tertutup oleh hasutan BA 2..pikirla untuk jgka masa yg pjg...org kafir 2 sentiasa mencari peluang untuk mghancurkan umat islam..sengaja dikaburi mata islam dgn teknologi jermen konon..mengapa kita nak ikut teknologi org...??? kita org islam tunjukkn kemampuan kite,,,kiter pon leh wat teknologi tuk kawal pollution ni...pe r... terfikir ke anda selamat kah mknn2 kita hnye dgn tanda 'halal' shj..?? sdgkan ade kesgsian unsur2 daging babi dlm burger..ayam..hodog..n mcm2 mknn ringan lg...apetah lg biler kiter menternak...MALAYSIA ...negara islam perpaduan yg PERTAMA menternak BABI secara besaran2...haha...sedap kah didengar..??? aku mmg xsokong projek ni..aku duk kat selangor..ngak mao aku selangor berdarulakn babi..aku lg sokong kalo ko duk dlm umah ngn babi2 ko 2..xyah blkg umah ko la..hipokrit.

Anonymous said...

Org jenis mcm ni le yang paling aku meluat....'hipokrit' paling besar!

Buat kandang babi belakang rumah pun tak kisah! Piiirahhh.

Mat, ko tolong le....tolong le jangan taksub buta la mat. Orang sebelah rumah bela kucing pun kau dah tarik muka...bau le konon. Ni kan menatang haram tu.

Mat, masuk kubur...dia tanya agama apa dulu mat...bukan parti apa. Lu pikir le sendiri.

Anonymous said...

Anak bapa, aku nak tanya sikit la.

Apasal dulu ko mintak masuk kerja jadi pegawai askar ah? Ko takut miss soru, takut takde kerja kan, maklum lah nak jadi engineer tak dapat? Pastu berapa kali dalam sehari ko tabik2 kat pegawai atasan ko tu ha? Bukan apa, aku syorkan kau ambik je le skim pencen awal. Boleh ko join politik. DAP memang nak pakai orang cam ko ni...tolong tengok2 kan bakal ladang babi kat kg Tumbuk tu. Ko jangan pikir panjang le, ko terima je kerja jaga ladang babi tu. Lagipun ko bukan kesah nak cuddle2 peluk2 babi tomei tu kan. Dah tentu ko tak payah nak pikir pasal rumah nak tinggal, sebab memang dah sedia ada sebijik belakang kandang babi tu. Anak2 bini, kalau ada, pun boleh join sekali, kau kan jenis tak kisah. Lagipun teknologi canggih per, jadi nak risau apa. Ha! tak cukup daging korban?? Ko pikir2 le sendiri mana nak cari, kan belakang rumah tu banyak. Ko bedal je le. Takkan kurangnye islam ko tu.

Anonymous said...

Salam tuan.

MINTAK TOLONG close kan aje lah TOPIK NI. Tak kira lah apa pandangan dan pendirian tuan tentang hal ini, yang pasti perbuatan tuan dgn melanjutkan topik ini adalah merupakan penghinaan kepada masyarakat islam dan bukan islam. Dan yang mendapat kepuasan melihat komen yang begitu banyak adalah tuan. Takkan topik ni sahaja yang releven dengan arus semasa sekarang ini. Gunakan lah modal lain untuk menarik pengunjung. Kata nak perjuangkan agama, maka bukalah topik tentang macam mana nak perkembang kan lagi islam kepada bukan islam. Itu saya jamin, dapat lebih pahala dan dijanjikan syurga. Insya'allah.

Anonymous said...

bagus la kalu ladang babi yang satu ni wujud, sebab dengan kewujudan ladang babi yag satu ni maka akan terhapus lah ladang babi yang lain yang berjumlah ratusan tu di selangor.. alam sekitar pun semakin bersih..

mungkin korang suka tengok selangor ada beratus ladang babi dan suka mandi kat sungai dan laut yang dicemari bahan buangan dari ladang babi yang jumlah beratus tu.. pasaltu tak setuju kot..keke..

yang tersirat sebenarnya ialah pr berjaya hapuskan beratus ladang babi, dan pulihkan alam sekitar.. tapi korang cuma tengok yang tersurat pasal apa??hehe..

Anonymous said...

Yang 'tersurat' yang aku paham...terang lagi nyata dlm kitab...babi tu haram. Bersubahat pun haram.

Yang "tersirat" ha itu aku tak tau lah. Nak tafsir sendiri...itu sendiri punya pasal.

Anonymous said...

UMNO dah tak relevant lagi....jadi semua penyangak UMNO yang menulis di ruangan ini boleh belah. Rakyat dah meluat dan menyampah dengan kau orang. Berpuluh-puluh tahun kau orang biarkan babi berkeliaran dan mencemar alam sekitar kenapa tak bising. Bila kerajaan baru berusaha mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masaalah rakyat, kau orang bising.

Memang dasar UMNO yang tidak bertanggungjawab, racist, korup .....

Anonymous said...

Kalau dah Umno tu tak releven...tak payah la sibuk2 hal umno bro'.

Kalau dah Babi tu releven sangat, kau bela je le.

takkan demi parti semua nak kena ikut. Kalau parti suruh lu pi sembah Lim Kit Siang..lu mau ka?

Kalau DSAI quit PKR pastu Lim Kit Siang naik jadi presiden, aku ingat ko le orang pertama masuk Umno.

Anonymous said...

"MELAYU YANG MEMPERJUANGKAN AGENDA BABI DIHALALKAN TUKAR NAMA KEPADA NAMA BUKAN MELAYU"
- Mufti negeri Gogostan.

Anonymous said...

eh. maaf. din know it's your article. :) good2. i still think we shouldn't focus on large scale animal farming.

why?

cos we have enough fish to feed everyone. have u seen how much is wasted at markets, etc. terrible the wastage. fish is protein. but also got concerns like mercury poisoning now.

Anonymous said...

My dear Jed,

Actually it is not meant to be large scale farming. The idea is gather all the farmers throughout Selangor based on current pig population and slowly reduce it to the amount enough for local consumption only. The reason to place them under one roof is to ensure ease of management and supervision.

With regard to other kind of meat, of course I would prefer fish (BTW I am an avid pemancing, if you are interested we can go deep sea fishing). May be we should thing of a way to promote fish ......

Anonymous said...

I mean "think"