Tuesday, May 13, 2008

Buat Tak Kena, Tak Buat Pun Tak Kena

Saya kadang-kadang pun tak faham sikap dan perangai orang-orang UMNO. Dahlah cara berhujah mereka amat dangkal dan cetek, seringkali berlaku percanggahan antara satu sama lain. Ambil contoh isu pemberian air percuma kerajaan negeri Selangor sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada seluruh rakyat Selangor. Di Parlimen hari ini, pemimpin UMNO termasuk Fuad Zarkasi adalah antara yang membantah pemberian air percuma ini dengan alasan ia merupakan satu pembaziran. Apa macam punya mentaliti UMNO ini apabila menganggap kebajikan kepada rakyat sebagai pembaziran! Tetapi yang peliknya seminggu yang lepas mereka membuat laporan polis kerana kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menunaikan janji untuk turunkan kadar cukai pintu. Apa tak peliknya sebab bila ada usaha untuk membantu rakyat dia orang kata membazir, dan apabila kita tak laksanakan lagi penurunan cukai pintu, dia kata tak tunai janji. Yang mana satu kita nak ikut ni!

Apa yang paling menakjubkan ialah kerajaan PR ini baru berusia dua setengah bulan dan UMNO dah mendesak supaya kita laksanakan seluruh manifesto dengan serentak. Sedangkan mereka dah memerintah negara selama lebih 50 tahun dan banyak janji mereka hanya tinggal janji. Malahan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan kerosakan dan persengketaan.

Jika kita menuduh PR sedang belajar untuk menjadi kerajaan yang baik, jangan kita lupa bahawa UMNO juga sedang belajar menjadi pembangkang yang baik. Mereka sudah biasa dengan kuasa dan kemewahan, dan dah sebati dengan memperolehi apa saja yang dihajati. Justeru itu, apabila kuasa tiada di tangan maka semuanya kaku dan lesu, dan fikiran pun bercelaru. Itu sebabnya kita dapati keadaan fikiran yang tidak stabil dari kalangan pimpinan UMNO hasil daripada tsunami politik baru-baru ini. Dan itu juga sebabnya sebarang tindakan kita tidak akan mengundang sebarang natijah yang baik daripada UMNO. Kita buat pun tak kena dan jikalau kita tak buat pun tak kena.

Anak Bapa: Apa yang UMNO nak, saya pun dah naik “give-up”. Boleh kata hampir semua cadangan kita tak bagus dan cadangannya saja yang boleh masuk akal. Saya ingat elok kita lupakan UMNO dan BN. Mereka semakin hari semakin kurang relevannya. Jelas kelihatan sokongan kepada UMNO semakin hari semakin luntur dan mereka masih tak jumpa sebab kenapa jadi begitu.

3 comments:

Anonymous said...

Janganlah hairan sangat. dalam politik biasalah.

Turn the table around, PR pun all this while, cakap cadangan BN semua tak kena, membazir etc

It's tough being the government. Tak kan dah nak give up brader. Baru masuk dua bulan. Alahai, tak kan dah pressure.

Kalau PR tak cekap, PR will spent the next 4 years doing nothing other than trying to justify their ideas.

That's why, in order to form a government, one has to be strong and do what you have to do.

Whether its right or wrong, the rakyat will judge.
And vote you in or out. And that has just happened.

Anyway, the idea of that free volume of water really sucks.

Tell me how much the average water bill for an average house? 20 cubic meter is probably about right. meaning most houses don't have to pay.

I hope this does not amount to a big chunk to syabas ( there are other sources of income ie, commercial / industrial ). Coz if it does, that will mean a compromise in water processing / services / maintenance and eventually quality.

For an average of RM 10 a month, i dont mind paying. ( that equals to 5 bottle of 1.5 L mineral water - which does not cost hundred of millions of RM for underground waterpipe network, treatment plant etc )

What worries me, the fact that the water is free, people will take it more for granted. Meaning, WASTE.

People will start washing their cars twice as much,
then the driveway as much ( maybe the road in front as well ) and shower longer....

People may not drink twice as much but that will not bring the teh tarik price down.

While the federal gov. is promoting " hargailah air & sungai" , PR is splashing it for free, for political gain. Honestly, I think its really cheap.

Now i can be rich by saving RM10 a month, RM120 a year, RM 1200 in TEN years....wow!

It will probably more rational to give free water to Rakyat Termiskin - they will appreciate.

This is really some bright ideas from PR. syabas....

So what is next innovative thing from PR.?

Buatlah ape2 yang difikirkan patut.

BN dah 50 tahun memerintah dan banyak pengalaman.

PR baru nak belajar dan kena belajar dgn cepat.

Rakyat Malaya ni dah semakin matang dan cerdik.

Kalau betul, maka betullah.

Kalau salah, maka belajarlah.

MM

Anonymous said...

Mengapa dikatakan ia merugikan... rugi kepada siapa? bkn sentuh duit kerajaan pusat cuma menggunakan duit kerajaan negeri. Rakyat selangor dan menringgankan kos ekonomi rakyat dengan kadar petrol naik dan barang-barang keperluan naik. Ini adalah satu langkah kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat, adakah kroni2 dari UMNO akan rugi sebenarnya....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis... ada artikel baru aku tulis ....

Anonymous said...

Salah satu ciri nak jadi pemimpin yang baik ialah prihatin kepada seluruh rakyat terutama yang miskin dan daif. Memanglah sesetewngah kita RM10 tu kacang aje tapi bagi rakyat yang dihimpit kemiskinan jumlah itu amat besar maknanya ........